|
.... |
MAHATHIR
~ JANGAN GHAIRAH SANGAT BERMAIN API !
Oleh:
Cucu Datuk Bahaman |
Nampaknya sudah masuk minggu ketiga
kerajaan Mahathir memainkan isu sandiwara KMM. Bermula dari ‘Kumpulan
Mujahidin Malaysia’, bertukar menjadi ‘Kumpulan Mujahidin Militan
Malaysia’ dan terkini berubah menjadi cuma ‘Kumpulan Militan
Malaysia’. Kenapa kumpulan yang kununnya dikatakan amat merbahaya
dan menjadi ancaman serius kepada keselamatan negara ini boleh bertukar-tukar
nama dan gelarannya? Adakah polis gagal menjumpai nama yang sesuai untuk
menggelarkan mereka tersebut yang kewujudannya tak ubah seperti hantu,
bunyinya ada tapi kelibatnya tak kelihatanpun? Maka sebab itu polis terpaksa
menukar-nukar namanya demi meyakinkan rakyat akan sandiwara terkini serba
sensasinya?
Inilah padahnya bila seorang Ketua
Polis berubah watak menjadi seorang pembohong besar, tiada siapapun yang
akan percaya kepadanya. Sementelah ‘pelancar roket’ dan ‘grenade’ Ezam
dan kawan-kawannya masih belum dijumpai sehingga kini, inikan pula dengan
anggota KMM tersebut ? Malang sungguh manusia hipokrit
yang baru pulang dari mengerjakan haji tersebut kerana lawak jenakanya
ke atas rakyat gagal sama sekali untuk meyakinkan mereka sehingga
akhbar dan media terpaksa berhempas pulas menyiarkan dakyah dan propaganda
kununnya negara berada dalam ancaman “pengganas” yang cukup berbahaya.
Selepas isu Black Metal menggegarkan
negara sebelumnya, pelakon-pelakon utama watak sandiwara yang diarahkan
oleh sang director di Putrajaya nampaknya terpaksa berkerja keras saban
hari untuk meyakinkan umum bahawa mereka sebenarnya tidak berlakon. Kesian
sungguh ! Bila Pak Pandir bertemu Mak Andih, anak sendiri mati pun tak
dikenali. Kan bodoh namanya itu !
Saya tak bertujuan untuk menulis panjang
kali ini tetapi maklumat yang saya perolehi mengenai isu KMM dengan pimpinan
tertinggi PAS ini membuatkan saya terpaksa menulis di sini untuk mendedahkan
kepada rakyat betapa jahatnya perancangan Mahathir ke atas PAS. Salah
satu objektif utama isu KMM ini dicetuskan ialah untuk mencapai matlamat
akhir mengharamkan PAS selepas kegagalan mengharamkan nama Islam pada nama
parti dahulu ditolak mentah-mentah olah Raja-raja Melayu. Kebimbangan
Mahathir terhadap pengaruh mendadak PAS selepas pilihanraya umum 1999 membuatkan
beliau merasa gerun akan nasib UMNO pada 2004 nanti. Lawatan Lee
Kuan Yew yang kini berada di Kuala Lumpur turut berkait rapat dengan isu
ancaman PAS dan survival masa depan kerajaan BN pimpinan Mahathir itu.
Penangkapan beberapa orang pimpinan
muda PAS di atas dakwaan kununnya terlibat dalam KMM merupakan percubaan
awal untuk pergi lebih jauh. Mungkin pembaca terkejut apabila saya mendedahkan
bahawa Mahathir telah pun mengarahkan Ketua Polis Terengganu (melalui
Norian Mai) agar menangkap Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersabit dengan
'penglibatan' beliau dalam isu KMM beberapa minggu lepas. Namun
permintaan Mahathir tersebut telah ditolak oleh Ketua Polis Terengganu
dengan alasan bahawa penangkapan TG Hj Hadi akan mencetuskan huru hara
besar, bukan sahaja di Terengganu, bahkan di seluruh negara. Jika
TG Hj Hadi ditangkap, bukan sahaja rakyat Terengganu yang akan bangkit
berperang dengan polis, malah seluruh rakyat Malaysia akan tampil mengamuk
dan nyawa Mahathir sendiri akan terancam. Berasaskan kebimbangan inilah
maka arahan penangkapan tersebut terpaksa dibatalkan.
Tentu pembaca melihat betapa penangkapan
anak TG Nik Aziz merupakan ‘percubaan’ pertama untuk menguji sentimen penyokong-penyokong
PAS dan pucuk pimpinannya. Mungkin rakyat boleh bersabar seketika kerana
Nik Adli bukanlah 'sesiapa' pun di kalangan rakyat meskipun beliau anak
kepada MB Kelantan. Tetapi Mahathir akan silap perhitungan dalam menguji
kesabaran rakyat jika TG Hj Hadi sendiri yang mahu diISAkan.
Sebenarnya, arahan penangkapan Hj
Hadi ini bukanlah kali pertama disuruh oleh Mahathir. Ketika kes Memali
dahulu, Mahathir telah mengarahkan pihak polis agar menangkap Hj Hadi dan
Mustaffa Ali atas dakwaan kununnya mereka berdualah yang menjadi punca
tercetusnya peristiwa Memali tersebut. Saya masih ingat ketika
itu, ‘cuaca’ negara begitu panas sekali dan sekitar hujung
1985 dan awal 1986 TG Hj Hadi dan Mustaffa Ali merupakan sasaran utama
yang diburu polis. Saya masih ingat bagaimana ketika itu saya menumpang
tidur di Masjid Rusila dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, di dalam
Masjid Rusila penuh dengan SB-SB yang menyamar untuk mengintip rahsia TG
Hj Hadi. Antaranya termasuklah SB dari Singapura yang mungkin diminta bantuannya
oleh polis Malaysia. Namun kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya, dimana
akhirnya isu tersebut beransur kendur ekoran sanggahan Anwar Ibrahim
ke atas arahan Mahathir tersebut dengan mengatakan bahawa Malaysia
akan menjadi kutukan masyarakat Islam dan antarabangsa sekiranya Hj Hadi
ditangkap.
Kemudian, dalam apa yang dinamakan
'Operasi Bukit Gasing' , kalau tak silap ingatan saya dalam tahun
1989, Mahathir telah mengarahkan Haniff Omar yang ketika itu menjadi Ketua
Polis Negara agar menangkap Hj Hadi di Marang, Terengganu. Berpuluh-puluh
trak FRU telah dikerahkan ke Terengganu untuk menjayakan misi tersebut.
Namun mereka merancang, Allah juga merancang. Sebahagian besar trak FRU
yang mengangkut anjing-anjing berkepala merah tersebut telah digagalkan
oleh Allah s.w.t. dalam satu kemalangan ngeri dengan bas Ekspres
Temerloh-KL di Karak. Saya kenal dengan pemandu bas ekspres yang
terbunuh tersebut kerana selalu berbual dengan beliau ketika menaiki bas
itu. Kemalangan yang meragut nyawa berbelas-belas anggota FRU itu
telah membantut dan menggagalkan objektif Operasi Bukit Gasing di
Marang. Baki anggota FRU yang hidup terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur
dan Haniff telah memaklumkan kepada Mahathir bahawa operasi menangkap Hj
Hadi terpaksa dibatalkan. Mahathir cukup marah dan kecewa ! Inilah perancangan
Allah dalam melindungi hambaNya yang soleh.
Mungkin pembaca tak sedar bahawa TG
Hj Hadi merupakan satu-satunya pimpinan tertinggi PAS yang enggan ditemui
oleh Mahathir. Beliau cukup digeruni dan dibenci oleh diktator tersebut.
Berbanding dengan Ust Fadzil Noor dan TG Nik Aziz, meskipun TG Hj Hadi
dah hampir dua tahun menjadi Menteri Besar Terengganu tetapi permintaannya
untuk berjumpa Mahathir telah ditolak beberapa kali. Dengan TG Nik Aziz
dahulu, Mahathir sanggup berjumpa beberapa kali untuk membincangkan kepentingan
bersama, tetapi hal yang sama tidak berlaku pada TG HJ Hadi.
Kini isu KMM sengaja digembar-gemburkan
selepas niat jahat untuk mendakwa Hj Hadi dalam isu amanatnya sebelum itu
gagal meyakinkan mereka untuk memperolehi sokongan dan simpati rakyat.
Dengan mencetuskan isu gempar KMM dan cubaan mengaitkannya dengan
pucuk pimpinan PAS, Mahathir berharap niat jahatnya untuk mensabitkan Hj
Hadi melalui soal siasat ke atas beberapa orang anggota PAS yang ditangkap
akan berhasil. Saya berani bersumpah bahawa pihak polis telah menjalankan
soal siasat yang jahat dan kejam untuk memaksa pengakuan mereka yang ditangkap
itu akan penglibatan Hj Hadi dengan isu yang didakwakan. Berasaskan ‘pengakuan’
itulah maka Ketua Polis Terengganu telah diarahkan untuk menahan Hj Hadi
di bawah ISA. Ini bukan cerita dongeng dan khayalan saya semata-mata. Saya
mencabar Norian Mai dan Mahathir menafikan niat jahat mereka ini (tapi
mana mungkin kaki pembohong bercakap benar sekalipun menafikannya – beruk
dua ekor ini memang pembohong besar kepada rakyat).
Berhubung dengan ini, saya
dan ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat yang mendokong perjuangan PAS amnya
ingin memberikan AMARAN KERAS, bahawa Mahathir memang
menempah maut yang nyata jika beliau berani mengambil tindakan bodoh lagi
bebalnya untuk menangkap Hj Hadi. Jika tidak mahu melihat
negara ini menjadi seperti Lubnan, jangan cuba bermain api ! Teruskan dengan
sandiwara- sandiwara bodoh anda yang lain wahai Mahathir tetapi ingat,
sehelai bulu roma Hj Hadi pun tidak akan kami izinkan disentuh polis. Sekali
api menyala, amat sukar untuk memadamkannya ! Berhati-hatilah ahli-ahli
Pas yang berada di sekeliling Tuan Guru dan perketatkanlah kawalan keselamatan
ke atas beliau !
SEKALI LAGI INGIN SAYA NASIHATKAN
MAHATHIR, USAH TERLALU GHAIRAH BERMAIN API, KELAK NANTI TERBAKAR
HANGUS !!
Darah pahlawan
yang menggelegak,
Cucu Datuk Bahaman
Peramu, Pekan, Pahang.
3 September 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|