|
.... |
Amerika
Diserang: Ambillah Iktibar Wahai Pemerintah!
Oleh:
HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 13.09.2001 |
Mungkin pelakunya telah
mengaku kepada US, tetapi US enggan mengumumkannya? Atau pelakunya sengaja
tidak mahu mengaku dan hanya meninggalkan kesan di belakang untuk dikenali
secara profesional dan untuk tujuan menyindir US di atas vulnerability
mereka?
US nampaknya begitu ghairah mencari
sipelanggar WTC yang sudah hilang dari muka dunia itu. Tetapi untuk mengelakkan
kesalahan diletakkan ke atas bahunya, seperti biasa, mana-mana Presiden
USA akan mencari satu scape-goat lalu dibelasahnya cukup-cukup. Rakyat
US pun pakat senyap lepas itu, untuk seketikalah. Tetapi cukup untuk mengalihkan
pandangan rakyat US daripada kesemuanya memalingkan muka kepada Presiden
di atas kelemahannya.
Seperti biasa, USA dijangka akan mencari
satu target secara rambang setelah dijustifikasikan serangannya sebelum
itu melalui CNN. Same old tactic, sebijik macam tektik anak didik Yahudi
si madey.
Targetnya pastilah negara umat Islam
yang lemah, yang tak boleh lawan balik melalui serangan yang sama seperti
Afghanistan atau seumpamanya. Tektik serangan ialah missile jarak jauh
atau melalui jet. Nak berdepan? Sorrylah... dah lama USA bertaubat takkan
berdepan on the ground dengan umat Islam selepas mayat askarnya kena tarik
keliling kampung di Somalia dalam keadaan berbogel.
Serangan pasti at random walaupun
kalau salah target, dia akan kata, oh pocot... tersalah target.
Nyawa umat Islam kan 3 sen saja hari ini, itu pun kalau ada harga.
Itulah yang membuatkan ambo sangat
yakin bahawa serangan berani mati di NYWTC itu adalah bikinan pejuang Mujahidin
yang membalas dendam.
Cara serangan ke atas NYWTC dibuat
supaya jumlah kehilangan jiwa orang awam dapat diminimakan seminima mungkin.
Ada unsur belas kasihan sebenarnya kalau kita cuba melihatnya dari perspektif
dan sangka baik kepada pejuang Islam.
Untuk itu, sasaran harus dibuat secara
tepat dan tidak menyebarkan kesannya ke kawasan yang lebih luas. Ini hanya
dapat dilakukan dengan peluru berpandu canggih yang telah di-programkan
sasarannya pada komputer. Sebuah kilang senjata milik Sudan berjaya diletupkan
dari jarak ratusan kilometer dari Laut Merah dengan kaedah ini.
Tetapi dari mana Mujahidin mampu mendapatkan
persenjataan semoden dan semahal itu? Dari mana nak dapat wang untuk beli
sebuah kapal perang pengangkut senjata itu dan berhadapan dengan ribuan
kapal dan sistem kawalan radar USA di sempadan USA sendiri?
Mujahidin takkan mampu dari logik
akalnya. Oleh itu, untuk mendapatkan kesan yang serupa seperti apa yang
USA telah lakukan melalui kaedah hi-tech mereka ke atas bumi umat Islam,
apa lagi option yang ada untuk Mujahidin? Iaitulah apa yang kita lihat
sekarang ini...serangan berani mati terus ke sasaran. Sebuah pesawat bukan
milik sendiri yang dipandu oleh seorang manusia telah dapat memainkan peranan
seperti sebuah peluru berpandu jarak jauh. Mungkin inilah yang dimaksudkan
oleh seorang pegawai pertahanan USA semalam, Low-tech but High-concept.
Seterusnya, kita semua sedia maklum
sudah berapa banyak nyawa umat Islam yang telah dihapuskan oleh USA dan
Zionis.. dari Iraq, Sudan, Iran dan seterusnya..tak boleh dibilang lagi
jumlahnya. Proses penghapusannya pun memakan masa puluhan tahun. Belanjanya
pun bukan main.
Untuk melakukan satu tindakan balas
terhadap USA dan rakan sebantalnya itu, supaya jumlah tadi akan menjadi
sama atau hampir sama, dengan belanja yang terhad pula, Mujahidin perlu
melakukannya di tempat yang ramai manusia dan di ketika aktiviti manusia
ketika itu masih belum mencapai tahap aktif iaitu di sebelah awal pagi.
Sebab kalau sudah aktif, kemungkinan sistem pertahanannya juga akan menjadi
sama aktifnya dan dapat membuat pengesanan dan pembantaian balas sebelum
sampai ke target.
Dengan serangan NYWTC itu, kalau tidak
pun kesemuanya, kemungkinan satu bilangan mangsa yang hampir serupa telah
dapat dicapai dengan jumlah bilangan mangsa umat Islam, walaupun hakikatnya
di Iraq sahaja, ratusan ribu kanak-kanak telah mati kebuluran dan kurang
vitamin akibat sekatan ekonomi USA.
Kemudian, Serangan Berani Mati (SBM)
- siapa lagi di alaf baru ini yang mampu melakukannya selain Mujahidin,
tidak kira dari Palestin, Lubnan dan termasuk Turki yang baru tiga hari
lepas menyaksikan satu serangan berani mati di tengah kota Istanbul!
Jarang sekali kita mendengar SBM ini
dilakukan oleh IRA, Japanese Red Army dan sebagainya, walaupun orang Jepun
dahulunya cinta mati dan sanggup kamikaze kan pesawat mereka ke arah kapal
perang USA. Tetapi kini orang Jepun yang memberontak dah tak sanggup buat
seperti itu. Mereka sudah maju dan selesa, ingin hidup seribu tahun lagi
kalau boleh.
Berapa ramai anggota SBM dalam setiap
pesawat itu? Tak mungkin seorang, maknanya mungkin 4 atau 5 orang untuk
mengawal suasana tenang dalam pesawat sehingga dijunamkan ke sasaran. Kalau
4 buah pesawat yang lakukan SBM, sudah hampir 20 orang yang terlibat dalam
SBM ini. Kumpulan mana lagi dalam dunia ini yang mampu mendepositkan seramai
20 orang dalam sebuah program Serangan Berani Mati dalam tempoh beberapa
jam sahaja?
Rasanya sudah tiada lagi kumpulan
yang seberani dan semampu itu untuk melakukannya dalam dunia ini sekarang
selain daripada Mujahidin/ "pengganas Muslim". Apakah pemerintah kini mulai
bimbang bahawa kumpulan militan jadian di negara ini mulai terlintas untuk
menjadikan kaedah serangan NYWTC itu sebagai satu option mereka kelak?
Berbalik kepada suasana dalam negara
ini dengan politik pemerintah dan pembangkangnya. Pemerintah nampaknya
panik sebentar sampai tak tahu apa nak kata. Kalaulah "KMM" jadian itu
mampu melakukan perkara seumpama ini, habislah batu nesan Mahathir itu
dibalunnya. Apakah KMM tempatan akan mendapatkan bantuan KMM cawangan antarabangsa
mereka untuk melakukan kerja pemusnahan KLCC di negara ini? Berbagailah
persoalan yang mungkin timbul dalam benak pemerintah.
Pembangkang pula seperti biasa kena
jaga imejnya yang cuba dipalitkan oleh pemerintah sebagai sebuah gerakan
militan. Begitulah risikonya sebuah jamaah Islam apabila memasuki sistem
pilihanraya yang banyak bergantung kepada undi yang lahir daripada persepsi
umum. Walaupun jauh di sudut hati, mereka mungkin bersetuju dengan SBM
ke atas NYWTC itu, di mulut lain pula ceritanya. Imej kena jaga, setakat
ini.
Walau apapun bacaan politik dan press
statement yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak, yang nyata "tragedi"
NYWTC telah membuka satu lembaran baru di negara ini. Satu pengajaran bahawa
tahap penentangan golongan tertindas adalah sentiasa boleh berada di paras
yang sama dengan tahap penindasan golongan penindas.
Kalau satu golongan boleh menjual
dengan harga yang mahal, satu golongan lagi boleh membelinya dengan harga
yang mahal juga. Jikalau satu pihak itu besar kemampuan materialnya untuk
melaksanakan satu projek penindasan, pihak yang lagi satu pula memang tiada
kemampuan material tetapi ada satu benda yang sangat berharga baginya untuk
dilaburkannya, iaitu nyawa. Satu nyawa yang sengaja dimatikan pemiliknya
boleh memusnahkan ratusan nyawa yang tidak bersedia untuk dihapuskan.
Pemerintah mungkin boleh dinasihatkan
agar jangan memulakan sesuatu yang sukar untuk dihentikannya jikalau ianya
sudah bermula. Apakah memang benar bahawa "air yang tenang itu jangan disangka
tiada buaya"? Suasana yang tenang di pagi hari di bandaraya New York boleh
berubah menjadi seperti hampir kiamat. Pertahankanlah saki-baki demokrasi
yang masih ada, wahai pemerintahku.
Salam,
HC. 13.09.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|