.... Terbitan semula
Setiausaha Politik Yang Terperangkap Di dalam Komplot Jahat Dan Misteri
A Political Secretary Wrapped In Intrique and Mystery) 
Oleh: MGG Pillai - 7 Julai 2001

Perdana menteri, Mahathir Mohamed, berfikiran, menjelang tiga dekad tempoh pemerintahannya, dengan kesulitan yang dihadapinya bersama msayarakat Cina, dengan masalahnya yang lebih dari biasa, adalah lebih baik beliau menggunakan khidmat seorang setiausaha politik berbangsa Cina. Maka seorang peguam yang tidak berapa dikenali berusia 51 tahun, Encik Matthias Chang, mengangkat sumpah untuk memulakan tugas. Akhbar-akhbar Cina tidak dapat memutuskan bagaimana untuk menulis namanya di dalam bahasa Cina dan setiap satu darinya mengenengahkan sesuatu yang berbeza di antara satu sama lain. Ini tidak akan berlaku sekiranya seorang tokoh yang popular di dalam masyarakat Cina diambil. Presiden MCA, Dato’ Seri Ling Liong Sik, merasakan yang ia adalah satu pilihan yang bijak; sehinggakan beliau langsung tidak menghiraukan yang setiausaha politik Cina Perdana Menteri yang pertama itu bukanlah ahli kepada MCA, barangkali beliau sudah cukup berpuas hati yang ia bukannya dari Gerakan Rakyat Malaysia. Selain itu, beliau mungkin tidak dirujuk sama sekali tentang perlantikan tersebut.

Siapakah Encik Chang tidak pula kita diberitahu. Beliau merupakan seorang Freemason yang aktif, ahli kepada beberapa rumah persinggahan di Lembah Kelang, tetapi disingkirkan dari salah satunya kerana perlakuan yang tidak bersesuaian. Beliau adalah anak didik Ketua Besar itu tetapi tersingkir kerana orang tua itu tidak mahu memberikan laluan kepadanya. Beliau menuntut gantirugi di mahkamah, kalah dan telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Beliau adalah di antara peguam yang pertama yang bersimpati dengan Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, selepas penyingkirannya dari Mahkamah Agong di dalam peristiwa Tun Salleh Abas. Beliau begitu lantang di dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, menyampaikan hujah-hujahnya dengan bernas sekali, dan, tidak seperti hakim yang disanjungi itu, relevan pada kebanyakan masa. Beliau merupakan bekas rakan kongsi perundangan Hakin Ariffin Jaka, yang telah menjatuhkan hukuman kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebanyak sembilan tahun di atas kesalahan mel***t. Di kalangan masyarakat perundangan menyebut Encik Chang, semasa perbicaraan ini, sebagai “saluran yang berguna dan boleh dipercayai” tetapi saya kurang pasti walaupun saya boleh mengagaknya.  

Beliau adalah penganut agama Kristian, seorang “bible basher” bak kata salah seorang rakannya, kurang mahir ataupun tidak tahu langsung berbahasa Cina. Beliau sangat lantang di dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, memberikan pandangannya dengan penuh semangat dan keyakinan. Para pengumpatnya, bahkan rakan-rakannya sendiri, mengatakan yang ia menonjolkan dirinya lebih dengan keyakinan yang diperlihatkan dari apa yang diperjuangkannya. Beliau dilantik untuk memberikan nasihat kepada Perdana Menteri berkaitan dengan perkembangan di dalam masyarakat Cina, tetapi mampukah ia melakukannya dengan pengalaman politik dan kebudayaannnya yang serba kekurangan itu?  

Selain itu, adakah wajar bagi Perdana Menteri melantik seseorang yang tidak dapat dipisahkan, sekalipun jika ianya bukan secara langsung, dengan masalah politik yang terbesar yang dihadapinya: Dato’ Seri Anwar. Insan yang terpenjara ini telah menyebabkan Perdana Menteri berada di dalam ketakutan politik yang tidak kunjung  padam. Encik Chang tidak akan dapat menolong melepaskan dirinya dari keadaan itu. Beliau sendiri mempunyai masalah yang yang tidak kurang beratnya dengan masyarakat Cina. Encik Chang tidak mungkin boleh berada di sini juga. Beliau datang dengan beban yang sudah cukup besar kini untuk lebih menghalang dari membantu. St. Matthias, atau, sepertimana yang dikenali secara rasminya, St. Mattathias, telah dipilih oleh nasib untuk menggantikan Judas Iscariot yang khianat, adakah Matthias yang di kemudian hari terpilih dengan cara yang sama?  

Diterjemahkan oleh: SPAR-09-016 

- CETAK & SEBARKAN -

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!
https://e-umno.tripod.com/