|
.... |
Terbitan semula
Yahudi,
Freemason, Pokemon, Teletubbies
|
KETIKA perang Vietnam dengan Amerika,
beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Hairannya
anggota tentera Amerika yang ditahan oleh komunis ini berpaling tadah sehingga
berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada
tentera Amerika lain.
Mengikut kajian para psikologis, mereka
yang ditahan telah diprogramkan (brain wash) dan salah satu cara paling
berkesan yang digunakan komunis ialah cara mengulang-ulangkan pemahaman
mereka kepada tentera tadi. Maknanya apabila mendengar sesuatu berulangkali,
seseorang itu akhirnya akan yakin dengan sesuatu perkara tersebut. Kaedah
tersebut sama banyak dengan kaedah psikologi hipnotisme lain yang digunakan
oleh musuh-musuh Islam dalam medan media untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai
keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif dianggap aneh atau taboo
akan akhirnya menjadi perkara biasa dan masyarakat akan menjadi lali jika
berulang kali didengar atau dipaparkan. Kaedah repetitive hypnotism ini
sangat berkesan. Contohnya, homoseksual menjadi kebanggaan malah diberi
hak berkelakuan tidak senonoh dan dilindungi oleh undang-undang sekular,
hasil propaganda repetitive media.
Dalam ajaran islam, Allah dan rasulnya
menggunakan kaedah repetitive brain wash ini. Kita sembahyang lima kali
sehari, membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, Al-Quran disarankan dibaca
selalu. Justeru, kita tahu bahawa seseorang yang telah menerima bahawa
Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai penyampai
mesej Allah dan menjadi ikutan hidupnya, akan dibersihkan otaknya (brain
wash) dari segala akidah yang salah, pemahaman yang karut dan segala sifat
yang keji. Diterapkan akidah yang benar bersifat mulia dengan mengerjakan
ibadah yang bersifat repetitive tersebut.
Kini, adik-adik dan pemuda pemudi
Islam terdedah dengan hypnotism yang diselitkan dalam rancangan kartun
Pokemon sehingga mufti-mufti ditanah Arab membawa fatwa mengharamkan Pokemon.
Individu yang tidak peka dengan kejatuhan akidah dan akhlak umat akan berkata
"Apa sangat nak dihebohkan dengan perkara kecil simbol-simbol benda kartun
ni?"
Pengharaman kad mainan Pokemonini
wajar dilakukan kerana kad tersebut mengandungi antaranya simbol-simbol
Kristian dan salib. Muslimin sekalian, jangan pandang remeh bahaya Pokemon
ini kerana dalam masa berhibur, anak-anak yang menonton kartun ini dipukau
dan diracun mindanya dengan sedikit demi sedikit ajaran-ajaran keji. Dipukau
dengan aksi-aksi hebat penyelamat-penyelamat dunia yang menggunakan simbol
logo-logo Zionis, Freemason dan Christianity.
Sedikit demi sedikit generasi akan
datang, akan akhirnya menjadi pengikut dan askar-askar Dajjal! Perlu diingat,
kaedah tipu helah syaitan yang popular ialah mencampur-adukkan banyak benda
baik dengan sedikit benda buruk supaya tidak ketara kita ini disesatkan
dan ditipu hidup-hidup. Contohnya, berjuta manusia terpedaya dengan ramah-tamah,
baik budi pemurah Mother Theresa, mencampur adukkan kebaikan membantu fakir
miskin dengan keburukan Trinity menyembah Bapa Tuhan, Anak dan 'holy spirit'
menggantikan Allah yang Esa.
Apa sebenarnya aktiviti dan pengaruh
'Freemason' yang dikaitkan dengan kedatangan
Dajjal tidak lama lagi? Maklumat terperinci kedatangan Freemason
sebagai tentera Dajjal banyak diriwayat dalam hadith. Kedatangan Dajjal
tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran sebab itu golongan anti hadith
tidak akan ada perisai menangani tipu helah Dajjal
Secara ringkasnya, Freemason
adalah pertubuhan rahsia bawah tanah golongan elit dunia yang juga adalah
penyembah syaitan. Dahulunya mereka ini terpaksa lari mencari tempat perlindungan
kerana diburu kerajaan Kristian Eropah kerana dianggap murtad mengamal
sihir dan menyembah syaitan. Tetapi mereka ini berjaya mendapat pengaruh
politik beberapa kerajaan Eropah dan akhirnya menerajui pucuk pimpinan
(secara rahsia) kerajaan-kerajaan Eropah bermula dengan Scotland, zaman
Robert The Bruce, England dan France.
Pengaruh Freemason
amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka
yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan
Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi
Triangle Freemason yang kemudiannya
dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika.
Di bawah logo ini tertulis ayat Latin
'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar
Freemason sekarang ini sedang dan telah
lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan
agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular
dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan
logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya
masih terawang-awang tidak dicantum lagi.
Proses melengkapkan piramid ini tiba
dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'.
Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil
kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini
bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas
itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid
sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.
Apabila matlamat mereka tercapai,
di mana manusia sejagat telah tidak lagi menyembah Tuhan yang Esa tetapi
menyembah hawa nafsu dan kehidupan duniawi maka secara automatik kedatangan
'Ra' atau Dajal akan disembah sebagai tuhan. Ini kerana siapa yang mengikut
Dajjal akan menjadi mewah dan siapa yang menentangnya akan sengsara.
Dia mengaku sebagai tuhan mampu memberi
dan menyekat rezeki, dan dikurnia Allah berbagai-bagai keistimewaan sebagai
ujian.
Pada zaman ini, di mana sahaja anda
berada baik di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom atau Malaysia,
setiap yang kita dengar dari media, lihat, tonton, baca semuanya telah
dipengaruhi Freemason. Mereka ini telah
berkerja keras menyesatkan masyarakat sehingga mempengaruhi minda kita
sejak peringkat bayi lagi.
Saya ingin menyentuh rancangan Teletubbies,
rancangan untuk bayi memaparkan watak-watak boneka Tinky-Winky, Dipsy,
La la, Po yang comel-lote. Rancangan ini sangat popular sehingga patung
teletubbies laris menjelang Krismas dua tiga tahun lepas.
Beberapa bulan kemudian televisyen
dan akhbar tempatan United Kingdom membawa berita bahawa hasil kajian mendapati
bayi sedunia sebenarnya bertutur bahasa bayi yang sama. Pada permulaan
rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat
melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil
matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis,
seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip
mata (dalam suku saat) logo Freemason
dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari
di permulaan rancangan Teletubbies tersebut.
Kaedah flashing image ini telah lama
digunakan dalam media perfileman untuk membawa maksud tersirat (subliminal
message). Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana
dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap
imej dan mesej tersebut tanpa disedari.
Contohnya kadangkala bulu roma tengkok
naik scram semasa menonton filem sebab banyak diselitkan 'flasing images'
makhluk hodoh scram. Dalam rancangan Teletubbies tersebut, setiap kali
bayi matahari ini muncul akan ada perkara ajaib yang berlaku di kaca televisyen.
Macam cerita Dajjal, beliau mengaku tuhan dan ada banyak perkara ajaib.
Keberkesanan mempengaruhi manusia
dari peringkat bayi ini mungkin tidak sebesar mana tetapi Islam melalui
sunnah Nabi mengajar kita azankan di telinga kanan dan iqamahkan di telinga
kiri beberapa saat lahirnya bayi ke dunia. Ekoran daripada itulah Allah
menyuruh kita tundukkan pandangan, selamatkan diri dari melihat papan tanda
lucah merata-rata yang sudah jelas dikuasai syaitan bertopengkan syarikat
pengiklanan di seluruh dunia.
Sebagai tanda kebangaan mereka menguasai
dunia, mereka asyik selitkan logo Dajjal mata satu dimerata-rata. Contohnya:
1. Logo Channel Television America
CBS
2. Logo 'ICON' a Film producing company
3. Siaran TV 'Star in their eyes'.
Star diletakkan di posisi mata diatas pyramid lambang Freemason.
4. Siaran Quiz kanak-kanak 'Inside
Out' memaparkan seorang all-knowing professor yang memberi jawapan kepada
soalan sukar bersemayam di atas pentas bermata satu.
5. Carik sendiri yang lain-lain
The fact that they will always show
their one eyed sign on anything that they show is a rahmah upon the Muslim
from Allah because every muslim can see the word kaf fa ra Kafir on the
forhead of the Dajjal when he comes.
- Dipetik drp Sisipan Wan Zuhairi
- CETAK
& SEBARKAN -
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/