.... ATM Dimusuhi Walaupun Baktimu Dituai
Oleh: Dr Nologareng


Angkatan Tentera Malaysia ATM, adalah aset penting keselamatan negara. Melalui ketiga-tiga cabangnya - Darat, Laut dan Udara - kedaulatan negara dilindungi dan dipertahankan. Mereka adalah TUNGGAK pertahanan negara. Jasa dan sejarah perjuangan mereka tercatat dengan tinta emas. Mereka dihormati dan disanjungi oleh rakyat jelata. Kehangatan budi dan pengorbanan semasa Perang Dunia Kedua, konfrantasi dan kegagahan menentang komunis  adalah BUKTI yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Mereka sewajarnya disanjung dan dihormati. 

Berasal dari satu unit Askar Melayu ianya terus berkembang dengan membuang nilai-nilai yang tidak bersesuaian dengan adat dan Agama Islam. Kini perkembangan mereka tidak dapat disangkal lagi. Suatu yang terpuji ialah ATM turut mempunyai Kor Agama yang berpengaruh besar dalam mengikis daki dan kekotoran peninggalan penjajah. Pengaruh kesedaran inilah yang membersih minda dan halatuju perjuangan anak-anak muda tentera. (PDRM patut mempunyai unit yang serupa!) 

Kini kita mempunyai ATM yang sudah matang dan boleh diharapkan dalam menangani musuh ancaman negara. Dengan peralatan senjata dan personal yang terlatih serta mantap dengan pengetahuan Agama menjadikan kita selesa dan yakin untuk menyandarkan kepercayaan kepada mereka. (Terlalu jauh nak dibandingkan tahap kepercayaan itu dengan PDRM). 

TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA - adalah slogan yang sering kita dengar dan menjadi pengetahuan umum. Ia menggambarkan betapa akrab dan eratnya hubungan antara keduanya- bukan sekadar retorik! Kerana menyedari mereka juga sebahagian dari masyarakat dan akan kembali menyertai masyarakat usai (tamat)perkhidmatannya. Ini adalah fakta dan kenyataan yang tak pernah dilupai angkatan Tentera. 

Lantaran itu perkembangan politik negara juga menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Mereka juga bijak mentafsir apa yang tersirat. Mereka juga lebih mengetahui berbanding masyarakat umum yang sepertinya ahli Umno. Walaupun mereka adalah kakitangan Kerajaan, mereka mengetahui akan HAK mereka dalam berpolitik. Kini mereka tidak lagi pasif seperti sebelumnya. Kerana mereka juga RAKYAT Malaysia yang bertanggungjawab atas negara dalam menentukan halatujunya. 

Tanpa rasa takut dan penuh keinsafan, mereka menterjemahkan dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang yang menyaksikan 80% undi diberi kepada pehak Alternatif- Keadilan. Ini menghantar isyarat yang menggetarkan tulang som-som Umno dan BN yang selama ini memanipulasikan undi mereka demi kepentingan seorang dua individu. Kertas undi tidak lagi ditandai oleh seorang pegawai yang dikhaskan melakukannya. Kini pegawai terbabit yang sedar tanggungjawab kepada negaranya, melakukan sendiri dengan penuh kebebasan dan ketelusan. Anjakan terhadap ATM sudah bermula. 

Perkembangan ini menghantui dan mencemaskan para pengkhianat Negara dan bangsa yang berupa bapak Menteri dan juga Menteri Perdana. Hanya ini satu-satunya angkatan bersenjata yang belum boleh Mahathir kuasai sepenuhnya- mereka di bawah payung naungan DYMM Agung dan juga Raja-Raja Melayu. Apatah lagi setelah Mahathir menerima signal jelas dari Jenderal melalui Najib suatu ketika dahulu bahawa ketika saatnya MAGERAN diisytiharkan, Mahathir bukan lagi sumber arahan. Lagi pun ATM mempunyai asas Agama yang lebih baik berbanding PDRM. 

Ekoran kekecohan politik yang telah dikejutkan oleh pemecatan DS Anwar Ibrahim, ATM secara tidak rasminya turut mengikuti dan menganalisis perkembangan. Dengan pertimbangan waras dan bersendikan Pengetahuan Agama, mereka nampak apa yang kabur bagi sesetengah pemimpin dan ahli Umno yang ketagih kebendaan. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa majoriti kakitangan Kerajaan terkecuali PDRM, menyokong wawasan dan perjuangan Barisan Alternatif. Perkembangan menarik ini adalah lantaran pecahnya tembelang pemerintahan Haprak Mahathir. Inilah fakta yang menyebabkan kelamkabut strategi dan agenda Mahathir. Beliau menyedari penghujung pemerintahan khianatnya sudah menghampiri masa tamatnya…. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga jatuhnya.

Namun bagi seorang ‘Freemasonian’ sepertinya, berbagai helah dan cerita akan direka. Matlamat menghalalkan cara- adalah formula kerjanya. Setelah badan Kehakiman, Raja-raja, DS Anwar telah dilumpuhkan sedemikian rupa, kini untuk Tentera pula ia beragenda. Matlamatnya ialah untuk memalukan dan menjatuhkan imej mereka di mata masyarakat terutama para JENDERAL yang dimusuhinya serta kemungkinan meletakkan ATM di dalam lipatan ‘Dhotti’(kuasa) nya. 

Insiden SAUK adalah bukti yang paling kukuh untuk menunjukkan betapa keparat dan bahayanya kerajaan sekarang. Mereka sanggup menghebohkan ke seluruh dunia akan kejadian yang berlaku. Akhbar telah ‘prematurely’ menyiarkan berita dengan penuh lengkap sedangkan kejadian berlaku di awal pagi yang sama!! Ulasan kejadian SAUK ada dipaparkan secara yang akademik dan sistematik untuk direnungi. Pembunuhan dua anggota keselamatan sebagai ‘perencah’ logiknya  cerita amat dikesali. Pengakhiran cerita serta rentetan mahkamah sehingga kini menggelikan hati setiap yang peka. Saukan yang cuba dikenakan kepada Parti PAS menemui kegagalan. 

Selagi belum tercapai hasrat dan matlamat, para penasihat dan sida politik akan bermuslihat berbagai cara dan peristiwa, demi memuaskan hati si BEDEBAH gila.

Penggunaan ejen asing sebagai perancang yang terhad pendedahan mereka hatta kepada ahli MKT Umno sendiri dilakukan tanpa ada rasa malu. Lalu hasilnya ialah untuk memperbanyakkan lagi liputan akhbar tentang salah laku atau perlakuan buruk tentera. 

Beberapa rompakan yang melibatkan geng ‘STYEUR’ (senjata utama ATM), rompakan bank oleh dua orang komando telah pun berlangsung dan terhidang dalam akhbar. Memang kita tidak menyukai perlakuan jahat yang serupa itu. Akan tetapi pada kadar sekarang, sebarang berita yang dilaporkan ada baiknya diselidiki dahulu. Bukankah akhbar itu sudah menjadi medan propaganda kerajaan Mahathir. Setelah sumber berita alternatif ditekan dan pengedaran VCD dihalang, senanglah untuk mereka berwenang menipu rakyat. 

AMUKAN TUDM - apa ceritanya?

Terkini nya ialah berita tentang ‘amukan’ anggota TUDM di Labuan Sabah yang dikatakan merosakkan premis hiburan itu. Kita tidak persoalkan fakta akan berlakunya kejadian itu. Cuma motifnya dan apakah ‘precedent’ musibah itu? Ini yang perlu direnungi dan dikaji. Sejarah nusantara yang berwarna-warni serta kejadian 13 Mei dalam negara elok kita jadikan perbandingan dalam menganilisis. Dengan menggunakan kayu ukur itu berserta dengan pegangan pemimpin negara sekarang- APA SAJA SERBA MUNGKIN!!!!  Boleh saja ejen saboteur menyeludup masuk dan menghangat suasana. Percikan bunga api sudah membesar menjadi KEBAKARAN. 

Terlebih ‘advance’ lagi jika ejen saboteur menyelusup masuk ke dalam dua pihak yang bertentangan itu. Di sini lah letaknya kelicikan operasi sabotaj, apatah lagi jika segalanya mendapat kemudahan dan ‘clearance’ dari sang Maharaja itu. Episod pembakaran DTC dan Tragedi Kampong Medan yang masih terasa lagi kehangatannya  itu boleh juga dijadikan contoh keterlibatan anasir ini. 

Kita menanti berita selanjutnya. Apakah mereka juga akan dikaitkan dengan ‘fahaman sesat’ Parti Alternatif seperti PAS? Apakah nantinya mereka didudukkan bersama anggota KMM bikinan Bedollah Bedawi? Kita tunggu saja. Tentu ada muslihatnya……. 

Dr Nologareng

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!