.... Si Tua Haprak Memukul Gong... 
Oleh: Cucu Mat Salleh

Di Kota Kinabalu Si Tua Haprak Mahathir al-kutty dengar-dengar khabar mempunyai jadual cukup sibuk membawa liur basinya untuk disemburkan sewaktu berjumpa rakyat Likas dan ketika berucap merasmikan Kongres Ke 7 Parti UPKO di Hotel Maggelan & Spar di Kota Kinabalu. Orang semua sudah tahu apa yang akan dia katakan, memang tidak ada idea yang barunya untuk menyuntik kesedaran rakyat Sabah, terutama rakyat Likas dan para pemimpin dan ahli-ahli UPKO.

  Apabila melihat tajuk-tajuk akhbar utama tempatan yang menyiarkan kenyataan si Tua Haprak itu, dalam Borneo Mail tajuk utamanya "Kadazan, Dusun, Murut Sudah Berubah: PM", New Sabah Times dalam tajuk besarnya "Layan ADIL Untuk Semua" dan satu lagi akhbar utama tempatan Borneo Post/Utusan Borneo dengan tajuk utamanya "PM: Layanan Sama Rata". Tidak payah kita bersusah-susah membaca setiap patah ucapan si Tua Haprak itu, kerana itu-itu juga idea basi, tidak menyuntik sebarang kesedaran kepada pendengar, bahkan lebih banyak menjengkelkan hati serta membosankan.

  Ketika merasmikan Kongres UPKO ke 7, si Tua haprak yang maha zalim itu sempat juga dia angkat pemukul gong memukul gong...seperti dia memukul kepala para pemimpin politik Sabah yang banggang...dipersendakan oleh Mahathir dari dulu, kini dan selamanya. Kecuali mereka yang sudah sedar diri. Para pemimpin UPKO mungkin tidaklah sebanggang pemimpin UMNO Sabah yang diketuai oleh Osu Sukam yang terpelanting dari jawatan KM Sabah yang diidamkannya mahu pecah rekod KM Sabah sebelum ini. Tapi tak kesampaian, kesian!!!. Kata seorang sahabat penulis mungkin dia ketulahan (bahasa orang Sabah), sebab dulu semasa Datuk Salleh Tun Said jadi KM Sabah ada maklumat menyebut Osulah antara yang mahu menjatuhkan Datuk Salleh.

  Melangkahlah si Tua Haprak dengan pemukul gong dalam genggamannya terhinggut-hinggut berjalan sambil membawa senyum basinya untuk memukul gong.. gong! gong! gong! bunyinya, seperti anjing menggongong tulang. Perkataan gonggong bermaksud pegang dengan mulut, bawa angkut dan lahap segala harta rakyat Sabah untuk digonggongnya ke seberang Mahligai Air Mata Rakyat melalui jambatan yang merentangi laut China Selatan agar dapat sampai di penghujung singgahsana Putrajaya. Tetapi tulang belulang harta rakyat Sabah yang digonggongnya itu terlepas di tengah lautan, kerana dikejar bayang-bayang dirinya sendiri, akhirnya dia kembali penuh kecewa sambil liur basinya meleleh keluar dari mulutnya yang lahap itu.

  Gong..gong..gong..mungkin itulah hari akhirnya dia ke Sabah kerana dijemput para pengampunya di Sabah. Rakyat Sabahpun sudah meluat dengan janji-janjinya yang diulang-ulangi berpuluh kali di Sabah. Tetapi tiada juga yang menjadi kenyataan, kecuali yang untung besar para pengampunya di Sabah, kroni, anak-anaknya dan suku sakat serta tauke-tauke yang membantu UMNO/BN dalam setiap pilihanraya.

 -  Cucu Mat Salleh, 01.08.2001
.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!