.... JG MENJADI JALUR JEMBALANG
Oleh: Dr Nologareng

Bendera negara yang berjalur putih merah mirip kepunyaan Amerika dibezakan oleh jumlah jalur merah putih serta bulan bintang yang mencerminkan Islam sebagai Agama Rasmi. Semenjak dari kemerdekaan negara dari tahun 1957 itulah benderanya. Tanpa nama khusus, namun ia dihormati dan dikibarkan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan. Rakyat memandang ia dengan penuh kebanggaan dan tersentuh kalbu apatah lagi jika terbayang akan perjuangan wira-wira negara dalam menuntut kemerdekaan dan mempertahankannya. Kesannya berlebihan lagi kalau diiringkan pula dengan lagu ‘Negaraku’ rentak lama. Akan terasa  sebak di dada dan airmata pun menggenang tanpa perlu dipercik air bawang ke mata atau mendengar sebuah sajak HAPRAK. 

Sedari awal persekolahan, kita diajar menghormati dan menghargai bendera kita walaupun ketika itu ia tanpa nama Jalur Gemilang. Setiap pagi, di kala perhimpunan bendera dinaikkan dan diiringi pula lagu Negaraku yang berasal dari lagu negeri perak temponya. Begitulah seterusnya sehinggalah tamat sekolah menengah. Kemudiannya setiap kali sambutan kemerdekaan atau Hari Keputeraan YDP Agung, bendera juga turut dikibarkan. Ia mewarnai segenap pekan dan desa. Kereta-kereta pun tidak kurang hebatnya dengan tempelan bendera yang berkibar sakan apabila kenderaan bergerak dan menambah cepatannya. Begitu juga kanak-kanak tersenyum riang dengan bendera Malaysia di tangan. 

Bendera adalah perlambangan negara dan rakyatnya 

Bendera negara yang berjalur merah putih dan mempunyai penjuru kirinya kotak yang diisikan oleh bulan sabit dan bintang yang melambangkan Agama Islam. Bilangan jalur dan bucu bintang sebanyak 14 itu melambangkan jumlah negeri-negeri dalam Malaysia, . Setiap negeri adalah sama taraf dan HAKnya dalam Perlembagaan di bawah sebuah Persekutuan yang dinamakan Malaysia. Warna kuning pula adalah warna diRaja. Setiap bentuk dan warna membawa maksud yang tertentu. Ia mewakili negara kita yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen yang menjunjung institusi Raja sebagai payung kepada rakyat jelata.Itulah terjemahan ringkas negara dalam sebuah bendera. Itulah yang dikenali negara luar setiap kali bendera dikibarkan. Apakah negara kita masih seperti yang digambarkan oleh sebuah bendera tadi? 

Jalur Gemilang bermetamorphosis…… 

Pemerintahan Mahathir telah mencabul segala peruntukan Perlembagaan demi kekuasaan dan juga usia politiknya. Apa saja institusi yang menghalang berahi nafsu serakahnya, pasti akan dirosakkan dan dicabulnya. Institusi Raja-Raja yang menjadi payung negara telah dicemari dengan cara yang HINA sedangkan dalam kekuasaan merekalah yang telah memanjai dan membusukkan Duli Sultan. Tercabut sudah kuku Raja-Raja Melayu angkara pemerintahan Umno Mahathir. Institusi Agama lebih teruk dilanyaknya sehingga menjadikan Ulamak seolah bahan sendagurau sahaja layaknya. Pemecatan Mufti Selangor dengan membela pula pelaku maksiat menggambarkan betapa teruknya Institusi ini dimainkan. Itu belum diulas lagi penghinaan dan komen JAHIL Mahathir tentang Islam. Ia seolah mahu Islam tunduk kepada kemahuannya. Mahathir mencontohi Mustafa kamal attartuk berlagak bagai Tuhan di bumi. 

Mahathir juga melanggar perjanjian dan HAK negeri yang diperintah oleh Barisan Alternatif. Lihat bagaimana kejam dan sadisnya Mahathir dalam menafikan hak Royalti minyak serta juga melewatkan Geran Wajib ke atas Terengganu dan Kelantan. Kemudian lihat pula betapa ia telah merugikan orang Melayu dengan  mencabul Peruntukan Istimewa orang Melayu- yang asalnya adalah tukaran kepada ‘Jus Soli’ dalam ikatjanji sosial semasa pembentukan Malaysia. 

Pencabulan HAK ASASI manusia yang telah beliau dan kuncu-kuncunya lakukan ke atas rakyat dibuktikan oleh berbagai AKTA yang sebenarnya berlawanan dengan PERLEMBAGAAN. Dengan menggunakan Institusi PDrM yang telah bedebah ini cemari bermula zaman Tun Hanif Omar, rakyat Marhaen diikat kebebasan dan diancam pula dengan tindakan mahkamah sekiranya berani bersuara. Kezaliman ke atas DSAI, Ezam dan 8 orang rakannya amat menyayat hati dan menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang. Lihat pula bagaimana rakyat marhaen diseret, dibelasah, disembur kimia dan ditangkap semata-mata menuntut HAK ASASI nya untuk bersuara dan berhimpun secara aman. Kezaliman Mahathir yang diterjemahkan oleh PDrM sebagai penguatkuasa yang membelakangkan Perlembagaan menjengkelkan dan mengundang kebencian bukan kepalang orang Melayu kepada mereka. 

Demokrasi ala Mahathir Freemasonian serta pengkagum Machiavelli ini sungguh jijik serta hanyir dan tersebar ke seluruh dunia. Sekiranya Demokrasi dalam partinya sendiri pun telah terhapus dan diketatkan, apakah boleh diharap ia bersikap demokratik? Setelah tertekan oleh peningkatan sokongan rakyat yang mencurah-curah datangnya, kepada pembangkang, Mahathir dengan bantuan media dan dokongan PDrM terus mengkhianati Perlembagaan dan semangat Demokrasi. Tekanan ke atas parti-parti politik serta saluran akhbar dan majlis ceramah menjadi agenda utama mereka dengan alasan yang DANGKAL dan LUAR AKAL yang sihat. Sejarah negara telah menunjukkan sedari dahulu lagi alasan DEMI KESELAMATAN NEGARA dan ANASIR SUBVERSIF/MILITIA digunakan oleh Polis dengan tekanan dari poliTIKUS Haprak yang diketuai Mahathir. Bahkan memang arahan karut-marut yang bukan demokratik ini berasal dari Mahathir yang beretnik campuran Mamak Kerala. Mengulas kembali Buku Delima Melayunya yang mengatakan peranan Genetik dalam sesuatu bangsa- kita tertanya-tanya apakah budaya India seperti dalam cerita Hindustan itu yang diterjemahkannya dalam politik negara??? Kadang-kadang ternampak seperti watak pelakon India villain yang mendiktator sesebuah daerah atau kota….. 

JG menjadi Jalur Jembalang @ JJ 

Perubahan membusuk dan merosakkan rukun hidup yang sedia ada oleh tangan jahat Mahathir amat menggetikkan rakyat, terutamanya rakyat Marhaen. Berkat kemajuan Teknologi maklumat dan informasi tanpa sempadan perlakuan JAHAT dan BEJAT mereka tededah sudah. Tanpa penafian ke atas segala kes rasuah dan salahguna kuasa mereka menyebabkan rakyat tersedar dari buaian yang didendang oleh alat propaganda mereka- akhbar dan televisyen. Karenah mereka yang bertali arus dengan menyalahgunakan DEMOKRASI untuk petualangan menyebabkan RAKYAT MARHAEN mula bangun mencari erti Demokrasi sebenar dalam usaha mengnyah mereka dari kekuasaan. 

Rakyat marhaen tidak tahan lagi melihat bagaimana si TUA bangka itu menekan rakyat bersama dengan ROH dan semangat Yahudi yang dikaguminya itu. Apa ka nama manusia, sampai segala pendekatan penguasa pimpinan Mahathir begitu mirip langkah Yahudi yang dilaknat Allah sedangkan rakyat berlembut dan berhemah. 

Apa yang dibuat oleh seorang manusia seperti Mahahtir dan partinya yang menguntungkan orang Melayu dan rakyat secara amnya selama 20 tahun lalu?? Berbaloikah kemegahan projek mega berbanding hutang luar negara yang tak kurang MEGANYA?!! Seronokkah kita melihat kibaran bendera sedangkan rakyat marhaen hidup merana dan terbelenggu kemiskinan? Banggakah kita apabila kerajaan Mahathir menderma/membantu negara lain sedangkan rakyat sendiri memohon ehsan perubatan dalam akhbar dan televisyen?? 

Lantas rakyat yang panjang akal dan kritikal melihat sudah berlaku  perubahan pada perlambangan bendera negara yang selama ini disanjung dan dibangga. Tidak adil lagi untuk menipu rakyat biasa yang marhaen dengan nostalgia lalu dendangan kerajaan hari ini. Lantas terciptalah JALUR JEMBALANG yang menggambarkan keadaan sebenar negara sekarang. Sekali ini tentu Mahathir berbangga kerana rakyat marhaen dapat menangkap maksud sebenar beliau yang digambarkan oleh bendera baru Malaysia yang menggambarkan jelas wajah ‘idiot’nya bersama dengan ‘Star of David’ lambang kekuasaan Yahudi. Bolehkah sesiapa menafikannya?  

Dr Nologareng - 26.08.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!