.... PUTERI DAN PEMUDA UMNO BAGAI TIADA KOMPAS
Oleh: Dr Nologareng

Secara teorinya sebarang pertubuhan Politik akan menjadi mantap dan gagah dengan penyertaan golongan muda. Semakin aktif mereka, semakin berkesanlah dan dipandang kehadiran parti itu dalam masyarakat. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu yang sering bergossip dan menghabiskan petang dengan mencari kutu bagi perempuannya dan mengadap papan dam bagi kaum lelaki pula. Akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku bagi parti yang didukung oleh kelompok minoriti Melayu Baru di Malaysia - MELAYU MALBARI!! 

Pemuda dan cabang Puteri yang diketuai oleh Azalina seorang Peguam anak kepada bekas Ketua Pengarah Risda yang pernah terlibat rasuah adalah merupakan tunas dan harapan bagi Umno berkembang. Dua sayap ini akan menyediakan barisan pelapis untuk masa depan parti itu di tanahair. Secara teorinya kedua-dua cabang itu akan menjadi tempat latihan dan perkaderan golongan muda sebelum memasuki gerakan veteran pula sebagai pemimpin. 

Pemuda Umno dalam era DSAI memang memberi kesan yang mendalam apatah lagi kesedaran tentang Islam yang boleh dikatakan jahil murakab di kalangan ahli. Semangat assobiah yang tinggi mulanya semakin kendur dan diganti oleh ketenangan Islam dan penghayatannya. Ketika itu kita nampak perubahan luaran seperti pemakaian tudung di kalangan kaum Ibu dan juga ucapan yang bersambut salam dan selawat. Sekurang-kurangnya keadaan itu mempengaruhi pula kelompok veteran. HATTA Mahathir sendiri mutaakhirin inipun sudah pandai membaca Doa selamat dan sepotong dua ayat sebagaimana Abdullah bin Ubai bin Salul saja kelakunya……… 

Setelah menyedari bagaimana Umno dibenci dan dipinggiri orang Melayu, maka kelompok pemikir parti pun berpendapat mereka harus terjun dan mendampingi masyarakat- aktiviti yang telah lama mereka tinggalkan kerana asyik berebut projek dan perasan diri sebagai Brahma bangsa. Maka di sana-sini projek masyarakat atau aktiviti dilaungkan dan ditayang kepada masyarakat seumpama zaman 50 an dan 60 an. Dengan bantuan media akhbar dan elektronik ‘bakti’ dan ‘jasa’  mereka didokumentasikan untuk tujuan publisiti dalam menunjukkan bahawa mereka bergerak menyumbang bakti kepada masyarakat. Rakyat memerhati walaupun keikhlasan mereka boleh diperdebatkan apatah lagi dengan gambar mereka yang tersenyum lebar. 

Baru dua minggu lepas terakam dalam akhbar akan berita hebat tentang kejayaan Puteri Umno mendapatkan kad pengenalan untuk seorang pemuda Melayu yang cacat penglihatannya. Wah! Dengan penuh kebanggaan mereka pun bergambar dengan si malang tadi yang begitu susah mendapatkan I/C walau lahir di bumi ini. Tentu saja hati pemuda buta itu bungkam apabila mengetahui bagaimana begitu mudah Pendatang Tanpa Izin, PTI mendapat I/C hasil kerja onar Umno di Sabah dan juga Semenanjung Tanah Melayu berbanding dirinya. Memang faktanya yang bukan lagi suatu rahsia, berapa ramai mamat Pakistan yang berkad pengenalan kelahiran Sabah!!!! Tahan dan selidikilah sendiri. Yang kita tahu pribumi Sabah ialah Dayak, Iban, bajau dan Melayu. Inilah angkara dari dasar Malaysia bolehkan?? Kan??Kan? 

Tidak berapa lama dahulu, terpampang juga berita Pemuda Umno masuk kampung atau program masyarakat yang diadakan dalam negara. Bak kata seorang penulis bagai RUSA MASUK KAMPONG jadinya. Dalam salah satu program ialah pemberian kaki palsu kepada individu kudung kaki oleh kemalangan. Lalu seperti yang tertera dalam gambar, nampak pemuda Umno yang lebih ceria dan tersengih mengadap lensa kamera! Sedangkan si malang sekadar tersenyum sumbing. Seakan terbalik pula senario itu, Pemuda Umno yang lebih ceria dan gembiranya  seolah-olah mereka yang mendapat kaki prostetik itu!!! Udah hebat lah gamaknya perjuangan bagi Pemuda Umno! DERMA KAKI PALSU ajer…….!!! 

Persoalan yang sering timbul dan bermain dalam jemala batu kita ialah apakah sebenarnya bidang tugas dan perencanaan Pemuda dan Puteri Umno untuk membaiki nasib orang Melayu? Apakah mereka juga ibarat Mahathir yang cuba membaiki ekonomi negara sekarang seumpama tikus yang gigih membaiki labu? 

Apakah cukup dengan melakukan (merampas) kerja-kerja Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran? Pemberian kaki palsu prostatik dan pemberian kad pengenalan bukanlah kerja seorang aktivis parti yang memerintah. Adalah memalukan sebenarnya apabila kedua-dua sayap generasi mudanya menggunakan pendekatan yang sama dalam mengambil hati masyarakat Melayu. Kemudian mendakwa pula sebagai suatu hasil perjuangan ‘masterpiece’ untuk dinilai bangsa Melayu. Kalau untuk Melayu pelupa Umno mungkin boleh berjaya. Ianya terbukti berjaya dilakukan Mahathir dalam perhimpunan Agung lalu. Mereka adalah Melayu yang sudah tiada maruah dan deria sensitif bangsa asal saja projek dan poket berisi. Kerana merekalah  golongan yang bertepuk tangan dengan ‘standing ovation’ selepas Mahathir mamak memaki hamun dan menghina bangsa mereka sendiri. Itu semua kerja Haprak! LOW CLASS atau kerja Yahudi mabuk!! 

Sewajarnya mereka menyuarakan akan ketidakpuasan hati orang Melayu yang boleh mereka dengari dari ceramah dan juga dari bahan media barisan Alternatif sebagai modal. Barulah kehadiran mereka memberi kesan dan memikat semula Melayu. Mereka mesti perjuangkan Biasiswa, Tanah Rizab dan berbagai lagi kepentingan Melayu yang telah Mahathir gadaikan dan kikis. Barulah mereka boleh berbangga sebagai pembela nasib Melayu secara keseluruhan. Jika sekadar mengulang apa Mahathir cakap dan dongengkan, alamat menambah lagi  kemarahan dan kebencian bangsa Melayu. Bangun dan bukalah minda, Melayu kini bukan macam era Mahathir ketika berumur 30 an.!!!! Tidak boleh lagi menggunakan pendekatan Tayangan percuma dari Jabatan Penerangan atau yang setaranya!! 

Penulis cadangkan supaya mereka segera berubah dan lakukan perubahan kepada badan induk parti tersebut. Jika tidak ia akan kelihatan bagai sebuah biduk yang tak ketahuan arah tujunya oleh lambungan ombak dari kapal induk yang pula dinakhkodai seorang pesakit jiwa atau kapten yang kehilangan kompas penunjuk arah.  

Dr Nologareng - 05.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!