Badrul Amin: Depan Kaabah Anwar Berkata Soal Masuk Umno Tidak Relevan!
Oleh Inderaloka

Dr. Badrul Amin mantan pensyarah kanan kuliyyah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lebih sedekad sebelum meletak jawatan pada tahun 99 kerana tuntutan reformasi seterusnya dikurung dalam Kemta Kamunting selama dua tahun (2001-03), berbicara betapa semua keperitan yang dilalui sepanjang penglibatannya menyokong perjuangan `orang biasa` Anwar terubat apabila beliau berada di bawah naungan Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini.
 
Air matanya juga deras mengalir tanpa disedari tatkala beliau berpeluang menyampaikan salam dirinya, famili, sanak saudara dan rakan seperjuangannya kepada Rasululllah saw di Raudah berhampiran makam Kekasih Allah itu di Masjid Nabawi Madinah al munawwarah.
 
Begitu di antara luahan rasa Dr Badrul Amin juga selaku ahli MPT keADILan ketika menyampaikan tazkirah ringkasnya setelah memimpin solat Maghrib, Isya`, Tarawikh dan Witir di kediaman Ezam Mohd.Noor Ketua AM keADILan di Shah Alam pada 23 Oktober 2004 lepas.
 
Lebih menarik dan menggembirakan para reformis serta pejuang keadilan dan kebenaran yang hadir apabila Dr Badrul Amin memaklumkan bahawa beliau berpeluang berbicara dengan Anwar Ibrahim betul-betul di hadapan Kaabah selepas solat Maghrib menjelang Isya pada 12 Oktober 2004.
 
Di dalam perbualan tersebut Dr Badrul menanyakan Anwar beberapa soalan antaranya apakah Anwar akan memasuki Umno semula dan bagaimana pula status Ruslan Kassim.
 
Di hadapan Kaabah yang mulia itu Anwar menjawab pantas: Soal masuk Umno tidak relevan dan kalau Ibrahim Ali saya alu-alukan kehadirannya inikan pula Ruslan Kassim.
 
Berdusta adalah dilarang agama, seorang mukmin tidak akan melanggar pantang itu walau di mana dia berada lebih-lebih di hadapan Rumah Allah yang paling mulia! Masihkah sdr/sdri para pendokong reformasi dan rakan-rakan seperjuangan ragu-ragu tentang pendirian Anwar!

Justeru itu isu Anwar akan menyertai Umno sudah padam sepadam-padamnya, sesiapa yang masih gatal mulut menyebarkan khabar angin bahawa Anwar akan rujuk semula kepada parti primitif/ortodoks dan jakun itu tanpa mengira sama ada mereka ahli Pas, keADILan, DAP, NGO`s dll, nescaya mereka itu berjiwa Umno yang benci kepada reformasi, hindarilah diri anda daripada mereka sejauh yang boleh!

Inderaloka - 25.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: