Teguran buat Wahid, Senario & Melodi
Oleh Pensil Kayu (Laman M@RHAEN)

1. Sejurus menerima laporan:

- Hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PB Islam pejabat/daerah masing-masing.
- Pengarah hendaklah meneliti akan aduan tersebut secara terperinci dan pastikan jika nama-nama yang melibatkan anak-anak menantu, keluarga para pemimpin ONMU/NB atau kroni, artis-artis glamour yang seksi, pelakon-pelakon penyokong totok ONMU/NB serta corporate figures, hendaklah dibatalkan sahaja laporan tersebut dengan segera serta musnahkan segala bukti-bukti laporan jika ada dan tindakan tak perlu diambil.

Utamakan moral dan maruah orang-orang yang ternama negara dahulu, mengenai soal amanah, maruah dan moral agama Islam, ketepikan dahulu, perkara kedua, ini hanya cerita bab untuk orang dah mati bukan untuk orang hidup. Atau jika berpeluang menghubungi TKPN  Al Hadhari M.H (bukan Megah Holding) ,
rundingkan dengan beliau agar menggantikan kes tersebut dengan satu kes "fabrikasi" yang melibatkan tangkapan anak-anak rakyat marhaen bangsat ,
sebagai kambing hitam. Kerja ini memerlukan pakar dan pihak kerajaan tak nampak selain dari TKPN dan sebaris dengannya ialah G. P (bukan Grand Prix).
Pegang kepada MOTTO "Bekerja dan menipulah bersama saya dan bukan bekerja untuk saya, tapi.... itulah yang kita cari"

2. Jika operasi penguatkuasaan perlu juga dibuat, pastikan tiap-tiap pegawai yang akan terlibat menukar attire atau pakaian, agar bersesuaian dengan suasana maksiat tersebut berlaku. Jika perlu, bolehlah pegawai-pegawai berkenaan pakai jeans, topi ala Dallas, semestinya bersedia untuk minum minum arak sebanyak mana yang boleh ( Kalau boleh, berlatih simpan sebotol dua di rumah untuk tujuan training- untuk maslahat penguatkuasaan, ya boleh saja- penjelasannya sila rujuk kitab AlHadhari wal punai ms.110 perenggan 5) supaya pegawai terlibat tidak akan merasa nervous dan juga sekali gus mengambil tindakan dalam suasana jiwa yang sealiran dengan pesalah yang disasarkan. Ini akan tidak menimbulkan rasa kurang senang kerana layanan yang adil telah dapat dilaksanakan. Bagi pegawai wanita yang terlibat, boleh juga menari-menari dahulu atau duduk semeja, berpeluk-pelukan dahulu dengan mangsa. Dan yang pasti ikut rentak mereka dengan meminum arak sebelum tangkapan dibuat. Ambil gambar bersama sama mereka. Baru dikatakan tindakan yang moderate dan senada.

3. Setelah tangkapan dibuat, jika melibatkan anak orang-orang kenamaan atau yang ada glamour maka hendaklah dibawa mereka-mereka yang terlibat ke pejabat PB Islam sementara yang bertempat di hotel-hotel 5 Bintang, digunakan Bas berhawa dingin 1st class serta dengan iringan peluk cium dari tiap-tiap pegawai PB Islam yang membuat operasi pada hari/malam tersebut, tak apa, tak apa, tak dosa ehh ( sila rujuk kitab AlHadhari wal punai m.s 200 perenggan
3). Atas dasar kebebasan beragama, pasangan-pasangan yang ditangkap hendaklah ditempatkan di dalam bilik khas di hotel tersebut tanpa dipisahkan mereka serta jangan lupa bekalkan kondom untuk mengelakkan mereka dari jangkitan HIV dan Aids.

4. Sebagai menaikkan imej PB Islam setempat, hendaklah setiap ketua operasi tangkapan ke tempat-tempat eksklusif, terlebih dahulu menyediakan cendera hati untuk dihadiahkan kepada para pelaku-pelaku maksiat tersebut sebagai penghargaan mereka menyokong usaha kerajaan mempromosikan tuntutan kehendak Islam moderate seperti yang tersirat dalam kitab AlHahdari yang menjadi rujukan utama PB Islam seluruh Negara AlHadhari.

5. Segala tindakan dan susulan dari satu-satu kes yang melibatkan operasi PB Islam seluruh negara AlHadhari, adalah tertakluk kepada kata putus perintah yang maha Agung Al Imam AlHadhariun. Selain daripada itu, hatta Al-Quran dan Sunnah Nabi sekali pun, semuanya akan termansuh dengan sendirinya jika ianya bertentangan dengan kehendak kata putus perintah Yang Maha Agung Al Imam AlHadhariun dan Ahli Kitchen Cabinet ( Kabinet dapurnya) (Sila rujuk
penegasan ini dalam kitab AlHadhari wal punai m.s 300 perenggan 15).

6. Sebarang pelanggaran terhadap etika kerja ini, pegawai yang berkenaan akan dipecat 24 jam tanpa tapi-tapi lagi atau dibersarakan lebih awal atau jika perlu akan ditempatkan ke pusat pemulihan akidah AlHadhari yang dikenali sebagai ASI selama 2, 4, 6, 8, atau sampai mati.. Takut ...jangan tak takut.. semua pegawai PB Islam Negara AlHadhari .

Pensil Kayu - 25.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: