.... PROGRAM SEWEL SAMBUT 31 OGOS
Oleh: Dr Nologareng

Mana-mana juga negara bekas jajahan akan meraikan kemerdekaan sebagai sesuatu yang keramat. Ia merujuk kepada penghargaan pejuang-pejuang lampau yang berkorban jiwa demi generasi kemudian. Mereka sanggup dianggap penderhaka atau pengkhianat oleh kerajaan yang memerintah asal saja anak cucu menjadi orang yang merdeka dan bermaruah. Tidak ketinggalan juga Malaysia yang akhirnya mengecapi kemerdekaan tanggal 31 haribulan Ogos 1957. 

Semenjak hari Pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Mereka sehinggalah ke hari ini, negara menyambut tarikh keramat tersebut dengan berbagai-bagai acara dan pesta. Bersilih gantinya  logo dan moto telah mewarnai sambutan Hari Kemerdekaan- rakyat menyambutnya dengan penuh gemilang dan girang. Bahang kegembiraan itu diperhangat setiap tahun sehinggalah terbongkar segala pekung dan tembelang kerajaan yang menyundal dengan amanah yang diberikan. 

Pada tahun-tahun sebelum 1998, rakyat Malaysia secara sukarela memasang bendera negara, JG di badan kereta serta kedai dan juga rumah sebagai simbol kegembiraan yang amat sangat. Ada berbagai bentuk dan corak. Bendera ini dibeli secara perseorangan dan melekatkannya ke tempat-tempat terdedah untuk diikuti oleh orang lain menirunya. Di sana-sini atas jalan berbunyi hon kereta membangkit semangat dan bersalam kemerdekaan. Kini keadaan jauh berubah dan menjadi sedemikian suram sehingga pengibar bendera kenderaan menimbulkan kecurigaan dan dipandang jengkel oleh pemandu lain yang memandang. 

Semuanya bermula dengan kejatuhan ekonomi serantau yang melanda dan diikuti pula oleh keributan politik Mamak Bendahara- RAHSIA DAN PEKUNG PEMERINTAH MULA TERBUKA. Hanyir dan meloyakan rakyat jelata yang peka dan hidup jiwa merdekanya. Beberapa siri keganasan ala Yahudi keatas rakyat awam oleh penguasa dan tekanan ekonomi yang tidak diatasi dengan sempurna telah membuatkan rakyat membuka MATA dan MINDA. Persoalan mula mula timbul dan bermain di benak mereka- MERDEKAKAH KITA??? 

Pergi penjajah kulit putih, datang penjajah sawo matang. 
(Ungkapan dari sajak seorang pejuang Arab) 

Memang tajam sekali pemerhatian dan terjemahan dari seorang pujangga. Ia menerangkan dengan tepat akan segala yang berlaku di mana-mana juga negara bekas jajahan orang Eropah. Meliputi dari Afrika, Arab sehinggalah ke Asia Tenggara. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Bahkan, ia semakin menzahirkan diri sejak akhir- akhir ini. 

Menteri Perdana yang memerintah kini aka Mahathir Kutty mendapat jawatan tertinggi negara secara percuma dari Mantan MP- Tun Hussein Onn( bapa Hishamudin). Secara beragenda dan dasar PECAH PERENTAH nya, bedebah ini mencengkam segala-galanya. Semuanya ini dilakukan dengan bantuan Kitul-kitul yang beliau sendiri naikkan mereka tanpa mengunakan kaedah meritokrasi( Mari tok kasi adala……). Akhirnya segala agendanya menjadikan dia umpama seorang dalang yang mengatur segala cerita/drama dalam kerajaan Malaysia. Pemusatan kuasa seumpama dalang wayang kulit inilah pencetus kepada segala permasalahan negara. 

Mahathir mematikan demokrasi dalam parti miliknya (Umno baru) dan menggunakan kaedah kabinet pintu belakang. Lantaran itu berubahlah Malaysia kepada sebuah negara Autokrasi yang menggunakan Pilihanraya dan ujudnya parti pembangkang hanya sebagai lambang DEMOKRASI. Parlimen yang dikuasai secara tipuhelah pilihanraya akhirnya menjadi ‘rubber stamp’ kepada TITAH Maharaja berhati binatang ini. Melalui pendekatan itu juga, kita menyaksikan semakin menghilangnya pemimpin berwibawa dalam kerajaan. Inilah agaknya yang dikatakan MERITOKRASI ala mahathir!! 

Kebejatan dan salahlaku mereka yang didedahkan kepada umum samada melalui ceramah atau media eletronik, tidak dapat disangkal mereka samada melalui Parlimen ataupun media yang mereka kongkongi. Segala helah dan diversi cerita yang mereka rekacipta hanya gawat dan merbahaya di peti TV dan akhbar. Rakyat umum tenang dan tenteram, bukan kerana ada Polis! Kerana rakyat sudah tahu cerita selanjutnya. Rakyat sudah memahami modus operandi, sasaran serta matlamat mereka. Rakyat sudah MUAK dan MAJAL akan perilaku kebinatangan yang mewarnai KERAJAAN MALAYSIA hari ini. 

Rakyat berhak memilih- usah permainkan kebebasan mereka

Oleh itu apa saja seruan atau rayuan yang dibuat kerajaan samada melalui lagu, sajak, dokumentari hatta ugutan sekalipun, pasti menemui kegagalan. Apakah kemaruk sangat hendak memaksa rakyat marhaen memasang bendera di kereta mereka, sedang Mercedes dan Volvo pemimpin sendiri tiada bendera. Lagi pun takkan tak boleh rakyat nak bersikap kurang ajar sedikit? Bukankah pemimpin yang menjadi gurunya?? Kenapa pula asyik rakyat saja yang mesti mendengar segala arahan dan rayuan mereka, sedang rintihan dan rayuan rakyat dipandang SEPI bagai pariah di tepi jalan oleh pemerintah ?? 

Rata-rata rakyat membungkamkan kebencian dan kemarahan yang bukan kepalang kepada pemerintah hari ini. Sehinggakan ada yang memasang angan alangkah baiknya jika tentera melakukan KUDITA. Sekurang-kurangnya tercampak segala PENDUSTA dan PENGKHIANAT NEGARA dan dihukum mereka atas kejahatan mereka kepada bangsa dan negara. 

Selepas kibaran bendera gagal, bebudak sekolah pula jadi tumpuan

Program sewel sambutan Merdeka….. 

Perkhabaran yang singgah di telinga kelmarin amat memualkan. Sekali lagi kanak-kanak sekolah nak digunakan untuk kepentingan politik MUFLISAN. Arahan melalui jabatan Pendidikan oleh Kementrian di bawah Kadir Sheikh Fadzir meminta murid-murid sekolah ‘berqiamulail’ ala Bollywood menantikan detik tengah malam 31 Ogos ini. Boleh ternganga ibubapa mendengarnya. Dalam keadaan mereka menyekat aktiviti sekolah yang berbentuk Agama, kerajaan BN/Umno menggiatkan pula aktiviti hedonisma sekular yang mengundang permasalahan baru. Bayangkan dalam kegelapan malam itu sekiranya ada murid-murid yang nakal membuat kerja tak senonoh. Tidakkah sembilan bulan kemudian mendatangkan manusia baru yang keliru kedudukan haram halalnya?? 

Dalam kekalutan dan kegemparan Black Metal dan bohsia yang terjadi, Mahathir sering menyalahkan Guru Agama.(loghat dan nyanyuk Mahathir ni!!) Apakah program yang dicadangkan itu bukan sebagai benih kepada kemungkaran dan terdedahnya remaja kepada kerosakan? Tanya lah Hamid Osman dahulu sebelum program itu dilancarkan!! Jangan sudah terlajak baru cari dia untuk mempertahankan kemungkaran!! Bukankan program Rakan Muda yang pernah dijalankan dulu, juga menimbulkan masalah sosial yang serupa- lahir anak tanpa bapa!??? 

Berdasarkan kepada tinjauan Parlimen kedai kopi rata-rata ibubapa membantah akan program tersebut. Mereka sedar akan tekanan yang ditanggung oleh Kadir Sheikh Fadzir dalam membodek dan menonjolkan imej ketuanya yang haprak itu. Namun melibatkan anak-anak sekolah yang masih mentah demi megaut keuntungan imej semata bukanlah langkah yang bijaksana seorang menteri- lebih menggambarkan budaya Bollywood yang cuba diserapkan oleh kerajaan- MELALAIKAN dan melekakan anak muda dari realiti politik demi seorang Tua yang sudah senja pemerintahannya. Bukannya untuk menaikkan semangat patriotik demi negara tercinta. 

Mahathir kata Guru Agama yang bersalah dalam hal salah laku murid, apa agaknya hujahnya mempertahankan budaya Bollywood yang dianjurkan oleh si Kitul bernama Kadir ini??? 

Dr Nologareng - 24.08.2001

CatatanM@RHAEN:
Pohon kerjasama para netters yang membaca artikel ini agar mencetak dan mengedarkan artikel ini kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah. Program Sewel Menyambut Detik 12 Malam menghendaki para pelajar berada di sekolah seawal jam 6 petang 30 Ogos hingga 8.00 pagi 31 Ogos. Kemungkinan besar terdapat para pelajar akan menggunakan 'peluang dan kesempatan' ini untuk mengadakan 'sambutan mereka sendiri' di tempat lain - di luar pengetahuan ibu bapa dan pihak sekolah. Seelok-eloknya, para ibu bapa membuat bantahan agar Program Sewel ini DIBATALKAN terus! Peristiwa malang pelajar perempuan yang dirogol dan dibunuh rakan sekolah di Merlimau Melaka, masih lagi terasa bahangnya.... 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!