.... ISNA: Misi Kerajaan Terengganu Cemerlang
Oleh: Ekram Hafiz (Dipetik drp FGR)

Saudara Pengarang,

Saya sempat menghadirkan diri ke Konvensyen ISNA yang ke-38 pada 1-3 Sept. di Chicago Rosemont Convention Center. 

Saya menulis sebagai pemerhati yang sentiasa melihat perkembangan tanah air daripada jauh. 

Apa yang menarik perhatian saya ialah kesungguhan kerajaan negeri Terengganu untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang sedang dihadapi oleh parti pemerintah yang diterajui oleh Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang. 

Usaha yang serius oleh kerajaan negeri ini sewajarnya diberi pujian dan merupakan satu momentum kepada kerajaan negeri ke arah penyelesaian kewangan sekaligus mengambarkan kepada kita bahawa negeri Terengganu, para pemimpin dan rakyatnya sedang ditindas oleh kerajaan pusat juga merupakan mangsa kepentingan politik golongan tertentu. 

Kehadiran rombongan negeri Terengganu sebenarnya membuka mata kepada umat islam di Amerika untuk mengenali lebih rapat negeri Terengganu dan Menteri Besarnya Tuan guru Hj. Hadi Awang. 

Kesempatan yang diberikan oleh ISNA kepada Tn. Guru untuk berucap di konvensyennya sebaris dengan para ulamak yang lain menampakan satu penghormatan daripada masyarakat Islam Amerika di samping mengiktiraf kepimpinan Tuan Guru serta parti yang dipimpinya. 

Secara sedar masyarakat Islam Amerika telah menghulurkan simpati yang tidak terhingga terhadap rakyat negeri Terengganu yang tidak lain pada anggapan mereka saudara seakidah yang melebihi hubungan saudara kandung. Ini dijelaskan salah satu initisari ucapan Tuan Guru, walaupun orang menuduh AMERIKA sebagai jahat dari sudut kerajaanya. Tetapi Islam menghalang kita bermusuh dengan rakyatnya (yang ikhlas) malah kita dibenarkan mengadakan hubungan khususnya hubungan dagang antara satu sama lain. 

Kerajaan negeri juga membuka gerai dan memasarkan produk negeri. Sambutannya amat menggalakkan dari umat Islam yang hadir. 

Langkah kerajaan negeri membuka ibu pejabat perdagangannya dan dirasmikan oleh MB adalah satu langkah yang patut dipuji dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Terengganu betapa kesungguhan para pemimpin untuk mencari jalan penyelesaian dengan permasalahan yang dicipta oleh kerajaan pusat. 

Lawatan ini walaupun singkat tapi dianggap paling berjaya kerana kesempatan Parti Islam memasuki dakwahnya di arena antara bangsa. 

MB Terengganu juga diberi penghormatan untuk bertemu masyarakat Islam di Chicago, Malaysian dan masyarakat Islam di Washington DC. 

Kunjungan MB ke Masjid Darul Hijrah, Metropolitan DC amat menarik, kerana masjid ini adalah antara masjid yang paling aktif dan hanya akan menjemput para pemimpin Islam yang jelas kredibilitinya, ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

Saya difahamkan, kerajaan negeri mengambil langkah berjimat cermat sebelum melaksanakan misi lawatan ini. Oleh itu sebahagian daripada ahli rombongan mengeluarkan duit daripada poket mereka sendiri. Tahniah !!!

Akhirnya saya juga ingin mengucapkan syabas kepada urusetia yang mengendalikan lawatan ini di dalam serba kekurangan dan ketidak-sempurnaan namun Alhamdullilah secara keseluruhanya lawatan ini paling berjaya dengan bantuan Allah Subhanahuwataala dan sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT, Yang Maha Berkuasa membantu golongan mustad’afin. 

Wassalamualaikum.
 

Ekram Hafiz, DC

(dengan suntingan)

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!