.... Hukum orang Islam bantu kafir bunuh orang Islam
Oleh: HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 17.09.2001

Isu ini sama dengan isu Perang Teluk dahulu. Ketika itu ambo sedang berada di dalam class room menadah kitab Tafsir depan seorang pensyarah di Azhar. Kami sampai kepada bab yang mentafsirkan ayat yang bermaksud 'Orang kafir itu adalah pembantu (auliya) sesama mereka'.

Alhamdulillah, pensyarah tersebut bukan jenis penjilat kerajaan dan beliau telah mentafsirkannya menurut kaca mata Islam walaupun kerajaan Mesir ketika itu sendiri menghantar tentera mereka ke Teluk untuk membantu USA menyerang Iraq.

Katanya,

1. kalau orang kafir meminta bantuan orang Islam untuk membunuh saudaranya sendiri (orang Islam), adalah haram orang Islam membantu kafir itu untuk membunuh orang Islam tersebut walau dalam apa kes sekalipun, walaupun orang Islam itu bersalah.

2. haram juga hukumnya kalau orang Islam yang meminta bantuan orang kafir dalam perkara yang sama (iaitu untuk membunuh saudaranya sendiri).

3. itu kalau telah terbukti kesalahan itu berada pada orang Islam tersebut. Tetapi kalau tidak dibuktikan lagi, bertambahlah haram hukumnya.

4. hukum ini tidak terpakai jikalau mangsa yang mahu diperangi itu adalah orang kafir.

[Sikap ini telah diamalkan oleh tentera kerajaan Mesir Islamiah apabila Monggol mahu menyerang Mesir dahulu. Kerajaan Mesir tersebut telah meminta bantuan pasukan tentera Kristian Qipti Mesir untuk berhadapan dengan orang kafir iaitu tentera Monggol. Tentera Kristian telah hadir di medan peperangan tetapi mereka hanya menjadi penonton sahaja kerana umat Islam akhirnya dapat menewaskan Monggol tanpa bantuan mereka.

Sebaliknya umat Islam Andalusia telah meminta bantuan Kristian Eropah untuk menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia sendiri. Akhirnya kerajaan Islam itu jatuh.]

Atas sebab itulah, Taliban membantah dengan mengatakan bahawa USA perlu buktikan kesalahan Osama terlebih dahulu. Jawapan Taliban bertambah tepat lagi apabila mengatakan bahawa kalaupun USA ada bukti mengenai Osama, beliau tetap akan dibicarakan di dalam sebuah Mahkamah Syariah dan bukan diekstradisikan ke USA. Tidak timbul langsung isu untuk menyerang mana-mana negara dalam perspektif Taliban ini.

Demi menjaga solidariti sesama Islam, Taliban telah sanggup menghormati hak Osama sebagai saudara seagama, walaupun mereka tahu bahawa risiko berbuat demikian amat besar akibatnya. Ambo angkat tangan untuk Taliban atas sikap mereka ini walaupun mereka sedar mereka berada di ambang kehancuran. Tetapi sikap yang benar sambil bertawakal kepada Allah inilah yang akan menyelamatkan mereka sebenarnya.

Taliban sedar bahawa mereka juga akan berhadapan dengan puak Afghan di utara yang pernah berada di bawah pimpinan Almarhum Ahmad Shah Masood, kalau benar beliau telah meninggal dunia. Puak utara mungkin akan mengambil kesempatan ini untuk menyerang Taliban, walaupun tidak semestinya mereka melakukan ini atas isu yang sama dengan USA, dan tidak semestinya mereka menerima arahan USA. Taliban bakal menghadapai risiko besar kalau ini berlaku.

Sememangnya Presiden Musyarraf melakukan dosa yang sangat besar dengan bersetuju untuk membantu USA menyerang saudara mereka di Afghanistan. Dengan tindakan ini, pembalasan Allah pasti tiba untuk beliau dan masa depan Pakistan akan berubah, samada terus tunduk menjadi anjing USA dan zionis atau pun beralih tangan kepada Taliban, satu kemungkinan yang sangat ditakuti USA kerana simpanan senjata nuklear yang berada di Pakistan sekarang.

Keseluruhan 42 parti pembangkang di Pakistan menentang keputusan Musyarraf untuk membantu USA menyerang Afghanistan. Musyarraf pula sedang bertungkus-lumus untuk cuba mendapatkan sokongan semua lapisan masyarakat dalam waktu sesingkat mungkin. Ini kerja gila tapi Musyarraf sudah tersepit dengan permainan arm-twisting USA.

Untuk orang Islam, kita ada kaedah dalam jihad dan peperangan. Jihad ada fiqh dan hukumnya tersendiri. Kalau perkara sekecil buang air pun Islam ada fiqhnya, inikan pula dalam isu yang sebesar ini yang melibatkan nyawa.

Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan orang kafir tetapi Allah telah menetapkan kaedah dan batas-batasnya kerana Dialah Yang Maha Mengetahui sebab-sebabnya.

KHALIFAH

Sebenarnya umat Islam tidak dapat memainkan peranan kepimpinannya kerana ia sudah tiada khalifah seperti dulu. OIC bukan khalifah. Ia sebuah pertubuhan longgar dan anggotanya majoriti sekular. Kalau ada khalifah pada hari ini, nescaya ia dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu umat Islam. Tetapi sebaliknya orang kafir pula yang berperanan menyelesaikan isu umat Islam. Inilah kehinaan yang Allah timpakan apabila umat Islam telah meninggalkan jihad.

Umat Islam hanya menjadi penonton sahaja apabila saudara mereka dibunuh dan dikejar seperti anjing gila di Palestin. Paling kuat umat Islam akan mengutuk dalam hati. Sekarang kita sedang membayar harga di atas kebaculan sikap kita selama ini sebagai umat Islam kerana tidak melakukan apa-apa apabila saudara mereka dibunuh di daerah lain.

Oleh itu janganlah menyalahkan penyerang berani mati itu, kalau merekalah yang melakukannya. Jangan salahkan mereka apabila musuh sudah berada di depan pintu kita. Dosa kita mengabaikan tanggungjawab jihad membantu saudara kita dahulu akan datang menghantui kita sekarang. Dahulu kita senang di atas kesusahan mereka, kita umpama parasit yang hina yang hanya tahu bergantung pada dahan yang rapuh. Kini giliran kita pula merasakan kesusahan mereka, sebagai satu entiti umat. 

Salam,

HC. 17.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!