.... M KAYVEAS : Membalas Budi Atau Mabuk Todi?
Oleh: Ehek2001

Pentadbiran Mahathir mencipta sejarah negara apabila banyak sekali menggunakan pendekatan pintu belakang dalam melantik anggota kabinetnya. Pada zaman kekuasaannya kemenangan sebagai ahli Parlimen bukanlah syarat mutlak untuk ditimbang sebagai ahli Legislatif negara.

Perdana Menteri yang terdahulu sering mengambilkira pandangan ahli bawahan yang diterjemahkan oleh pemilihan Umno ataupun kemenangan si polan dalam pilihanraya ,walaupun mereka menyedari akan kuasa PREROGATIF yang dimiliki. Ini adalah sebagai membalas budi/kepercayaan ahli parti kepada pucuk pimpinan. Ketiga-tiga Arwah Perdana Menteri lalu- Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn – sentiasa peka dan mematuhi aspirasi ahli parti. Pertimbangan sebegitu menyumbang kepada kestabilan Umno, mengelak pergolakan dan memantapkan sokongan orang-orang Melayu

Peralihan corak dalam kepimpinan  Umno mula menjelma apakala Mahathir memegang tampuk kuasa. Pemindahan kuasa yang memusat kepada Mahathir melalui kilasan belakang dan kelicikan helah akhirnya mengundang padah kepada Parti Umno. Sejenak ia menikmati kemenangan besar selepas krisis 1987 oleh faktor DS Anwar yang ‘membedaki’ Umno ketika itu. Tragedi September1998 yang menyaksikan pemecatan dan penghinaan peribadi keatas Anwar sangat memberi kesan yang mendalam. Umno baru(a) Mahathir yang baru akil baligh 13 tahun kini di jurang kemusnahan oleh kebejatan tangan pemimpinnya sendiri.

Bermula dari ‘krisis’ yang akhirnya  mengharamkan Parti Umno dengan helah liciknya, Mahathir sudah tidak lagi menghiraukan pendapat Perwakilan. Mereka hanya menjadi sebagai pelengkap kepada demokrasi ala Dr. Mahathir. Walaupun menyedari akan kekalahan Tengku Razali dengan perbezaan undi yang terlalu kecil melalui helahnya- Mahathir terus beragenda menurut mahunya (nafsu serakah) sendiri kerana dia yakin akan pengaruhnya  ke atas minda orang Melayu hasil dari Buku ‘Malay Dilema’. Minda orang Melayu telah dicaturkan dan diimplan oleh penulisannya di akhbar sedikit masa dahulu. Dasar pecah dan perintahnya juga akhirnya menyebabkan pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri dengan dia mengaut untungnya.

Ahli Parlimen jadi pemerhati, Senator jadi Menteri.

Setiap kali kekecohan politik berlaku, Mahathir memahami bahawa ia tidak boleh memecat kesemua yang terlibat atau bersimpati dengan musuhnya sekaligus. Mana-mana yang ‘malignant’ akan dibuang dari senarai calun dan sebagainya. Akan datanglah surat pinjaman bank dan sebagainya yang menimbulkan kesulitan sehinggalah mereka melutut dan membuat pengakuan bersalah. Ada juga yang tidak diambil tindakan namun dipantau pergerakannya- semuanya demi pengekalan kuasa dan pemerintahan.

Sebagai pengimbangnya, maka Mahathir melantik Menteri Pintu Belakang (MPB)- melalui perlantikan Senator. Mahathir menggunakan sepenuhnya kuota senator untuk menjadi ahli kabinet. Nama-nama seperti Hamid Osman, Musa Mohamad dan M. Kayveas adalah merupakan ahli kabinet MPB. Serampang dua mata ini memastikan beliau kuat dengan sokongan di Parlimen dan menguasai kerajaan serta dalam masa yang sama ahli Parlimen partinya menjadi lemah dan bergantung nasib kepadanya. KUKU wakil rakyat yang terpilih secara demokrasi telah dicabut secara terhormat. Mereka berakhir sebagai Rubber stamp untuk Mahathir mengkhianati rakyat.

Senator-senator ini tentu saja akan menjadi soldadu Mahathir dalam percaturan politik dan isu dalam negara. Mereka akan menjadi pencetus alehan tumpuan, penghangat suasana dan berbagai lagi kerenah untuk menyempurnakan selera serakah warga tua yang seorang itu- Diktator Mahathir. Tanpa tanggungjawab kepada konstituensi seperti Ahli Parlimen yang dipilih, mereka sebenarnya menjadi abdi untuk Mahathir seorang sahaja. Dalam masa yang sama bedebah itu boleh kurangkan tekanan politik dari ahli bawahan dan juga ahli Parlimen partinya.

Isu kebakaran DTC timbul kembali Ditimbulkan oleh pemimpin Mabuk Todi

Muslihat Mahathir dan laporan kebakaran oleh Jabatan bomba tidak sehaluan. Dengan berpegang kepada kebenaran, Laporan Jabatan Bomba tidak memenuhi kehendak dan matlamat Skrip sandiwara Mahathir. Logiknya, siapakah yang lebih layak diantara Mahathir dan Bomba dalam mengulas tentang kebakaran secara ilmiahnya? Kita faham keupayaan Mahathir dalam mengulas kebakaran dari sudut politik dan juga muslihat sebaliknya. Menolak laporan Bomba yang mengatakan litar pintas sebagai punca, bermakna menerima SABOTAJ sebagai pencetusnya. Persoalannya ialah kebakaran eksklusif itu berlaku dalam kawasan jagaan keselamatan yang ketat!  Siapakah yang mampu membuat  ANGKARA jika bukan pihak yang berwajib itu sendiri??

M Kayveas yang merupakan senator lantikan Mahathir menimbulkan kembali isu kebakaran DTC dengan keyakinan tingginya ynag mengaitkan sabotaj sebagai punca. Katanya ia adalah hasil siasatan yang beliau sendiri lakukan (eh! Betul-betul macam cakap Mahathir dalam kes fitnah L*W*T Anwar Ibrahim!!)  Dalam pada itu ia turut membela kenyataan mahathir dan memperkecilkan laporan Bomba. Dia juga menekankan akan perlunya polis ‘POLUMNO’ terus menyiasat sehingga terjumpa pelakunya.(Hmmm….tak kira lah apa kaedahnya pun……) bagi beliau mesti kejadian itu berlaku oleh sabotaj sebab kawasan itu telah dikuarantin. Yang lebih membimbangkan dan juga bahaya ialah apabila ia mengatakan berkemungkinan  pelajar, pensyarah atau pengawal keselamatan yang terlibat dalam sabotaj itu!! Tidak menghairankan jika sedikit hari lagi ia mengaitkan pula dengan KMM atau PAS sebagai dalang di belakangnya.

Kita rakyat marhaen sejak awal-awal lagi mengatakan kebakaran itu adalah disebabkan sabotaj walau laporan Bomba bercanggah. Namun tumpuan penyiasatan pula mesti bertumpu kepada kelompok SB, BTN dan kakitangan Umno yang terlibat dalam persediaan menyambut ‘nabi’ Mahathir mereka itu. Sejarah sentiasa berulang dan ada baiknya diambil sebagai pengajaran. Pembakaran Dewan Parlimen Reichtag oleh anasir NAZI dalam menghalalkan tindakan Hitler mengharamkan   parti pembangkang di zamannya adalah contoh terbaik. Begitu juga dengan gerakan GESTAPO G30S di Indonesia yang digunakan Tentera sebagai helah untuk merampas kuasa serta membantai dan membunuh simpatisan PKI di kalangan rakyat Indonesia. Ini adalah fakta sejarah yang terbongkar sebagai panduan generasi berikutnya.

Rakyat marhaen amat memahami akan tekanan yang Senator M. kayveas hadapi dalam memastikan perlantikannya sebagai senator dan ahli Kabinet menguntungkan kedudukan Mahathir (bererti keuntungan untuknya juga). Akan tetapi usahlah menjadi terlalu ‘gurkha’ dalam bertindak. Jangan sehingga anak bini pun malu untuk berjalan di khalayak kerana punya seorang suami/ayah yang bertaraf binatang belaan Sarkas Mahathir!!

M. Kayveas sepatutnya memasyhurkan dirinya dalam melakukan kerja-kerja kementeriannya dan mempastikan masalah perumahan golongan miskin dan setinggan di bandaraya terbela. Bukannya dengan bercakap macam Keling Pariah mabuk todi. Rakyat sudah muak dengan karenah seekor Dr BEROK bernama Rais Yatim yang mempersendakan sendiri ilmunya demi kemewahan dunia yang fana ini. Mungkinkah M. Kayveas sedang berebut
kemasyhuran dengan Dr Rais dalam memikat hati Tuan Ampunya Sarkas atau mula membalas budi.

Ehek2001 - 17.08.01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!