.... Amerika Diserang: Fahami Realiti Peperangan
Oleh: HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 14.09.2001

Ramai di antara kita yang merasa kasihan kepada mangsa NYWTC. Tidak kurang juga yang cuba membangkitkan rasa kasihan itu ke tahap maksimum dengan mengandaikan jikalau kematian itu ada melibatkan anggota keluarga kita sendiri.

Tetapi kita lupa. Kita lupa bahawa pihak-pihak yang sedang bertelagah itu adalah dalam keadaan BERPERANG. Dan dalam suasana peperangan, kematian nyawa civilian adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi hanya boleh diminimumkan.

Bagaimana kita tahu mereka sedang berada dalam peperangan? Apakah sesuatu peperangan itu perlu diisyhtiharkan, seperti ulamak Islam mengisytiharkan perang ke atas golongan kuffar satu ketika dahulu? Apakah sesuatu peperangan itu perlu kepada kaedah konvensional seperti berdepan atau bersemuka seperti dahulu baru dinamakan satu peperangan?

Satu peperangan memang boleh diiystiharkan seperti Presiden USA mengisytiharkan perang ke atas Jepun selepas serangan Pearl Harbour. Tetapi bagaimana dengan umat Islam yang sudah tiada lagi khalifah dan kerajaan Islam untuk melakukannya? Apabila yang ada dalam dunia Islam hanyalah jamaah-jamaah Islam yang berselerakan, maka mereka inilah yang membuat keputusan samada untuk berperang atau tidak. Bezanya dengan USA ialah mereka ini tiada media untuk memaklumkannya kepada dunia.

Peristiwa NYWTC adalah jelas salah satu dari bahana peperangan. Ia cuma satu tindakan balas dari tindakan pihak USA sebelumnya. USA sudah pun sekian lama berada dalam situasi peperangan, cuma ia tidak mengisytiharkannya sahaja. Kerana jikalau USA melakukannya, pasti kehidupan harian di USA tidak akan menjadi normal dan sihat untuk perkembangan ekonomi.

Sekian lama USA telah menjalankan peperangannya dengan negara lain, khususnya negara umat Islam, di luar negara. Negara mangsa tidak berupaya memerangi USA dalam negara USA itu sendiri kerana mereka cuma jamaah-jamaah kecil sementara negara dan kerajaan umat Islam kebanyakannya cuma boneka USA dan diktator semata.

Tetapi perkembangan terbaru ini telah membuktikan bahawa peperangan dengan USA boleh dilakukan di bumi USA sendiri, walaupun terpaksa menggunakan kaedah yang paling unik iaitu 'meletakkan diri seseorang kepada risiko kematian' yang berbeza dengan membunuh diri seperti seseorang yang terjun dari bangunan tinggi.

Arwah NYWTC adalah mercu tanda bahawa USA boleh diajak berperang di negara mereka sendiri. Inilah yang cuba digambarkan oleh para "penggganas" tersebut. Arwah NYWTC juga satu titik permulaan bahawa selepas ini tapak peperangan adalah di bumi USA dan bukan lagi di negara umat Islam dan lainnya.

USA tidak mahu berperang secara berdepan kerana ia tidak mampu menanggung korban nyawa manusia. Begitu juga Israel yang telah lari lintang-pukang meninggalkan segala persenjataannya di belakang setelah hanya beberapa puluh tenteranya mati dalam peperangan dengan Hizbullah Lubnan. Pihak 'pengganas' yang 'fundamentalis' sedar hakikat ini. 

Oleh itu satu serangan yang memakan korban yang ramai perlu diadakan supaya satu rasa 'hopelesness' dapat disemai dalam hati rakyat dan sistem pertahanan USA. Pusat-pusat ekonomi yang membiayai kos peperangan perlu dihancurkan dan NYWTC telah dipilih sebagai target pertama. Serangan ke atas Pentagon mungkin hanya amaran awal yang simbolik sahaja kerana akibatnya ke atas kelumpuhan pertahanan USA tidaklah sebesar mana. Kalau ini semua bukan tanda-tanda peperangan sudah bermula, apa lagi?

Sebab itulah apabila kita sudah boleh menerima hakikat bahawa peperangan sudah meletus, walaupun hanya melibatkan dua puak sahaja dalam dunia ini, walaupun salah satu puak tidak memakai uniform tentera, perkataan seperti 'keganasan' dan 'terrorisme' sudah tidak relevan lagi. 

Paderi Kristian di zaman Perang Salib juga pernah membakar semangat tentera Salib untuk memerangi umat Islam dengan menanamkan fitnah bahawa umat Islam adalah bersifat 'barbaric'. Ini saikologi lapuk orang Barat.

ISU BUNUH DIRI

Kita juga tidak perlu menunggu Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram membunuh diri untuk membunuh musuh kerana umat Islam di negara lainpun ada 'Majlis Fatwa' mereka sendiri yang boleh mengeluarkan fatwa menurut pandangan mereka yang mungkin sama atau berbeza. Para ulamak merekapun mungkin jauh lebih hebat daripada ulamak kita dalam keilmuannya. Masing-masing ada sandaran mereka. Belajar, faham, yakin dan amalkan. Itu sahaja.

Mungkin tidak lama lagi, untuk mengimbangi kekuatan tentera golongan penindas seperti USA dan Israel, pasukan jihad berani mati akan diinstitusikan dan seterusnya di'universiti'kan. Ia memang memerlukan kepada satu ijtihad baru sesuai dengan perkembangan teknologi peperangan. Jikalau dahulu musuh tiada kekuatan mass destruction, tetapi dengan wujudnya perkembangan terbaru hari ini, keperluan baru juga perlu diwujudkan untuk mengimbangi kesannya.

Satu lagi sebab mengapa ia perlu diwujudkan oleh kalangan yang menyetujui konsep ini ialah memandangkan hakikat bahawa dunia Islam kini sudah tiada khilafah sebagaimana khilafah yang wujud di kalangan dunia Barat dengan USA dan NATOnya. Jamaah dan hatta negara umat Islam yang berselerakan tidak dapat berdepan dengan kuasa khilafah USA dan NATO secara bersendiri. Ini juga mungkin satu justifikasi keperluan kepada kuasa pasukan jihad berani mati.

Hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yang lebih dahsyat daripada ini untuk USA. Rakyat USA kini perlu menyedari hakikat bahawa negara mereka kini sedang dalam kancah peperangan. Rakyat USA bukan-Islam akan menjadi mangsa walaupun kelihatan tidak bersalah. Rakyat USA yang beragama Islam juga boleh menerima padahnya kerana mereka sedang berada dalam suasana peperangan, walaupun tidak disedari. 

Kalau perlu, mereka perlu berhijrah. Ini tidak pelik kerana umat Islam di Mekah selepas peristiwa Hijrah Nabi saw telah disuruh berhijrah ke Madinah, tetapi ramai juga yang tidak bersedia melakukannya kerana pelbagai alasan seperti sudah tua dan ada juga yang enggan kerana sayangkan perniagaan. Akibatnya mereka tanggung sendiri. Ini kerana kesanggupan untuk terus berada di dalam sebuah Darul-Harb (Negara Yang Memerangi Dan DiPerangi) bermakna kesanggupan untuk menanggung risiko tinggi menerima tempias peperangan.

Umat Islam di Malaysia berada di antara dua persimpangan kerana wujud kekeliruan dan konflik kejiwaan. Yang pertama, mereka kasihan melihat mangsa awam NYWTC yang mati dan keduanya, mereka puashati kerana kezaliman USA sekian lama terhadap umat Islam rasanya sudah terbalas. Seharusnya tidak boleh wujud konflik seperti ini. 

Ia hanya boleh terhapus apabila kita menerima hakikat bahawa mereka sedang berperang. Cuma peperangan ini masih bersifat bertaburan (scattered) dan belum global lagi. 

Salam,

HC. 14.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!