.... Artikel Asal di FeU
MAHATHIR - SEEKOR BEROK TUA DI HUJUNG DAHAN
Oleh: Donmontoya

GUR MASIH ANGGAP DIRINYA PRESIDEN INDONESIA

Beginilah tajuk berita dari Jakarta 24 Julai 2001. Presiden yang disingkirkan, Abdurrahman Wahid atau lebih terkenal dengan panggilan Gus Dur dengan rasa berat hatinya menerima kenyataan dan realiti bahawa rakyat Indonesia melalui Dewan MPR menjunjung prinsip demokrasi yang unggul telah membuat satu keputusan untuk menyelamatkan Indonesia. “Gus Dur masih menyifatkan dirinya seorang “presiden” Indonesia yang sebenar dan masih berdegil tidak akan meninggalkan Istana Merdeka – kediaman rasmi pemimpin negara”, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa petang ini. 

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mencampuri urusan dalam negera Indonesia, Jiran dan rumpun sebangsa kita, tetapi ianya sebagai module kajian kes kes yang serupa, persepsi kepimpinan dan kekuasaan dalam diri pemimpin pemimpin di beberapa negara Asia Tenggara , kebanyakkan negara di Afrika juga di beberapa negara di Amerika Selatan bahawa kedudukan sebagai pemimpin adalah hak mutlak mereka. Dalam bahasa yang mudah kita kata perasaan sayangkan kuasa dan kedudukan, gila berkuasa yang bersarang didalam diri setiap pemimpin pemimpin  yang sedang berkuasa. Tanpa mampu berfikiran secara waras dan rational bahawa masa kepimpinan mereka telah berakhir, berbanding dengan pemimpin pemimpin dari negara negara Eropah, Jepun dan Amerika yang lebih realistik dan rational  serta menghormati suara rakyat. Gus Dur adalah diantara senarai senarai kepimpinan didunia ini yang tidak dapat menerima kenyataan seiring dengan suharto dan marcos, orang orang lebih hampir dengan kita. Dalam senarai ini juga termasuklah mahathir mohamed dari negara kita Malaysia yang serba boleh dan juga tidak mustahil akan diikuti oleh abdullah ahmad badwi.

Sebenarnya manusia manusia dalam kumpulan ini adalah manusia yang mempunyai keperibadian ‘keras kepala, bongkak, sombong, bodoh, tidak mendengar nasihat orang, pentingkan diri sendiri, pembohong dan penipu’ serta berbagai bagai kelakuan dan perangai serta sifat sifat yang tidak ada pada orang orang sentiasa insaf, yang berilmu dan berpendidikan. Mereka ini termasuklah mahathir dan dollah bedwi, bolehlah kita ibaratkan mereka ini sebagai ‘Beruk’ yang diberi peluang untuk memanjat sepohon pokok. Apabila telah berada dipucuk pohon pokok yang dipanjat, apabila kita memanggil turun, samasekali beruk beruk ini tidak akan mahu turun kerana keseronokan dan keenakan berada dipucuk pohon pokok tersebut yang dibuai oleh angin. Tidak ada cara yang boleh kita lakukan untuk menyuruh beruk beruk ini turun. Jika kita tembak atau sumpitnya sekalipun dia akan tetap bergantung didahan dan sanggup mati dicelah pohon daripada jatuh ketanah. Hanya satu cara sahaja untuk menurunkan beruk beruk ini ialah dengan menebang pokok yang tersebut.

Jika sepuluh atau lima belas tahun lalu, kita amatlah berharap agar suasana yang dihadapi oleh rakyat Fillipina kerana kedegilan marcos untuk meninggalkan Istana Malacanang tidak akan terjadi kepada mahathir yang baru berada dipuncak kekuasaannya di Malaysia. Apabila sampai masanya suharto turun dari puncak kekuasaannya serta meninggalkan Istana Merdeka, Kita tertanya tanya adakah mahathir juga akan mencontohi suharto, rakan akrab dan pak gurunya dalam hal hal pemerintahan secara kuku besi dan kronisma, yang memegang rekod selama 32 tahun memerintah Indonesia. Hanya mahathirlah satu satunya manusia yang memperakui rekod kebaikan suharto dan entah siapa pula yang akan memperakui rekod kebaikan pemerintahannya kelak. Anggapan dan harapan kita agar perkara yang terjadi kepada rakyat Filipina dan Indonesia tidak terjadi kepada kepimpinan kita adalah meleset juga, Kita rakyat Malaysia mempunyai rekod sejarah yang sama seperti Filipina dan Indonesia. 

Pada 24 Julai 2001, Indonesia telah bertukar sekali lagi kepimpinan kepada yang kelima, kita di Malaysia masih lagi dengan kepimpinan yang keempat dan dengan orang yang juga sama iaitu mahathir sibenggali kutty tua yang telah mempamirkan kenyanyokannya yang serius. Kita di Malaysia masih lagi tertanya tanya difikiran, bilakah Mahathir akan meninggalkan Putrajaya. Sukar untuk menentukan jawapan kerana di Malaysia, kita mempunyai persepsi kepimpinan yang berlainan dan berbeza dari di Filipina dan di Indonesia. Kita di Malaysia mempunyai Raja Raja yang sudah tidak bertaring malah terdapat Raja Raja yang terpaksa meminta sedekah dan belas ehsan daripada mahathir sibenggali tua. Kita mempunyai parlimen yang dikuasai oleh parti haprak umno dan bn (barisan taik) yang kesemua ahli ahli parlimen dari parti umno/bn ini adalah barua dan haram jadah yang pentingkan diri mereka saja dan maruah mereka lebih rendah dari perempuan jalang. Kita mempunyai ulama ulama yang buta mata, buta hati dan dan buta perut, yang pada masa ini tidak langsung berani menegur segala yang batil malah tidak berani untuk memakai jubah dan kopiah putih apalagi memakai serban kerana pakaian tersebut adalah menyerupai pakaian yang dipakai oleh Rasullullah s.a.w juga dipakai oleh kebanyakkan ahli ahli PAS. Kita mempunyai pegawai pegawai kerajaan yang tidak berani melaksanakan tugas dengan jujur dan berperinsip kerana takutkan benggali tua itu bertindak memfitnahkan mereka dengan pelbagai tuduhan rekaan yang menyiksakan. Kita mempunyai pegawai pegawai atasan polis yang takutkan benggali tua itu mendedahkan dan membocorkan rahsia kegiatan rasuah dan penyelewengan mereka maka segala apa saja suruhan sibenggali tua ini akan dipatuhi malah melaksanakan suruhan lebih camca dari bubur. 

Yang paling utamanya kita mempunyai orang orang melayu yang mengkhianati bangsa melayu dan ugama islam (kampetei), yang bergerak, bercakap atas nama umno, yang hidup mereka menipu bangsa melayu, mencerca ugama islam dan hukum hukum islam, yang berani menyanggah suruhan Allah supaya sentiasa memperingatkan kepada umat Islam tentang balasan baik dan balasan jahat selepas kematian ini, yang bercakap hanya sedap dimulut tanpa berfikir dan menyahut apa yang dicakapkan oleh sibenggali tua yang sudah nyanyok dengan harapan apabila dikenakan bala atau siksaan Allah kelak maka sibenggali tua itulah yang akan membela mereka. Selagi kita mempunyai orang orang yang menganuti fahaman umno yang songsang ini, maka kita terpaksa mengharungi perjuangan kita dengan cabaran yang lebih besar. 

Kita juga mempunyai ramai penyokong dan pihak pihak yang akan membantu kita memperbetulkan kepincangan yang sedang dilakukan oleh mahathir sibenggali tua. Kita mempunyai pemuda dan muslimat yang cekal dan bersemangat kental, kita mempunyai reformis yang sanggup menerima apasaja tekanan dan serangan,kita mempunyai pegawai pegawai kerajaan yang telah sedar dan insaf, kita mempunyai hakim hakim yang telah berani menegakkan kebenaran. Kita mempunyai para pelajar IPT yang sedar dan insaf tentang kemungkaran mahathir sibenggali tua. 

 Kita akan jatuhkan beruk tua mahathir anak benggali kutty dan semua beruk beruk umno dan barisan taik. Kita akan jatuhkan beruk beruk ini semua dari dahan yang enak membuai mereka. Kita akan tebang pokok umno/bn pada tahun 2004 nanti.  Kearah mencapai kemenangan dan kejayaan, kita akan mengunakan saluran demokrasi yang digembar gemburkan oleh mahathir sibenggali tua itu. Maka PADA TAHUN 2004 nanti kita wajib memastikan supaya Barisan Alternatif mencapai kemenangan yang mutlak. Kita sedar akan berlaku penipuan, penyelewengan dan rasuah dalam Pilehanraya 2004 kelak sama seperti yang dilakukan oleh umno/bn sebelum ini.

INSYAALLAH – BERDOA DAN BERUSAHA SERTA BERKORBAN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA DAN KEREDZAAN ALLAH DIAKHIRAT KELAK.

HAPUSKAN UMNO DAN BN DARI MUKA BUMI INI.
 

DONMONTOYA - 24.07.01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!