.... Selagi UMNO/Mahathir Berada Dipuncak Itu...
Oleh: Ibn Sabah

Seingat penulis, UMNO yang menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah BN sekarang ini sudah mempunyai 5 orang Presidennya bermula dengan Datuk Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman Putera al-Haj, Tun Razak, Tun Hussien Onn dan yang terakhir sekali Dr Mahathir al-kutty. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam kepimpinan mereka. Kesemua pernah menjadi PM Malaysia, kecuali Datuk Onn Jaafar. Dan masing-masing telah menabur jasa bakti kepada agama, bangsa dan negara. Presiden yang pertama hingga keempat tidak banyak orang pertikaikan. Tetapi presiden UMNO yang kelima Dr Mahathir yang orang perkatakan presiden paling terlama menerajui UMNO, sekaligus PM Malaysia sudah menjangkau 20 tahun, tidak lama lagi akan rebutlah orang-orang UMNO menyambut jubli perak presiden tertua mereka itu. Dan presiden UMNO (baru) berjenama Dr Mahathir al-kutty inilah yang sekarang ini dipertikaikan oleh pelbagai lapisan rakyat dari akar umbi hingga ke puncak, termasuk dikalangan ahli-ahli UMNO yang celik mata dan terbuka akal dan mereka yang sedar.

  Di zaman UMNO (baru)/Mahathir al-kutty inilah berlaku macam-macam perobekan, koyak-mengoyak dasar dan perlembagaan UMNO. Tidak boleh dipertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO, wujudkan undang-undang setiap calon naib presiden, ahli MT, pemuda dan wanita mesti mendapat peratus tertentu atau bahagian-bahagian UMNO yang mencalonkan calon yang berhasrat menjadi calon dengan jumlah sekian dan pelbagai lagi peraturan yang tidak pernah dikenakan sebelum ini. Itu baru kita melihat koyak-rabaknya perlembagaan UMNO di zaman Mahathir al-kutty.

  Lebih tragis dan dahsyat lagi angkara perlakuan diluar tabi'i UMNO/Mahathir terhadap kebanyakan sistem negara seperti badan kehakiman, sistem Raja Berperlembagaan, SPR, JPN, Polis, RTM, KWSP, Petronas, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Telah diperkosa, dikoyak-rabakkan dan dilanggar semahunya oleh Mahathir al-kutty atas nama keselamatan, keamanan dan kedaulatan. Hakikatnya, untuk mempertahan kuasa, jawatan dan kerakusan serta ketamakkannya semata-mata.

  Kenyataan ini dapat rakyat lihat, bagaimana tamak dan rakusnya UMNO/Mahathir and kroni's beria-ia mempertahankan kesalahan rasuah, membailout hutang-piutang dan pelbagai jenayah lain lagi yang dilakukan  kroni-kroni, anak-anak dan suku-sakatnya. Dalam waktu yang sama UMNO/Mahathir bermati-matian mencari kesalahan, membuat tuduhan dan dakwaan bukan-bukan ke atas pengkritik atau mereka yang tidak mengikut telunjuk lurus dan kelingkingnya yang berkait itu. Ini dapat kita lihat bagaimana yang menimpa diri DS Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang berjuang untuk membela nasib rakyat Malaysia yang majmuk dan mempertahankan keadilan dibawah sistem kehakiman dan undang-undang negara ini.

  Justeru itu, selagi UMNO/BN/Mahathir terus berada nun dipuncak kekuasaan politik negara ini. Selama itulah segala sistem yang ada dalam negara ini akan dikoyakrabakkan oleh UMNO/BN yang berkepalakan Dr Mahathir and Kroni's. Yang pasti mereka akan berbuat apa saja asalkan mereka terus dapat berkuasa dibumi Malaysia ini. Jadi kepada rakyat Malaysia yang majmuk  ini, lebih 22 juta rakyat Malaysia, masihkah kita mahu dipimpinan oleh parti UMNO/BN yang berketuakan Mahathir al-kutty yang telahpun rakyat ketahui dialah bapak perosak sistem negara, undang-undang negara, bapak pembohong besar, bapak rasuah, bapak perompak harta rakyat dan bapak segala bapak yang akan menghancurkan masa depan generasi rakyat Malaysia yang majmuk.

  Selagi rakyat Malaysia masih memejamkan mata, membutakan mata hati, memekakkan telinga dan membisukan mulut sendiri dari bersuara, dari bangun dan untuk bangkit bersama-sama bagi menumbangkan parti UMNO/BN/Mahathir. Maka, kemungkinan besar rakyat Malaysia yang majmuk ini dan generasi bangsa akan terus ditimpa malapeta hutang negara bertimbun-timbun, rakyat akan berterusan ditindas, dizalimi dan diperbodohkan oleh kepimpinan UMNO/Mahathir al-kutty. Bayangan itu, sudah kelihatan rakyat dan Malaysia tidak boleh lagi menaruhkan sebuah harapan ke atas kepimpinan UMNO/Mahathir and Kroni's. Mereka jelas mengurus-tadbirkan negara ini sebagaimana mereka menguruskan syarikat milik keluarga atau syarikat sendirian berhad. Sistem pemerintahan negara sepatutnya lebih atas dalam Sistem Raja Berperlembagaan iaitu Parlimen Malaysia telah UMNO/Mahathir jadikan parti UMNO itu lebih tinggi dari Parlimen Malaysia. Buktinya perhimpunan parti UMNO boleh disiarkan secara langsung melalui RTM, dibesar-besarkan dalam media pengampu mereka. Sebaliknya, persidangan setiap penggal Parlimen seperti tiada maknanya dalam pemerintahan di Malaysia dibawah UMNO/BN berketuakan Mahathir al-kutty itu.

  Ini baru satu contoh yang cukup nyata. Apakah rakyat Malaysia yang majmuk ini masih ingin terus berada dibawah kepimpinan UMNO/BN yang ada hari ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cerdik, merdeka dan berwibawa kita tidak wajar selamanya mengiakan segala macam kerosakan sistem negara yang telah dilakukan oleh UMNO/BN pimpinan Dr Mahathir al-kutty and Kroni's. Kita mesti berani bertindak, berani membuat keputusan dan berani merubah parti pemerintah daripada UMNO/BN pimpinan Mahathir yang sudah tidak relevan dengan rakyat dan Malaysia kepada sebuah parti pemerintah yang baru iaitu parti BA yang telah mengabungkan parti-parti pembangkang kuat, berkelibar dan mempunyai visi besar untuk membawa rakyat Malaysia ke arah sebuah kerajaan Malaysia yang lebih baik dan adil pada tahun 2004 nanti, insya-Allah.

  Dengan itu, rakyat Malaysia yang majmuk ini dari Perlis hingga ke Sabah hendaklah turut menyumbang fikrah, tenaga, harta, jiwa dan raga untuk kita membangun sebuah kerajaan rakyat dibawah kepimpinan BA yang mengabungkan parti-parti pembangkang terkuat di Malaysia dewasa ini iaitu PAS, DAP, KeADILan dan PRM. Insya-Allah, selepas ini kita meramalkan sebahagian dari parti-parti gabungan yang berada dalam BN sekarang juga akan turut mendokong perjuangan BA apabila samapai waktu dan ketikanya. Riak itu, menampakkan ada kemungkinan besar dan tidak mustahil. Kerana kesetiaan mereka bersama BN selama ini adalah atas sikap bergantung pada kuasa yang dimiliki oleh BN sebagai kerajaan pusat dengan ketuanya Mahathir yang bersikap dan berminda subsidi,kuku besi dan diktator.

  Sekian.
  Ibn Sabah, 27.7.2001M.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!