.... APABILA HOSPITAL DISWASTAKAN...
Alamat Melayu menjadi pariah…

Oleh: Dr Nologareng

Perancangan jahat kerajaan untuk menswastakan hospital umum kerajaan seluruh negara telah tercium oleh pemimpin politik Alternatif sebelum dari Pilihanraya Umum 1999 lagi. Lalu rakyat diberitahu awal akan perancangan jahat yang akan menguntungkan segelintir manusia terutama yang rapat dengan pemimpin negara. Bagaikan milik pusaka mereka memfaraidkan mengikut zon zon dalam malysia. Sebahagiannya menjadi milik anak manteri Perdana. Yang mana satu pun saya dah terlupa. Apa pun yang nyatanya bin Mahathir. 

Dengan kehangatan pendedahan pengamalan KKN dan juga dasar yang korup oleh kerajaan, pemerintah serta-merta menangguhkan (ingat: bukan membatalkan!!) rancangan itu. Rakyat yang matang politik faham akan helah mereka cuba menyedapkan hati rakyat terutamanya orang melayu. Apatah lagi ketika itu pilihanraya di penjuru sana sahaja- amat hampir. Sekurang-kurangnya mereka tidak diserang dengan terlalu banyak isu. Sedangkan isu DSAI dan kezaliman saja sudah tidak tertanggung. 

Namun negeri-negeri yang majoriti rakyatnya berbangsa Melayu telah menunjukkan protes dalam peti undi. Banyak pemimpin Umno yang kecundang termasuk menteri kabinet. Melayu menterjemahkan perasaan GETIK dan MELUAT mereka kepada kerajaan Umno/BN yang diketuai seorang pemimpin berdarah sesudu Melayu. 

Kemenangan berterusan BN dengan majoriti 2/3 dengan berbagai helah politik kotor telah membogkakkan kerajaan hari ini. Dengan penolakan terang-terangna Melayu terhadap mereka menjadikan kerajaan Mahathir seolah-olah berdendam dengan orang Melayu. Amat mudah untuk difhami sekiranya kita mengenali siapa mahathir yang bacul dan pengecut ini. Lalu ia beragenda menghentam segala yang bersifat melayu namun dalam bentuk yang berahsia juga. Muncullah isu Demonstran Militant, Mahasiswa ganas, KMM dan sebagainya yang kita tahu ia akan dikaitkan dengan parti Alternatif terutamanya PAS. Ugutan dan amaran sepanjang hari disiar dalam akhbar termasuklah memecat paelajar dan pensyarah yang tidak sehaluan dengan kerajaan memerintah. Pengamat politik nampak jelas akan helah dan isu yang ditimbulkan adalah merupakan kaedah ‘diversion’ dari kemakaran dan kejahatan agenda mereka dalam menganiaya rakyat marhaen termasuklah ahli Umno. 

Dalam tempoh tidak sampai seminggu, isu penswastaan Hospital timbul semula dalam ayat yang ‘imminent’ dan mesti berlaku. Hujah pandir yang digunakan ialah untuk meningkatka mutu perkhidmatan dan juga kebajikan pekerja. Hujah yang sama mereka gunakan tatkala IWK, MAS mula-mula diswastakan. Bukankah ianya mengundang kegagalan dengan si polan menjadi jutawan dan rakyat menanggung beban hutang!!! Apa boleh buat kerajaan hari ini bermotokan  MALAYSIA BOLEH!!! 

Sebenarnya dalam tempoh tangguhan itu pun sudah 5 cabang perkhidmatan diswastakan. Antaranya ialah bahagian pencucian, dobi dan kejuruteraan. Semuanya beralasan demi meningkatkan mutu. Sudahlah, tidak perlu membohongi dan memperzsendakan rakyat lagi. Cakap sajalah untuk memperkayakan anak dan kroni. Rakyat tak akan terkilan kerana memang benar dan ternyata benar telahan yang dibuat oleh pemimpin Alternatif. Kini rakyat sudah mengenali siapa kah pengkhianat dan kaki temberang dalam politik negara. Rakyat juga sudah tahu siapa yang berjuang untuk rakyat dan siapa pula pembela anak dan kroni. 

Apabila penswastaan berjalan dengan paksaan ke atas rakyat, banyak yang akan sengsara dan merana terutamanya orang Melayu- lebih-lebih lagi Melayu pelupa Umno!!! Sedangkan kibaran bendera atas kereta pun mereka tidak mampu lakukan oleh kerana mereka miskin tanpa kereta. Apatah lagi jika rawatan yang menuntut bayaran yang mampu menjulingkan mata!! 

Swasta saja hospital, kejatuhan TOTAL Umno mungkin bermula 

Penyokong totok Umno ( terkecuali pengundi hantu) kebanyakannya bertumpu di kawasan kampong yang pedalaman dan tersorok geografinya. Kebanyakannya adalah petani, nelayan, pekerja kampong dan penganggur. Kalau di bandar pula biasanya mereka hanya lah seorang pekerja bawahan atau dipanggil buruh kasar. Dalam kesunyian dan kurangnya aktiviti malam, sendagurau bersama isterilah menjadi acara yang utama. Hasil dari gurausenda yang sunyi sepi ini seringkalinya menghasilkan bayi yang nyaring tangis dan sedannya. Biasanya sembilan bulan sesudah itu. Kalau terlebih pun 10 hari yang akhirnya akan dipaksa keluar oleh Doktor dengan kemahiran dan ubatannya. 

Fenomena biasa bagi kita jika berziarah ke kampong akan melihat dan menyaksikan keriuhan dan kegembiraan seisi rumah yang agak biasa menjangkau 10- 14 orang. Itu baru satu ibu. Jika yang handal pula mungkin mempunyai 4 atau 2 orang isteri sekurang-kurangnya. Hakikatnya mereka inilah yang menjadi pendokong dan penyokong setia parti Umno!! Mereka jugalah pelanggan setia perkhidmatan percuma perubatan samada di hospital ataupun klinik kerajaan termasuklah juga untuk anak-anak. 

Selama ini perkhabaran tentang penswastaan hospital disambut dengan senyum sumbing mempermainkan berita itu. Kata mereka, “takkan kot! Tak sekejam itu kerajaan Umno.” Kita yang mendengar hujah pandir begitu pula yang tersenyum sumbing. Dengan kekuatan hujah dan perbandingan yang berlaku dalam negara, maka si polan tadi pun menghilang senyumnya. Yang nampak ialah anak tekak dek ternganga ia mendengar kezaliman dan penipuan yang berlaku. Ada yang terus bersumpah akan menghancurkan parti itu sekiranya Perkhidmatan itu pun nak dibuat sumber kewangan anak Perdana Menteri!!! 

Terbayang mereka apabila terpaksa menghitung angka dan perbelanjaan tatkala mahu bersama bergurausenda. Akan terencatlah irama dan syahdu apabila si Ibu tetiba menolak sang Ayah untuk mengelak terjadinya lembaga zuriat tatkala kemuncaknya acara turun temurun itu. Sampai begitu sekali Melayu dihimpit oleh pemimpin sendiri. Jangan salahkan Lee Kuan Yew apabila merencatkan kadar pertumbuhan bangsa Melayu dengan berbagai akta dan cara. INI di Tanah Melayu sendiri, secara halus kerajaan Mahathir cuba mengurangkan zuriat Melayu dengan cara membebankan ketua keluarga. Dijangkakan sekali kelahiran normal menuntut bayaran RM800. Kalau melibatkan pembedahan dan rawatan susulan, alamat lagi besarlah beban.Tertanya kita CUKAI PENDAPATAN untuk apa akhirnya??? Cukai jalan dibayar, TOL pun kena lunas. Apa lagi perkhidmatan percuma sebagai menjaga kebajikan rakyat dari sebuah kerajaan yang prihatin??? 

Ada orang berkata kerajaan mungkin menggunakan peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai jalan keluar bagi rakyat yang tidak mempunyai insurans atau caruman KWSP. Akan tetapi itu juga adalah perampokan duit rakyat secara terhormat. Rakyat yang prihatin tetap tidak mengizinkannnya. Sewajarnya insurans dan caruman ketiga KWSP adalah untuk kecemasan masa hadapan. Namun dalam kerajaan serba boleh Mahathir ini, yang penting adalah perkiraan untuk kroni dan anak bini. Yang lain semua boleh jalan hatta ahli Umno sendiri……. 

Apakah sekali ini Mahathir akan menerima pukulan kemarahan dari ahli Umno di kampong yang akan bangun menunjukkan protes. Kita tunggu dan lihat.  M@R

Dr Nologareng - 06.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!