Kelate baru VS Selangor baru
Oleh Dewan Muslimat PAS Selangor - Laman M@RHAEN

Adik kakak yang dihormati, kawe mintak maaf, tetapi walauapapun kawe nak kecek dalam bahasa Selangor, semoga adik kakak dapat faham.

Telah lama terbuku di hati saya, sehinggalah ada kawan-kawan yang mencadangkan untuk menluahkannya melalui jalan internet ini, jadi saya mengambil peluang untuk mempersembahkan tentang versi Muslimat PAS Selangor yang diterajui oleh kak Wan Hasrina. Kawan-kawan bolehlah anggap saya sebagai jurucakapnya atau pengurus kempennya.

Saya di sini amat berharap agar kak Wan Hasrina yang akan bertanding sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor menang dengan majoriti yang besar walaupun dengan apa cara sekalipun. “By hook or by crook” beliau mesti menang! Biar pencabarnya tersungkur kalah, seperti amanat Pesuruhjaya kita yang dulu Senator Ustaz Hassan Shukri “peduli apa orang nak kata, janji matlamat dan cita-cita kita dalam pasukan berjaya”.

Saya berharap agar Dewan-Dewan Muslimat Kawasan dalam Selangor mampu bekerja kuat dalam satu pasukan untuk memenangkan Kak Wan Hasrina.

Semua perancangan telah diatur rapi dengan diketuai oleh Dewan Muslimat Kawasan Gombak dan Kapar. Sila hubungi mereka untuk mengetahui strategi dan perancangannya.

Kita perlu bergerak seperti yang boleh diibaratkan “hati kita bersama dengan Ustaz Hassan Shukri, pedang kita di Selangor”. Saya amat berharap agar ikhwah-ikhwah akan membuat persiapan yang rapi supaya pihak lawan tidak akan mendapat jalan yang mudah.

Sayugia diingatkan bahawa rakan-rakan kita dari Terengganu akan turun membantu kita sekiranya terdapat Dewan-Dewan Muslimat Kawasan yang sudi mengundang kedatangan mereka. Begitu juga dengan kawan-kawan dari Wilayah Persekutuan.

Jadikan perkara pertandingan kak Wan Hasrina untuk mempertahankan kerusi Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor sebagai agenda utama kita semua di Selangor. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, kawan-kawan semua bolehlah menghubungi saya di talian khas saya yang anda semua ketahui.

Noraini Binti Hussein
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Selangor - 02.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: