.... KLCC Musnah & ANWAR Sudah Mati...
Kiriman: Enot Sabah

Assalammualaikum warahmatullah...

Musim pilihanraya telah datang semula. Pada kebiasaannya, apabila pilihanraya menjelang seolah-olah suatu sambutan luar biasa rakyat akan dapat dilihat di negara ini. 

Namun, oleh kerana pilihanraya kali ini hanya melibatkan negeri Sarawak sahaja maka suasana yang disebutkan di atas tidak kelihatan terutamanya di Semananjung. Apapun, pilihanraya kelapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ini tetap menarik perhatian ramai dari seluruh Malaysia. 

Bagi mereka yang mamiliki komputer dan kemudahan internet sudah pasti lebih mudah untuk mengikuti perkembangan semasa. Terdapat bermacam bentuk maklumat akan dapat diakses melalui internet dengan cepat dan pantas. 

Namun begitu, dalam kecepatan dan kepantasan itu sering berlaku kekeliruan dan kejutan. Inilah yang berlaku kepada saya petang tadi. Saya amat terkejut apabila terlihat gambar KLCC menghadapi serangan sebagaimana Pusat Dagangan Dunia di New York musnah Selasa minggu lepas. Saya terpegun sebentar melihat apa yang saya lihat di layar komputer. Rupanya, seorang kawan telah menghantar gambar tersebut melalui email kepada saya. Saya tidak pasti siapakah pemilik asal gambar ini.

Saya lega apabila menyedari gambar tersebut adalah gambaran yang direkaolah semula dan bukannya realiti. Namun, kejutan itu rupanya tidak berakhir begitu sahaja. Kali ini saya dikejutkan oleh satu mesej yang berbunyi "ANGGAPLAH ANWAR SUDAH MATI" ditulis oleh 'Anak Maha' di dalam papan notis Berita keADILan On-line .

Bagi saya isi kandungan mesej ini agak provokatif. Namun, terpulang kepada pandangan masing-masing menilai semua kejutan seperti gambar "KLCC Diserang Pengganas" atau cerita "ANGGAPLAH ANWAR SUDAH MATI", lihat dan bacalah sendiri untuk merasai hasil kejutan itu(?).

_____________________________________

Anggaplah Anwar Sudah Mati Posted by: Anak Maha Posted: 20.24 - 18/9 

Assalammualaikum, 
Wahai penyokong pembangkang (BA), tak payah susah-susah perjuangkan nasib Anwar tu. Kalau setakat saja-saja nak berpolitik kosong 

jangan mimpi dapat kalahkan Dr Mahathir yang gagah perkasa tu. Buktinya, kenapa pembangkang (BA, konon!) bertelagah sesama sendiri dalam pilihanraya Sarawak ni? 

Keduanya, penyokong BA semuanya pengecut dan tidak lebih hanya sebagai tukang sorak (yang tidak berguna) tidak seperti penyokong BN yang bijak, berani, gigih dan gagah mengharungi cabaran politik semasa (demi untuk kemenangannya). Buktinya, berapa ramaikah penyokong BA yang akan ke Sarawak nanti? Semuanya hanya mampu duduk di depan komputer buruk tanpa dapat lakukan apa-apa. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada semangat langsung sebagaimana penyokong BN. Saya akan ke Sarawak pada 22/9/01 ni. Tapi tak seronok sebab pihak lawan dah kalah dan tak mampu terbang ke sana. 

Jadi kalau begitu adanya, jangan nak berangan untuk memerintah Malaysia ini; jangan berkhayal di siang hari dapat menarik hati rakyat Sarawak & angan mimpi nak bebaskan Anwar. 

Kalau untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pun BA dah tak berdaya, jangan harap Dato' Fadhzil akan berjaya memimpin negara; Dato' Seri Hadi akan menjadi Perdana Menteri atau Anwar dengan masyarakat Madani. 

Bolehlah kamu menganggap Dato' Fadhzil, Hadi Awang, Nik Aziz atau Anwar sendiri hanya mengimpikan bulan jatuh ke riba. Tengoklah semangat juang kamu yang lemah dan tak bermaya langsung itu. Kami rasa tak seronok dan tak ada cabaran langsung berlawan dengan manusia-manusia longlai seperti kamu. 

Oleh itu, anggap sahaja Anwar sudah lama mati. Dia tidak mampu menyatukan kamu kerana dia sudah mati. Dato' Fadhzil, Hadi Awang, Nik Aziz adalah tidak lama lagi akan mampus sama! Wassalam!

- Anak Maha.

Bahan disampaikan oleh: Enot Sabah
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!