.... Rasuah UMNO, Rasuah Mulia?
Oleh: Cucujebat

Rasuah tetap rasuah. Itulah amalan UMNO (UMCINO). Tanpa rasuah dan sogokan sememangnya tidak sah di kalangan Pemimpin serta ahli UMNO (UMCINO). Bila kempen atau Rasuah menjadi agenda nasional, maka UMCINOlah yang pertama menonjolkan diri yang mereka bebas dari rasuah serta Politik Wang sehinggakan ‘gah’ satu dunia tentang Jawatankuasa Disiplin yang tak Berdisplin UMNO (UMCINO) itu.

Hebah dan heboh berita perlucutan Jawatan serta Sandiwara Sepak Terajang akibat Politik Wang. UMNO (UMCINO) hendak cuba membuktikan yang mereka ini yang sudah menjadi darah daging memakan serta memberi rasuah sebenarnya tidak merasuah dan tidak menerima rasuah. Sehinggakan Kes Dato Fauzi Rahman entah kemana? Dan Khalil Yaakob entah kemana?

Sebelum Perhimpunan UMNO (UMCINO) tak boleh Politik Wang, apakah selepas Perhimpunan dibolehkan Politik Wang? Bolehhhhh…..kata Mahafiraun, “asalkan orang Melayu yang bodoh sudah diperbodohkan sebelum Perhimpunan sudahlah”. Itulah yang terjadi sekarang ini.

Sekarang ini banyak sekali habuan Melancong di sponsor oleh ketua bahagian UMNO (UMCINO) masing-masing. Yang pastinya sudah tentulah Melancong ke Haadyai Thailand, itulah destinasi yang paling di gemari oleh ahli-ahli UMNO (UMCINO). Aku beserta kawan-kawan (Barua UMNO ) turut sama dalam ‘Makan Angin’ tersebut yang di sponsor oleh Ketua Bahagian Tambun, Perak. Ada antara kami yang takutkan isteri terpaksa heret sama isteri mereka, yang lainnya sudah tentulah pergi solo, kerana dari awal lagi kami sudah memasang ‘Nawaitu’ nak cari ‘yang itu’. Kami menginap di Hotel serta turut ke Songkhla dan melawat tempat ‘Tiger Show’, yang kaki perempuan sebelah malamnya merayaplah dari satu sarang ke satu sarang mencari ‘Rumah Cermin’. 

Ketika aku melihat akan telatah kawan-kawanku yang sudah ‘Biru Mata’, aku tertanya akan diri aku sendiri, apakah Ketua Bahagian UMNO (UMCINO) aku ini merestui semua maksiat yang kami lakukan malah adakah itu yang di harapkan supaya kuncu-kuncunya melepaskan ‘gian’ mereka sepuas-puasnya disana. Setahu aku Ketua Bahagian aku ini seorang yang bergelar ‘Haji’.
 
Selepas kami pulang ini, maka akan tiba pula habuan wanita UMNO (UMCINO) pula melawat ke Haadyai. Aduuuhh….. setahu akulah perangai mereka apabila di lepaskan sebegitu, na’uzublillah.

Jelas sekali rasuah serta Politik Wang tidak boleh di pisahkan dari UMNO (UMCINO), jika di pisahkan maka pincanglah UMNO (UMCINO). Mengapa Haadyai? Apa yang ada di sana sehingga yang tidak ada di sini? Mengapa sanggup kita mengalirkan wang kita ke negara lain. 

Selepas ini aku akan menceritakan pengalaman ‘Sogokan’ melawat Putrajaya pula.

Spy Terhormat
LAWAN DALAM DIAM.
cucujebat@freeanwar.com.
.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!