.... Jatuhkah imej IPT dengan kelahiran pejuang keadilan? 
Oleh: CT Hajar

Jatuhkah imej IPT dengan kelahiran pejuang keadilan di tengah-tengah beribu-ribu pelajarnya? Apakah pejuang keadilan di kalangan pelajar ini mempunyai status yang begitu rendah? IPT tidak seharusnya menggunakan alasan-alasan yang lemah untuk membuang pelajar demi memenuhi keperluan tuan-tuan politik mereka. Sejarah banyak membuktikan bahawa pejuang-pejuang keadilan dikalangan pelajar inilah yang akhirnya akan menjadi pemimpin unggul. Sekadar memberi satu contoh, lihat sahaja sejarah perjuangan DSAI. Tetapi ini tidak boleh disamakan dengan Ibrahim Ali, yang juga bekas pejuang rakyat (kununnya) tetapi kini telah menjadi pemimpin paling tunggul. 

Majlis Amanah Rakyat, seperti yang dilaporkan oleh akhbar UMNO, tidak boleh menggunakan penangkapan ISA sebagai alasan untuk membuang Sdr. Jonah. Jatuhkah imej MARA dengan kelahiran pejuang keadilan di kalangan pelajar mereka? Malukan MARA atau IKM  mempunyai seorang pelajar yang mempunyai prinsip, visi dan misi? Apakah kesalahan besar Sdr. Jonah? Tergugatkah keselamatan negara dengan lakonan Sdr. Jonah dalam 'Tok Ampoo'? Atau UMNO kah yang tergugat? Bagi kami pejuang reformasi dan rakyat marhaen, kelahiran pejuang keadilan di kampus-kampus sebenarnya memberi cahaya dan harapan baru kepada kegelapan yang merangkumi sistem pentadbiran negara kita. Pemimpin-pemimpin UMNOlah sebenarnya yang menggugat keselamatan negara. Mengaut segala kekayaan negara.

Sepatutnya, yang menjatuhkan imej ialah perkara-perkara negatif yang berleluasa di dalam MARA atau IPT lain. Penyalah-gunaan kuasa, sex (lihat: www.unisel.8m.com/index.html ), rasuah, pilih kasih, kehadiran Profesor Kangkung seperti Ramlah Adam dan sebagainyalah yang menjatuhkan imej IPT-IPT tersebut. Apakah tindakan Ibrahim Shah di UiTM menukarkan beberapa penolong pendaftar ke lain-lain bahagian dalam masa 24 jam tidak menyalahi tatacara pengurusan? Hanya kerana penolong pendaftar tersebut tidak dapat menempatkan anak konspirator Aziz Shamsudin (keputusan peperiksaan pun tidak melayakkan anak konspirator itu mengikuti pengajian di UiTM) difakulti pilihannya telah menyebabkan Ibrahim Shah mengambil tindakan bebal tersebut. 'Siapa besar. Aku besar atau kamu besar?', itu lah kata-kata Ibrahim Shah kepada penolong pendaftarnya sendiri. Kami tahu siapa Ibrahim Shah. Kami tahu siapa orang kanan beliau, Shahool Hamed. Mereka ini satu tongkang dengan mamak bendahara.

Mereka ini yang sepatutnya ditangani terlebih dahulu dan pada masa yang sama memberi ruang dan peluang kepada pejuang keadilan menyuarakan visi dan misi mereka di kampus-kampus IPT. Penahanan kedua mereka di bawah ISA tidak memjelaskan bahawa mereka telah melakukan kesalahan. Tiada pertuduhan yang dikenakan kepada mereka. Tiada sebarang bukti yang mereka telah menjatuhkan imej IPT. Apakah dengan menyanggah segala kezaliman kerajaan adalah satu kesalahan? Perlukah mereka ini sentiasa mengampu pemimpin mereka di IPT sepertimana yang dilakukan oleh  NC dan TNC yang mengampu tuan-tuan politik mereka?

Pelajar mempunyai minda yang jelas. Tidak mudah diperdaya oleh kerajaan mahupun pembangkang. Lupakah kita bahawa pelajar IPT adalah mereka-mereka yang pintar? Lainlah seperti Prof. Kangkung Ramlah Adam yang mewakili UMNO di UM dan Mahathir Md. Khir yang ditolak semasa pemilihan Ketua Bahagian. Mereka ini bebal dan hanya berani berhadapan dengan kamera tv kerajaan sahaja.

Kebangkitan pelajar memperjuangkan keadilan sepatutnya dilihat sebagai menaikkan imej sesuatu IPT dan bukan sebaliknya. Pelajar yang berpendirian teguh dan berprinsip di samping cemerlang dalam bidang pelajaran adalah lebih baik dari Profesor Kangkung. Lupakah kita bahawa kita mendidik pelajar supaya mereka boleh menjadi pemimpin selain profesional yang diperlukan oleh negara dan bukannya mendidik mereka untuk menjadi Pak Turut.  Umno hanya mahu semua pelajar menjadi pengampu dan kuli profesional kepada kerajaan. UMNO sedang mem'black-mental'kan seluruh rakyat dan pelajar. 

Kami menyeru semua rakyat bangkit dan menentang kezaliman. Kita tegakkan keadilan !! Lawan tetap Lawan !! Lawan Sampai Menang !!

CtHajar
.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!