.... Terbitan semula
Kalau Irama Menguak Rentak - Beginilah Jadinya
Amin Sapiro - 29 Mac 2000

Bermati-matian Mahathir dan kelompoknya meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara sudah bangun semula. Kununnya, keadaan sudah pulih dan segala- galanya sudah ‘on track’. Bersepakat kuncu-kuncu beliau memuji Belanjawan 2000 yang lalu setinggi gunung. Tapi sebenarnya kosong. Tidak ada apa yang istimewa untuk rakyat. 
Statistik “Putar-alam” 

Itu adalah siri kempen beliau. Parlimen dimaklumkanlah beberapa perangkaan yang dicipta sendiri, kununya ada bukti bahawa apa yang beliau kata itu adalah benar. Maka digembar-gemburkanlah cerita kehebatan Bursa Saham KLSE, lawatan pelbagai pihak, peningkatan nilai dagangan, dll. 

Yang menggelikan hati, Mahathir ke Indonesia, kununnya untuk mengajar Gus Dur bagaimana hendak mentadbir ekonomi. Ramai yang ketawa – bukan saja pakar-pakar ekonomi di Malaysia dan di Indonesia, malah pakar ekonomi antarabangsa terbahak-bahak ketawa berdekah-dekah. Ada yang kata – orang buta mengajar orang rabun, lama-lama dua-dua terjun gaung!! 

Sebenarnya Mahathir ke Indonesia ada motif yang paling terahsia. Dia tahu, jika beliau ke luar negara (Eropah, USA, dll) pasti akan tercium agenda beliau untuk bermuafakat dengan puak Yahudi antarabangsa. 

Gus Dur secara terbuka  memang berbaik-baik dengan Yahudi. Jadi, melalui perantaraan Gus Dur, Mahathir dapat berkomunikasi dengan Yahudi tanpa sebarang syak wasangka orang Melayu yang menentang persekongkolan Mahathir dengan Yahudi. 

Ini semata-mata bersebab dari Perhimpunan UMNO akan berlangsung pada bulan Mei 2000 ini. Jika rahsia persekongkolan Mahathir-Yahudi terbongkar, Mahathir akan menerima padah ditentang secara terbuka oleh Perhimpunan. Mahathir dan beberapa kuncunya (Abdullah Bedawi, Daim Zainuddin, Hamid Albar, Rafidah, Hishamuddin Hussein, dll) pasti tersungkur – tersagat hidung mencium bumi. Sudah ada beberapa orang yang menunggu giliran akan membelasah Mahathir dan anggota kelompok yang dikenalpasti. 

Freemason Mendesak 

Sejak pelucutan DS Anwar, Mahathir dengan beberapa orang dalam kelompoknya memang dalam keadaan terdesak. Mahathir diperingatkan supaya jangan mengalah dengan sebarang tekanan dari mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan. 

Mungkin ramai yang menyangka Kroni-kroni Mahathir sendiri yang mendesak. Tetapi kita mungkin tersilap besar mentafsir begitu. Yang paling mendesak ialah kelompok Yahudi yang berkait rapat dengan Freemason antarabangsa. 

Freemason (cabang puak Yahudi) memang bertujuan untuk mensekularkan Islam dan membunuh daya dan kehebatan Islam di seluruh dunia. Freemason bertujuan melaksanakan “order baru” dari aspek politik, ekonomi, sosial, perundangan, pentadbiran, dll. Malaysia sudah lama menjadi sasaran. 

Mereka merancang dengan suatu “grand design” yang sangat licik, halus dan licin untuk melemahkan perjuangan negara-negara Islam. Rencana mega mereka memberi tapak kepada kemunculan kuasa baru mengatasi kuasa “Demokrasi” yang menjadi falsafah warisan Greece. Tetapi Freemason mahu merobah itu. 

Mahathir terlibat sejak tahun 1962 secara mendalam dalam pergerakan Freemason. Beliau sendiri memang berhajat besar menjadi ketua negara ini. Ganjaran beliau akan mendapat kuasa dan terus berkuasa, telah mendorong beliau untuk bertindak pantas. Setelah mendapat kuasa mutlak dari UMNO, Mahathir mengorak langkah-langkah cermat dan penuh tertib mengenepikan konsep pemerintahan “Beraja” dan menggantikan dengan pembentukan  Republik Malaysia “bayangan”. 

Mahathir telah menggunakan kelemahan psikologi manusia terhadap orang UMNO (iaitu Wang, Wanita, Maksiat, Ugutan, melemahkan dan mensekularkan peranan Institiusi Agama Islam, peranan Raja-raja dan mewujudkan Adu-domba kaum, dll). 

“Modus operandi Freemason” dalam UMNO Baru. 

Hari ini Mahathir telah menggunakan ‘modus operandi’ Freemason dalam UMNO Baru. Selepas penubuhan UMNO Baru, baharulah Mahathir memperhebat agendanya untuk melaksanakan tindakan untuk menguasai struktur kuasa dan pentadbiran negara selari dengan arus tuntutan Freemason antarabangsa. 

Mahathir telah mengaplikasikan siri gerakan menggunakan Wang, Wanita, Maksiat, Ugutan, Adu-domba, dengan maksud melemahkan peranan Institiusi  Agama Islam,  peranan Raja-raja ke atas pemimpin UMNO. Menteri-menteri UMNO/Bn dan pegawai kanan Kerajaan hanya dilantik dari mereka yang mudah menerima rasuah dan lemah peribadi. 

Mahathir tidak sukar melakukan itu semua terhadap orang Melayu, kerana majoriti pemimpin orang Melayu dalam UMNO Baru mudah dikuasai oleh elemen busuk disebutkan tadi. Bagai Mahathir, selagi orang Melayu dapat dikuasai melalui UMNO “Cara Mahathir” (My Way), segala rancangan beliau untuk berkuasa dan dengan kuasa akan memonopoli kekayaan untuk anak-anak, suku-sakat dan kroninya akan berjaya – pasti akan berjaya. 

Cuma, batu penghalang yang paling besar dan menyulitkan ialah Parti Islam Se Malaysia atau lebih dikenali dengan nama “PAS”.  Dan dalam UMNO sendiri, puak Freemason memandang UMNO Baru juga tidak selamat dengan adanya pemimpin seperti DS Anwar Ibrahim dan beberapa pengikut beliau dengan tulang belakang ABIM. Anwar berkarisma hebat, masih muda dan bakal pengganti Mahathir pula. Ini dilihat sebagai bahaya besar. 

PAS Jadi Penghalang Besar 

Rombakan pelan tindakan terakhir Mahathir rancangan Freemason ialah pada tahun 1995. Mahathir telah diarahkan supaya mengenepikan Anwar dan memperkuatkan serangan terhadap PAS. Mahathir  telah bertindak pantas mengikis pengaruh Islam di kalangan pegawai tinggi dalam kerajaan hingga membawa kepada perlucutan Tun Salleh Abbas dari jawatan. Sekarang mahkamah, tanpa disedari telah dalam kekuasaan Mahathir. 

Mungkin ramai orang Melayu yang tidak sedar, pada tahun-tahun kebelakangan ini, permusuhan Mahathir dengan PAS sudah sampai ke tahap peribadi. Mahathir telah melancarkan serangan tubi membenci tokoh ulamak Islam yang benar-benar pakar (Datuk Prof. Harun Din, dll). Parti dan Pemimpin menjadi bahan fitnah di Perhimpunan UMNO (rujuk ucapan Perhimpunan 1995). 

Sementara itu, Mahathir telah merancang untuk memusnahkan potensi Anwar menjadi pengganti beliau.  Puak Freemason memperingatkan Mahathir supaya berwaspada. Faktor masa yang sesuai dan insiden memfitnah dan menganiaya Anwar  wajib dipertimbangkan dengan cermat, kerana Anwar bukan sebarang tokoh pemimpin. Beliau adalah kepunyaan semua rakyat – mudah diterima oleh semua orang Melayu (dalam UMNO dan PAS) termasuk pemimpim parti gabungan BN. Ini amat membahayakan. 

Mahathir tidak yakin dengan amaran Freemason. Selama bercuti 3 bulan di luar negeri tahun 1997, Anwar sengaja diberi kesempatan menyandang jawatan Perdana Menteri. Mahathir telah mendapat nasihat paling teliti dari Freemason antarabangsa dari seluruh dunia (UK, USA, France, Scandinavia, Amerika Latin, Fillipina, dan beberapa negara Asia, dll). Mahathir telah menyemak semula rancangan yang sudah diatur. Beliau dapat melihat sejauhmana kehebatan Anwar sebagai bakal PM. 

Terbukti, Anwar memang berkarisma hebat, condong 100% kepada Islam, telus dan 100% membenci rasuah dan penyelewengan. Kemungkinan Kroni Mahathir akan lumpuh sekiranya Anwar menjadi PM. Rakyat makin menyebelahi Anwar. Jika Mahathir terlewat, Mahathir sendiri akan tersingkir dan segala rancangan akan musnah menjadi sia-sia. Kepentingan dan harta berbilion dollar milik kerabat dan anak-anak Mahathir yang dihimpunkan secara rasuah itu akan terhapus dengan sekelip mata.    

Silap Congak 

Kerana ketakutan, Mahathir telah memberi signal membenarkan kuncu- kuncunya memulakan serangan terhadap Anwar. Operasi pertama ialah tindakan melucutkan jawatan dan segala keududukan Anwar dalam Parti. Mahathir mencongak bahawa dengan kuasa dan pengaruh beliau (dan wang yang tersedia), mesej REFORMASI Anwar akan mati dalam tempoh seminggu. 

Daim telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak (ratusan juta) untuk melaksanakan operasi itu. Sejumlah RM600 juta untuk Pilihanraya supaya memihak kepadanya. Target terpenting ialah Kelantan, Johor dan Selangor. Tetapi Mahathir lupa bahawa Kedah, Pahang dan Terengganu tidak diberi tumpuan kerana beliau tidak percaya negeri itu akan lumpuh di tangan PAS. 
 
Tetapi, kita nampak betapa ‘Akbarnya’ Allah swt.! Sesungguhnya Allah swt. tidak mengizinkan khianat yang keterlaluan terhadap bangsa, umat Islam dan tanahair umat Islam. Bisikan makin terdengar dalam hati rakyat (khusunya orang Melayu) supaya menyingkir dan membenamkan UMNO Baru, bukan setakat pemimpin mereka secara berpilih-pilih. Kerana, Freemason sudah menjadi barah kepada UMNO seluruhnya, bukan setakat Mahathir dan kuncu-kuncu rapatnya saja. 

UMNO dan “Drama Lumpuh” 

Abdullah Bedawi juga sudah hilang perasaan kemanusiaan kerana ugutan Mahathir-Daim. Walau sekalipun UMNO berganti pemimpin, namun UMNO sudah tidak ada kekuatan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, mendaulatkan Islam, meningkatkan mertabat orang Melayu, meletakkan Perlembagaan negara sejajar dengan inspirasi memerdekakan tanahair oleh pejuang Kemerdekaan dahulu. Kerana, struktur pentadbiran sekarang sudah ditulari oleh pergerakan Freemason (Rasuah, Wang, Wanita, Maksiat, Ugutan, Adu-domba, dll). Negar dan sistem memerlukan ISLAH dan REFORMASI menyeluruh!! 

Segala yang wujud di hadapan mata sekarang adalah sebuah drama kehancuran kepada orang Melayu dibawah UMNO “Mahathir” dan sekongkolnya: BN. 

Mahathir dan kuncu-kuncunya makin bimbang dengan ledakan semangat anak muda yang berpendidikan yang makin sukar diimbau memihak kepada parti “Bogus Melayu” (“Bogus” bermaksud ‘Fake’ atau “Palsu”), ie. UMNO Baru ciptaan Mahathir Mohammad. 

Setakat ini jumlah mereka telah meningkat lebih dari 650,000. Dalam tempoh 4 tahun lagi, dianggarkan lebih dari 1.8 juta. Jumlah ahli UMNO yang disebut sejumlah 2.4 juta itu, hampir 87% (2.1juta) tidak lagi menyokong UMNO. Ini amat menyulitkan kedudukan UMNO Baru!! (rujuk keputusan sokongan orang Melayu mengikut jumlah majoriti terhadap UMNO dalam Pemilu ke-10 – anggaran 250 ribu sahaja). Ini bermakna UMNO/BN akan kalah teruk dan terhapus. 

Kuasa Dan Fitnah 

Mahathir telah memperhebatkan fitnahnya dengan membusukkan ”Hudud’ sebagai elemen menakut-nakutkan bukan Islam. Mahathir telah mengggunakan platform antarabangsa (PBB) untuk mencerca PAS, Islam di Malaysia, dan kelemahan orang Melayu (tahun 1999). Semua ini adalah sebahagian rancangan Mahathir untuk meyakinkan Yahudi Freemason antarabangsa bahawa beliau tidak berbelah bagi. Beliau tetap sebahagian dari mereka!! 

Wang puak korporat Yahudi antarabangsa berpusat di New York dan Paris sudah banyak dihamburkan  kedalam akaun keluarga Mahathir melalui Bank Yahudi di Singapura (jumlah berbilion). 

Mahathir dan kuncu-kuncunya telah meminta George Soros supaya tidak menyempitkan kedudukan beliau. Dengan perantaraan Henry Kissinger, Mahathir kian lega. Cuma Mahathir dikehendaki menyebelahi Yahudi,  terus berkuasa walau dengan apa cara sekali pun (bertindak ganas, penipu atau berbohong kepada rakyat). Beberapa pihak dalam ATM telah dirasuah dan diugut oleh Mahathir untuk menyebelahi beliau. 

Tindakan kepada PAS telah diperhebat. Penyekatan HARAKAH bukan kerana kepentingan beliau bagi menghadapi bulan Mei 2000 ini saja, tetapi untuk menyekat pengaruh PAS dalam jangkapanjang. Mahathir telah mengarahkan Rais Yatim supaya mewujudkan draf Akta untuk memisahkan “Politik dari Agama” yang akan dibawa ke Perhimpunan untuk mendapat sokongan dan mandat (pasti lulus). 

Beberapa orang ‘upahan’ di kalangan UMNO, Pemuda dan Wanita telah dikenalpasti akan menyuarakan supaya PAS diharamkan (usul paling ekstrim). Tetapi akan berpura-pura mengambil jalan tengah (tunjuk baik hati) bersetuju dengan pendapat ramai  penyokong UMNO yang telah diarah membuat usul dan keputusan supaya imej PAS sebagai parti berhaluan Islam difitnah 
habis- habisan. 

Akan diusulkan supaya Internet dipantau dan disekat secara diam-diam untuk membanteras pengaruh Islam di kalangan orang Melayu dan anak muda Melayu khususnya. Walaupun Mahathir menolak secara terbuka, tetapi ia akan dilaksana mengikut akta-akta tertentu. 

Strategi selanjutnya, orang Melayu akan dicekik lebih teruk lagi supaya orang Melayu akan menjadi masyarakat meminta-minta dari Kerajaan UMNO/BN. Waktu itu Kerajaan Mahathir akan bertindak ‘mengempang di tempat genting’ untuk menangguk di air yang keruh. 

Penswastaan akan dilaksanakan dalam aspek kesihatan. UMNO akan melaksanakan projek mewah yang akan memberi kroni Mahathir kemudahan pinjaman dari 6 buah bank (milik bersama Daim). Ini adalah sumber wang pakatan itu. 

Sepandai Tupai Melompat. 

Tetapi Mahathir dan sekongkolnya lupa bahawa orang Melayu adalah umat yang sanggup berjuang walau hanya bersenjatakan keris sebilah. Orang Melayu dengan semangat jihad tidak akan padam walaupun terpaksa berperang dengan bambu runcing. Jika Islam dijejaskan hingga zuriat mereka tidak lagi menghayati Islam, UMNO pasti akan diruntuhkan; bukan sahaja oleh orang Melayu malahan pemimpin dalam UMNO sendiri.  Mahathir dan sekongkolnya akan menjadi mangsa perbuatan sendiri. 

Mahathir juga tahu bahawa ledakan politik masa kini dan gerakan menumbangkan UMNO/BN dalam Pemilu ke-11 adalah jelas. Mungkin sukar untuk mencapai hasratnya. Tetapi setakat yang telah berlaku, hutang negara sudah lebih RM160 billion. 

Beberapa pemimpin UMNO sendiri telah mengingatkan Mahathir, sekiranya rancangan beliau dengan Freemason tidak dibatalkan, kemungkinan beliau akan  disingkirkan. Mahathir diberi amaran, sekiranya UMNO jatuh tersungkur, Mahathir akan menerima padah. Beliau akan dituduh “treason” dan akan diburu seperti Marcos, harta akan dirampas. 

Tetapi keadaan sudah jauh terlajak. Dia sekarang sedang menghela nafas terakhir untuk menyelamatkan diri. Tambahan pula, umur beliau telah lanjut. Mungkin Mei 2000 adalah kali terakhir beliau akan diberi kesempatan menerajui UMNO. 

Berita terakhir, Mahathir sanggup berundur dengan syarat tertentu. Tetapi syarat-syarat tertentu itu tidak mudah diterima – antaranya beliau menuntut dianugerahkan Seri Perdana, Mahligai Putera Jaya, Global Express, segala syarikat perkongsian dan harta anak-anaknya tidak diselidik, jaminan keselamatan tidak diekstradisi untuk dibicarakan, menutup semua kes rasuah melibatkan beliau (seperti Soeharto), tidak menarik balik harta simpanan beliau di luar negara, dll. Tetapi yang paling teratas sekali ialah: Anwar tidak boleh dibebaskan dari penjara!! 

Tetapi, orang semua tahu bahawa Mahathir sengaja mencari dalih. Sementara itu, beliau sedang menguatkan kedudukannya dalam UMNO Baru yang menjadi pentas ia bertapak dan berkuasa. 

Orang Melayu Wajar Bersatu. 

Pemimpin pertengahan UMNO wajar ingat bahawa Mahathir bukan bertujuan untuk menyelamatkan  orang Melayu melalui UMNO. Rancangan Mahathir memperkuat UMNO semata-mata dijadikan platform demi kepentingan beliau dan keluarga serta kroninya. Pemimpin UMNO yang ada hanya orang upahan yang diimbuh dengan sekelumit kekayaan yang ditanggung rakyat. Mahathir tidak rugi apa-apa. 

Dengan menuduh rakyat dan pemuda yang aktif poitik di dalam kelompok Pembangkang sebagai agen-agen Asing dan Fitnah, Mahathir dengan licik telah mengarahkan Abdullah Bedawi menangkap dan mendenda mereka. 

Tuntutan HARAKAH supaya diberi kebebasan seperti dulu tidak akan dilayan, dan DETIK tidak akan diperbaharui. Media Kerajaan (akhbar, Radio/TV) akan menekan suara rakyat dan Pembangkang melalui program khusus. 

Hanya tuntutan orang Melayu secara berpadu melalui kekerasan sahaja yang akan menumbangkan Mahathir dan kuncu-kuncu nya. Sebenarnya kuasa Mahathir boleh dilupuskan dengan sekelip mata, jika orang Melayu sedar kerugian sendiri dalam jangkapanjang. 

Sesungguhnya UMNO sedang memelihara “BUAYA GILA” dalam kandang UMNO yang akan memusnahkan seluruh perjuangan orang Melayu. Apa yang dirancang dan dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya adalah satu kepura-puraan seolah-olah mengahalakan UMNO supaya membantras perkembangan Pembangkang (khususnya PAS dan KeADILan), tetapi hakikat sebenarnya agenda beliau adalah dengan sengaja untuk memecahkan orang Melayu. Dengan “break, divide and rule” beliau akan terus berkuasa!! 

Setakat ini, Mahathir telah berjaya MENIPU sebahagian pemimpin UMNO dan sebahagian orang Melayu dengan menghalakan senjata UMNO kepada Parti pembangkang Melayu. Tetapi sebenarnya Pembangkang Melayu adalah musuh “bayangan” kepada UMNO. Tetapi hakikat sebenarnya, Pembangkang Melayu adalah musuh “sebenar” Mahathir dalam meladani kerakusan beliau menurut rancangan dan kemahuan yang direstui FREEMASON Yahudi antarabangsa!! 

Dengan sifat Melayu yang berpecah, Mahathir akan bukan setakat merosak Pembangkang Melayu semata-mata, tetapi AKAN merosakkan kepentingan UMNO dan orang Melayu seluruhnya. 

Terpulanglah sejauh mana orang Melayu (khususnya puak UMNO) untuk membuat pilihan. 
 
Amin Sapiro 
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)

- CETAK & SEBARKAN -


SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!
https://e-umno.tripod.com/