|
.... |
Terbitan semula
STRATEGI
MAHATHIR MEMBUNUH ANWAR MENGIKUT
TUNJUK AJAR FREEMASON
Dipetik drp Laman Bantahan |
Mahathir perlu bunuh
Anwar!! Mahathir perlu pastikan Anwar mati. Kojol!! Tidak ada pilihan lain
lagi. Sebabnya? Anwar mengetahui pelbagai rahsia tentang penyelewengan
Mahathir, Daim dan kroninya yang lain. Anwar tahu bagaimana rakusnya Mahathir
& kroninya membolot kekayaan negara. Bukan sikit ooiiii. Puluhan billion
RM. Jika Anwar hidup lagi maka punahlah segala kekayaan dan kenikmatan
duniawi yang dimiliki Mahathir, Daim, Mirzan, Muhkriz, Mokhzani, Marina,
Tajuddin Ramli, Rashid Hussein, Halim Saad, Lim Kim Yew, dll.
Sebab itu Mahathir mengatur strategi
yang cukup teliti untuk membunuh Anwar. Strateginya ialah sebagaimana yang
diajarkan oleh gerakan FREEMASON! Kitabnya ialah The Goetia: The Lesser
Key of Solomon the King dan The Key of Solomon The King (Clavicula Salomonis).
Untuk membunuh Anwar, Mahathir menggunakan
strategi 4 peringkat yang telah difahami betul oleh para juak dan konspiratornya,
iaitu:
1. Menghapuskan keyakinan rakyat terhadap
Anwar menggunakan isu moral / seks;
2. Menghilangkan kesetiaan rakyat
terhadap Anwar menggunakan isu pembohongan, penipuan dan penyelewengan;
3. Menggunakan isu korupsi untuk
menghakis simpati rakyat terhadap Anwar; dan
4. Menghukum BUNUH Anwar kerana isu
mengkhianati negara sebagaimana yang cuba digambarkan menerusi media tempatan
apabila media dan pemimpin negara luar menyokong Anwar.
Isu moral telah digunakan untuk memecat
Anwar dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli UMNO. Anwar
difitnah sebagai penagih seks yang “luar biasa” hebatnya – wanita dan lelaki
habis dikerjakannya. Itulah isu yang digunakan untuk menghukum Anwar. Ketika
ini isu moral masih lagi digunakan kerana sebilangan besar rakyat masih
tidak percaya. Ini bukan kali pertama isu seks dijadikan senjata politik
Mahathir. Sebelum ini, isu seks telah digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan
Tun Salleh Abas (sebagai Ketua Hakim Negara), Tungku Razaliegh Hamzah (sebagai
pemimpin Semangat 46) dan Ustaz Ashaari Mohammad (sebagai pemimpin Al-Arqam).
Tapi, dalam kes Razaleigh Hamzah, Mahathir tersilap langkah. Dalam kempennya
Mahathir mengambarkan Razaleigh suka berfoya-foya dengan wanita-wanita
Cina. Razaleigh pandai – beliau menggunakan dakwaan tersebut bahawa Mahathir
membantunya menjelaskan betapa “kelelakiannya” begitu hebat!! Kerana selama
ini rakyat dan musuh politiknya menolak Razaleigh sebagai Perdana Menteri
kerana beliau bukan “lelaki” sebenar (semasa dalam Kabinet, Razaleigh masih
membujang).
Baru-baru ini Mahathir – iaitu selaku
Presiden Freemason Malaysia – telah masuk ke tahap kedua dalam strateginya
untuk membunuh Anwar. Pada 8 Oktober lalu di PWTC, Mahathir mula menfitnah
Anwar sebagai pembohong, penipu besar, penyangak dll. Anwar dituduh dan
digambarkan sebagai seorang yang “putar alam” – semua orang ditipunya termasuklah
Mahathir sendiri. Oleh itu, menurut Mahathir, memang wajar Anwar dipecat
dan dikenakan hukuman berat.
Selepas ini – jika rakyat percaya
dengan dua strategi yang sebelumnya – maka Mahathir akan menggunakan pelbagai
dakwaan rasuah yang akan direka dan diada-adakan. Kalaulah zina dan liwat
boleh diupah pelacur atau dipaksa mereka yang tidak terlibat, mudah benar
untuk mencari orang yang mengaku menerima rasuah daripada Anwar. Sebab
itu, Mohammad Rahmat (Si Bulat Pelampong) telah mendedahkan tentang kononnya
90 bahagian UMNO telah menerima rasuah RM2 juta untuk setiap bahagian dari
Anwar untuk menjatuhkan Mahathir! Si Bulat nampaknya dah masuk tahap ketiga.
Cepat sangat tu Mat Bulat. Tunggu dulu!! Mahathir pun baru gear dua!
Kemudian, sebagai langkah penamat,
barulah Anwar akan didakwa sebagai pengkhianat negara. Hujah Mahathir nanti
ialah kerana Anwar mempunyai “hubungan” dengan musuh-musuh negara, iaitu
beberapa buah kerajaan asing. Itu sebabnya, menurut Mahathir nanti, negara-negara
tersebut serta media asing begitu ghairah dan bersungguh-sungguh menyokong
Anwar menentang Kerajaan Malaysia (sepatutnya menentang Diktator Mahathir).
Tahu apa hukuman bagi pengkhianat negara? GANTUNG SAMPAI MATI!!
Sebagai rakyat kita mesti berfikir:
Apakah Mahathir bebas melakukan apa saja, hatta membunuh Anwar menggunakan
polis, Peguam Negara dan Hakim untuk memastikan kepentingan diri dan kroninya
terjamin, kemudian untuk terus membolot kekayaan negara dan membaham wang
rakyat dalam EPF, ASN, ASB, LUTH dll? Apakah kita rela membiarkan Anwar
menjadi mangsa kerakusan dan nafsu syaitan Presiden Freemason Malaysia
itu, sebagaimana Salleh Abas? Jika tidak, ayuh bangun saudara-saudaraku!!
Mari kita mengikut arus reformasi. Ayuh selamatkan Anwar dengan apa cara
sekalipun untuk menumbangkan Mahathir a/l Mohammad Iskandar Kutti, yang
kini sudah menjadi semakin zalim – tak ubah seperti Firaun! Ayuh saudara-saudaraku
kita bersama merealisasikan sebuah REFORMASI!
Allah-hu-akhbar!
- CETAK
& SEBARKAN -
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/