Anwar `Orang Biasa` Yang Paling Ditakuti Sebuah Parti Ortodoks
Oleh Inderaloka

Perihal para pemuka sebuah parti primitif di Malaysia yang dikatakan begitu teguh pengaruhnya di kalangan orang Melayu sejak lebih lima dekad, begitu mencemburui Anwar kerana kerajaan Arab Saudi menyambut ketibaan `bekas banduan` itu dari Munich bagaikan pemimpin besar ummah, sudah pun diketahui umum.
 
Parti ortodoks mahu samakan Arab Saudi dengan FRU/JKK.

Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan makar terkutuk oleh bekas `tuhan` parti ortodoks Umno (Mahathir Mahataik) dan disokong oleh kebanyakan hamba-hambanya sehingga terpaksa mendekam di kurungan selama 6 tahun, kini telah dimuliakan oleh hampir kesemua manusia berakal waras dari timur hinggalah ke barat.
 
Bukanlah hasrat kita untuk mengagung-agungkan wira ummah itu tetapi begitulah hakikat yang dapat disaksikan sejak beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh kemudian menjalani rawatan di Munich seterusnya menunaikan ibadah Umrah di Mekah. Tak putus-putus dikagumi dan dikunjungi oleh manusia pelbagai agama, budaya, ideologi dan karenah .
 
Jika para pengunjung dan pengagum itu tabik kepada ketabahan dan ketahanan Anwar menghadapi tribulasi di dalam perjuangan untuk memartabatkan keadilan dan kebenaran sejagat lantas mereka memuliakan beliau, sayogia Anwar berhak menerima kemuliaan itu asalkan beliau tetap mengingati maksud ayat di dalam al Qur`an : Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya dan menghina sesiapa yang dikehendakiNya.
 
Hanya para penganut parti ortodoks Umno saja yang melupai maksud firman Allah itu meskipun kerap kali mereka wiridkan selepas solat fardhu terutamanya Maghrib, Isya` dan Subuh.
 
Begitulah bahananya kalau berwirid sekadar di bibir mulut tetapi nun di sudut kalbu bersimpang perenang dan lebih parah kalau kalbu itu sendiri mengkufuri maksud ayat tersebut.
 
Apa pun tidaklah Umno itu dinamakan parti ortodoks lagi primitif lagi tempurung sekiranya tidak berfungsi ke arah menghaprakkan diri mereka secara total. Minda mereka yang sempit berkeladak itu mengira pemerintah Arab Saudi boleh saja digertak dan diarah-arah persis mereka mengarahkan agen-agen penguatkuasa (SB, FRU, JKK dll) agar mengganggu program-program rakyat yang mahukan reformasi di Malaysia.

Saat kehinaan parti ortodok kian hampir.
 
Sesungguhnya mereka lupa bahawa parti ortodoks/jakun Umno hanya boleh berlagak bagaikan `maharaja` di bumi Malaysia yang sempit ini sahaja (itu pun tak semua kerana di Sarawak Umno tak laku sesen pun), luar dari itu tak siapa pun mengenali Umno, lebih-lebih lagi di Semenanjung Arab yang terletak di dalamnya bumi suci/mulia Mekah dan Madinah.
 
Buat siapa sahaja sama ada Mahataik, Imam Hadhari, Ibu Rasuah, Bekas Ketua Puteri Lesung, Pondan Tua Bangladesh Ketua Pemuda, Penggemar Ayam Mentah Taiwan Nazeri, Perogol Bersiri, bekas boyfriend Ziana Zain dll yang menganggap parti ortodoks/primitif Umno sebagai `dunia` mereka, tolong ingat pesanan ini :
 
“Kalau mahu mendapatkan darjat kemuliaan baik di dunia mau pun akhirat (itu pun kalau kamu mahu beriman dengannya), jangan sesekali menghina dan menzalimi sesama makhluk terutamanya manusia. Manusia itu diciptakan Allah dengan kemuliaan dan bebas merdeka, usah sesekali diragut kemuliaan itu dan dicengkam kebebasan dan kemerdekaan mereka semata-mata kerana mahu menjamu keserakahan nafsu!”
 
Tak faham lagi? Lantaran kamu semua sudah pun puas meragut kemuliaan, kebebasan dan kemerdekaan Anwar serta rakyat marhaen yang meneriakkan keadilan dan kebenaran maka giliran kamu untuk menerima `ganjaran` terhadap kezaliman tersebut kian hampir.
 
Biarkanlah mereka menyalak dan melolong sepuas hati namun untuk menyekat limpahan cahaya kebenaran dan keadilan adalah mustahil.
 
Cepat atau lambat, pasti parti haprak itu akan tergolek disepak rakyat, bila saatnya? Setelah rakyat memahami bahawa suara mereka adalah suara keramat, untuk itu para reformis dan pejuang harus nekad dan komited kerana `seorang Anwar` tiada upaya untuk memerdekakan rakyat kecuali dia dibantu oleh `ribuan Anwar` yang bersedia mencipta gelombang.
 
`Orang biasa` yang amat digeruni kabilah ortodoks
 
Belum pun keputusan permohonan oleh JK Sambutan Kepulangan Anwar(JKSKA) untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil bagi menyambut kepulangan pemimpin ummah itu dijadualkan pada 31 Oktober 2004 diperolehi, namun penyalak-penyalak (agak-agak para pembaca spesis apa yang gemar menyalak) parti ortodoks telah pun memulakan salakan mereka:
 
“Siapa Anwar Ibrahim, dia bukan VIP atau pemimpin negara untuk mendapat layanan istimewa, dia hanyalah `orang biasa`………….”
 
Menurut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Ezam Mohd Noor Ketua AM keADILan selepas Solat Tarawikh di kediamannya pada malam 23 Oktober 2004, pihak KDN hampir pasti tidak akan meluluskan permit kepada JKSKA yang dipengerusikan oleh Dato Kamarul Baharin juga selaku Bendahari Parti Keadilan Rakyat.
 
Ezam jelas menyindir `kebijaksanaan` para pegawai di KDN yang memberikan alasan jika permohonan JKSKA diluluskan mereka khuatir Pas dan DAP juga akan mengajukan permohonan sama (menggunakan stadium) untuk aktiviti parti mereka.
 
“Itu adalah alasan yang paling melucukan kerana Stadium Bukit Jalil bukan hak mutlak Umno sebaliknya hak awam. Pas, DAP dan keADILan adalah parti yang didaftarkan statusnya sama dengan Umno, kalau Umno boleh menggunakan premis awam mengapa parti pembangkang dihalang?” ujar Ezam.
 
Difahamkan pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil sendiri sedia memberi laluan kepada JKSKA (sewaan untuk tujuan itu khabarnya mencecah puluhan ribu RM untuk tempoh satu dua jam), apa pun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelulusan berhimpun adalah di bawah bidang kuasa KDN.
 
Begitulah bobrok dan dayusnya parti primitf/jakun/ortodoks Umno! Mereka sendiri melabelkan bahawa Anwar adalah `orang biasa` yang tiada apa-apa kelebihan, jika itu kata mereka apa yang perlu dikhuatiri?
 
`Orang biasa` sudah tentu amat sukar memanggil khalayak untuk menyambut kepulangannya kerana dia tiada sebarang daya tarikan, kalau ada pun barangkali setakat dua tiga orang pengikut setia yang mustahil boleh membanjiri kawasan seluas SBJ!

Sambutan Kepulangan Anwar di KLIA 31 Oktober 2004 – jam 10.00 pagi.
 
JKSKA tiada lagi pilihan kecuali tetap meneruskan hasratnya menyambut kepulangan Anwar. Difahamkan segala-gala telah diatur bagi memastikan sambutan tersebut tidak mendatangkan sebarang kesulitan kepada mana-mana pihak. Mereka sedia bekerjasama dengan pihak berwajib demi kelancaran program berkenaan.
 
Sambutan dijadualkan pada 31 Oktober 2004 jam 10.00 pagi, selepas itu satu sidang media akan diadakan di hotel terkemuka di Ibukota KL. Manakala sebelah malamnya majlis berbuka puasa akan diadakan di Masjid Bukit Damansara berhampiran kediaman Anwar. JKSKA akan menghebahkan dari masa ke semasa sebarang perkembangan yang berkaitan.
 
Rakyat marhaen dan para pendokong reformasi mestilah turun beramai-ramai sebagai tanda bahawa mereka bersedia menyambut Anwar untuk memimpin satu gerakan membebaskan Malaysia dan rakyatnya daripada terus dikongkong oleh gerombolan manusia primitif yang hanya memikirkan tuntutan nafsu serakah.
 
Puasa? Itu bukan alasan kerana di dalam sejarah jihad umat Islam kebanyakan `peperangan besar` berlaku pada bulan Ramadhan!

Jika umat terdahulu sanggup bermandi darah di bulan Ramadhan untuk menegakkan kebenaran, apakah umat Islam Malaysia terlalu kedekut mengalirkan sedikit peluh bagi menyambut kepulangan seorang insan yang di tangannya ada nyalaan obor harapan buat golongan termiskin, tertindas dan teraniaya!
 
Andai masih bermalas-malasan dan mengharap pada orang lain untuk menyambut kepulangan itu lebih baik anda semua berhenti daripada menganggotai Pas, keADILan, DAP, NGO`s atau apa saja organisasi yang mendakwa memperjuangkan keadilan dan kebenaran! Lebih manis jika anda semua menyertai Umno atau mana-mana komponen BN dan NGO`s pengampu kerana mereka tidak sukakan Anwar dan agenda reformasinya!
 
Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada TG Dato Hj Abd Hadi Awang Presiden Pas yang telah memutuskan agar semua program parti di pelbagai peringkat dibatalkan pada hari tersebut untuk memastikan sambutan kepulangan Anwar turut dijayakan oleh segenap lapisan ahli Pas.

Tidakkah sdr/sdriku para pembaca yang rata-rata pro-reformasi merasa malu kepada jiran tetangga kita Republik Indonesia! Di sana sudah wujud JK Panitia Sambutan Anwar Ibrahim meskipun Anwar hanya dijadualkan sampai ke situ kira-kira 1½ bulan lagi.
 
Teristimewa pula ketua kepada JK Panitia itu adalah salah seorang Menteri Kabinet yang baru di bawah pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, namanya Fahmi Idris. Manakala Wakil Presiden (Naib Presiden) Yusof Kalla sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi `host` di sepanjang kunjungan Anwar ke RI nanti.
 
Bukan setakat RI, bahkan Filipina yang akan dikunjungi Anwar pada tahun 2005 pun sudah menubuhkan JK Panitianya diketuai oleh salah seorang Senator yang amati disegani di sana.
 
Harus diingat sdr/sdri ku! Anwar Ibrahim bukan suka-suka untuk berkunjung ke sana ke mari bahkan beliau diundang! Itulah hebatnya `orang biasa` di sisi Umno ortodoks haprak tetapi `orang luar biasa` bagi pencinta keadilan, kebenaran, kedamaian dan kemanusiaan baik di timur maupun barat!
 
Cukup sekadar mencatatkan secara ringkas, itu baru RI dan Filipina belum lagi Afrika Selatan, tawaran dari Pusat Islam Universiti Oxford, dialog Islam-Barat di Florida dan pelbagai program yang memerlukan komitmen `orang biasa` bernama Anwar!
 
Bayangkanlah sdr/sdri! seperti yang diceritakan oleh Dr Badrul Amin bahawa Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld telah memohon agar `orang biasa` itu bertindak sebagai mediator di dalam konflik negara kuasa besar itu di bumi Iraq.
 
AS dikatakan sudah tidak mampu lagi menahan kebangkitan pejuang Iraq, namun kerana keegoan sebagai superpower mereka terpaksa pura-pura berani! Apa kata `orang biasa` itu kepada Donald Rumsfeld sebelum beliau bersetuju sebagai mediator” AS mestilah mengkaji semula dasar luarnya.”
 
Kalau Anwar `orang biasa` mahukah Rumsfeld dengan `keegoan polis dunia` yang begitu menebal itu, mahu berbincang dengannya? Jawab sendiri ….!

Inderaloka - 25.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: