.... SANDIWARA DATO’ JIN(S) PUN GAGAL GAK EH!!
Oleh: Ehek2001

Melihatkan telatah dan karenah Umno dalam mencuri kembali sanjungan dan sokongan orang Melayu memanglah begitu menggelikan hati dan terkadangnya  di luar batasan akal. Apa tohmahan dan fitnah yang mereka lemparkan adalah juga merupakan pantulan dari perlakuan sebenar mereka. Kata orang - ‘mengata dulang paku serpih’ - begitulah juga kelaku kelayak mereka. Sesudah habis segala sasaran dewasa yang akhirnya menemui kebuntuan dan kegagalan, kini mereka bergiat pula mempengaruhi remaja dan bebudak sekolah.

Baru-baru ini pada 18 Ogos 2001 bertempat di dewan Sekolah Menengah Tun Syed Sheikh Shahabudin Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah dilaporkan berlangsung acara Ko-Kurikulum yang kununnya berpaksikan atas isu patriotik kepada negara. Kehadiran paksa murid-murid sekitar 500 orang dengan penceramah teristimewa ialah Dato’(Umno) Jins Shamsudin. Pelakon veteran ini ialah sutradara yang menghasilkan filem BUKIT KEPONG. Dikatakan veteran kerana pemikirannya juga sudah out-dated dan terlindung pula pandangan matanya oleh kataraks. Mungkinkah hatinya juga buta? Siapa tahu…..

Setelah ucapan pendahuluan oleh guru yang berjiwa Umno (ada lagi guru macam ni no!), tibalah masa untuk Jins berceramah. Dengan berbaju batik dan bersongkok tinggi budaya Umno beliau mengambil tempat di pentas. Adalah dikatakan bahawa ucapannya senada dan selari dengan doktrin pemikiran Mahathirisme. Entah apa-apa yang dikupasnya sehingga menimbulkan bunyi-bunyi bantahan dan ejekan dari hadirin yang majoritinya adalah pelajar Melayu sekitar daerah itu termasuk dari Kedah. Manakala tersentuh saja isu Mahasiswa yang dikatanya menyokong pembangkang, dengungan bantahan bertukar menjadi suasana yang gawat dan hiruk pikuk oleh pelajar. Mereka mengBOO Jins sehingga merah padam mukanya. Akan tetapi, pelakonlah katakan. Terus saja beliau berceramah dan semakin merewang topik persembahannya. Setiap kali itu juga, apabila kedapatan ucapan bercorak mengahsut ala ‘Umno’ dia terus saja diBOO dan pelajar membuat bising.

Kedapatan juga beberapa pelajar yang angkat ponggong dan pemerhati dewasa yang menyelinap keluar kerana tidak sanggup mendengar pembohongan dan fitnah yang terang-terangan ditujukan kepada pihak pembangkang secara yang tidak adil. Kalau medan perdebatan amat mereka takuti untuk berhadapan dengan pembangkang, malahan sempat pula bertarik tali mengelak dari berlakunya acara itu.

Beberapa pengajaran dapat diambil dari peristiwa ini. Pertamanya, Umno sudah menjadi sejarah sebagaimana Dinasaur yang pernah menjaguhi bumi kini lenyap entah ke mana. Mereka terpaksa menggunakan pendekatan tipu-helah dan program ko-kurikulum sekolah untuk menghimpun khalayak - hatta budak sekolah.

Keduanya, pendekatan sebegini dalam keadaan anak muda yang sudah matang dan faham politik hanya mengundang padah dan malu. Usah meniru langkah Tikus Mahathir membaiki labu dengan menuding jari kepada orang lain atas perlakuan buruknya sendiri. Pemimpin Umno termasuk guru-guru berkenaan secara tidak beretika telah memalukan parti mereka sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Ketiganya jangan menyalah-gunakan aktiviti ko-kurikulum dalam menghasut dan mendoktrinkan pelajar dengan ajaran sesat politik Machiavellian Mahathir. Para pelajar lebih faham sekarang akan pengkhianatan dan pelacuran politik oleh pemimpin Umno. Isu biasiwa dan Meritokrasi yang dicetus Mahathir akan menjerut tali kerandut Mahathir dan Umno sendiri. Pembohongan dan fitnah yang dilemparkan kepada mahasiswa Universiti akan menaikkan kemarahan dan kebencian kepada Umno yang sadis itu. Cubit peha kanan, tentu peha kiri terasa pedihnya.

Keempatnya, penggunaan artis sebagai panglima baru Umno tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Mereka bukan lagi idola khalayak setelah segala keburukan dan cerita gosip yang memualkan disiar oleh akhbar. Terimakasih Utusan dan Berita!! Zaman 50-an dan 60-an sudah lama menghilang. Kenapa Umno menggunakan pendekatan begitu sedangkan orang Melayu mula galak menghayati Islam sepenuhnya. Hampas sungguh Umno. Apakah Siti Nurhaliza, KRU, Norman Hakim dan berbagai lagi Melayu Pelupa itu cukup kuat dan berpengaruh untuk meniup trumpet Umno dan menjadi hulubalang dalam berhujah. Apatah lagi si tua bangka Datok Jins itu!! Tentu saja rakyat memandang cerdik pandai dan ulamak sebagai contoh.

Kelima, selagi Umno/kerajaan tidak boleh menjawab persoalan-persoalan mudah dari rakyat tentang penyelewengan pemerintah, selagi itulah kerja sia-sia mereka umpama mencurah air di daun keladi. Rakyat berminat mengetahui soal Rasuah, salahguna kuasa dan pengkhianatan pemimpin Umno/kerajaan terhadap rakyat jelata. Kenapa Tuduhan rasuah tidak dikenakan ke atas Rafidah Aziz, Ali Abool Hasan dan berbagai lagi. (Mahathir juga tidak terkecuali).

Pendek kata tingkah laku dan sikap kerajaan adalah seumpama seekor ketam sedang bertegas menyuruh anaknya berjalan dengan LURUS. Sedang bapa Ketam spesis mandeliar itu sendiri terhegeh-hegeh menyerong ke tepian!!

Ehek2001 - 22.08.01


Catatan M@RHAEN
Alahai Tok Jin, buat apa yang kamu menyibuk menyokong si Madey tu? Kamu tu dah tua, elok balik ke kampong kamu di Air Kuning, Taiping, buat ibadat banyak-banyak. Kamu dah masuk zon 'tamat tempoh hayat' - hentikanlah daripada membuat dosa. Tapi, tak tahulah, mungkin sebab kamu ni Jin, kamu memang sukakan api neraka. Ataupun kamu juga dah terlalu taksub dengan fatwa Madey bahawa tidak ada sesiapa yang pernah balik daripada syurga atau neraka menceritakan kepada manusia mengenai syurga dan neraka. 

Yang pastinya, wahai Jin, Air KUNING, bila ditambah BIRU Totok BN, hasilnya menjadi HIJAU, warna kegemaran rakyat M@rhaen di Air Kuning dan Changkat Jering, hatta Taiping.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!