SURUHANJAYA ANTARA AGAMA:
BUKAN SAHAJA NGO MALAH MENTERI PUN TENTANG
Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN

Rais Yatim telah pun merasmikan persidangan yang bermesyuarat untuk memutuskan penubuhan suruhanjaya ini yang dikenali sebagai Interfaith Commission ataupun IFC. Dan didalam ucapannya beliau meminta agar semua pihak membuka minda masing-masing dan tidak bersikap prejudis terhadap cadangan penubuhan suruhanjaya ini.
 

RAIS SEMASA MERASMIKAN PERSIDANGAN

Beberapa NGO Islam diberitakan enggan menghadiri persidangan ini atas alasan ianya merupakan usaha untuk mencampuri urusan agama Islam (sebagaimana dilaporkan BERNAMA):
... various organisations representing Muslims voicing their concern over the formation of the IFC, which they see as an attempt to interfere in Islamic affairs.
Untuk rekod, bukan sekadar NGO Islam seperti ABIM, JIM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Ulamak yang menentang penubuhan IFC ini malah tentangan turut diterima dari anggota kabinet sendiri!

Menteri di JPM Dr Abdullah Md Zain (yang memegang portfolio JAKIM) sendiri membantah cadangan penubuhan IFC ini. Beliau mendakwa penubuhan IFC ini bercanggah dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam, BERNAMA melaporkan Abdullah sebagai berkata:

I dont agree with the setting up of the IFC...Malaysia is an Islamic state, will matters concerning Islam also come under the purview of the IFC?. No way, how can it be, I object to it. If they want to have only their religions (excluding Islam), its up to them but if they want Islam to come under the IFC of course it is not possible as it is contradictory.
Bagaimana Rais boleh merasmikan sesuatu yang Menteri menjaga portfolio agama Islam tidak setuju dengannya? Percanggahan ini sungguh membimbangkan terutama apabila ia membabitkan isu Islam dalam negara.

Sekiranya cadangan penubuhan IFC ini semata-mata mahu memupuk baik sangka dan harmoni sesama agama saya kira perkara ini telah pun wujud sekian lama dalam negara. Malah kita tidak pernah mendengar rusuhan, perbalahan ataupun pergaduhan yang berkait atas isu agama di Malaysia. Toleransi beragama diiktiraf oleh semua pihak. Malah di Kelantan sendiri Tuan Guru MB Kelantan pernah hadir dan memberi ucapan di Wat Siam di Tumpat dan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin berbagai agama di sana.

Rumah-rumah ibadat agama lain tumbuh dan berfungsi tanpa halangan dari Johor ke Perlis sehinggalah ke negeri majoriti Islam termasuklah Kelantan dan Terengganu.

Lalu di mana terdesaknya kita sehingga terpanggil untuk membentuk majlis seumpama ini. Lantaran itulah timbul isu bahawa penubuhan IFC ini semata-mata untuk melentur dan melunakkan Islam itu sendiri sehingga memungkinkan beberapa aspek berhubung dengan Islam di modify supaya tidak dilihat menganggu hak asasi agama lain!

Perkara-perkara yang umat Islam anggap sebagai sensitif mahu diburaikan supaya ditafsirkan mengikut pandangan semua pihak antaranya:

Kalau orang mahu murtad dari Islam, maka itu hak mereka contohnya. Isu hak pemeliharaan anak-anak Islam setelah suami-isteri bercerai dan salah seorang kembali ke agama asalnya, ini mahu dikanunkan demi menjamin hak asasi. Hak asasi pesalah jenayah syariah yang sejak zaman berzaman tidak pernah dipertikaikan mahu disemak-semula.

Ini semua hak mutlak umat Islam yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk yang menganggap diri mereka moderat dan liberal seperti Sisters in Islam dan seumpamanya.

Inilah yang pihak Islam tidak mahu ditolak-ansurkan. Bukan soal tidak mahu duduk semeja yang sebelum ini telah pun dipraktikkan tanpa sebarang kekalutan. Menteri dan pemimpin kerajaan khususnya dari Umno perlu bijak dalam hal ini dan jangan sekali-kali terlibat dalam kerja-kerja melacurkan Islam atas nama perpaduan dan mahu dilihat moderat.
 
 
Abdullah Md Zain dan TG Nik Aziz kmenyuarakan tentangan

Ini bukan isu Umno atau PAS ini isu nasib dan masadepan Islam dalam bumi yang tercinta. Sebagaimana Dr Abdullah, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz turut membantah cadangan penubuhan IFC ini dan dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata:

For Muslims, only Islam is the right religion and we can have dialogues with anyone if there is a need.
Kesimpulannya, orang Melayu/Islam memang menghormati kaum dan agama lain dalam negara dan kita telah pun hidup bersama sejak pendatang Cina dan India mula bermastautin di tanahair barangkali seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah diberikan kerakyatan selepas Merdeka sehinggalah hari ini. Tiada konflik agama di sini lalu tiada sebab mengapa perlu kita membicarakan sesuatu yang tidak relevan seumpama IFC ini.

Kekalkan apa sahaja yang ada, jangan kita cuba bermain dengan api.

Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/

Oleh Roslan sms - 26.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: