|
.... |
PERHIMPUNAN
UMNO 1993
Umno Pembawa
Perubahan |
Petikan ucapan:
“Pendidikan dan penguasaan berbagai-bagai ilmu adalah penting untuk kemajuan
kita. Jika kita perlu menguasai bahasa-bahasa lain, kita patut bersungguh-sungguh
menguasai bahasa berkenaan. Adalah lebih cepat menguasai bahasa asing untuk
mengejar pengetahuan daripada menunggu ilmu tersebut diterjemahkan kepada
bahasa kita. Proses penterjemahan memakan masa kerana ia memerlukan orang
yang fasih dalam bahasa asing dan bahasa kebangsaan serta pakar dalam bidang
ilmu yang hendak dialihbahasakan.”
Ulasan:
Seperti sedia maklum banyak orang
mudah tertarik dengan ucapan PM ini. Sekali imbas memang nampak keikhlasan
dan kejujuran dalam ucapannya- apatah lagi didepan seluruh perwakilan yang
mampu menggoncang kedudukannya. Namun dalam suasana demikian sempat lagi
dia memperleceh dan mempermainkan orang Melayu dan institusi yang ada dalam
menjaga hak keistimewaan berkait dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
atau bahasa Ilmu.
Pendidikan adalah suatu proses yang
berterusan dan adalah tidak cerdik untuk kita menimba hasilnya dalam masa
yang pendek untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata. Biarlah ia berkembang
secara bertahap, yang penting adalah kemudahan prasarana yang kemas dan
jitu.
Perkembangan ilmu pengetahuan adalah
proses yang memakan masa. Lihat sejarah Ilmuan Islam yang gemilang seperti
Ar-Razez, Al-Biruni dan Al-Khwarizmi. Tatkala itu Eropah dalam era kegelapan-
zaman Tuan tanah memeras ugut rakyat miskin dan Istana bermaharajagila.
Namun masyarakat Ilmuan Eropah pergi berkorban menuntut ilmu dan
menterjemahkan ke dalam bahasa mereka- dan terus menjadi panduan sehingga
hari ini dalam pengajian di Universiti. Dengan penterjemahan yang dilakukan
akhirnya menjadikan masyarakat barat kemudiannya muncul sebagai Gedung
Ilmu. Bagi yang mencintai ilmu, masa dan kemudahan bukanlah penghalang.
Kita akui benar dalam menimba ilmu
adalah mudah kita mempelajari terus dalam bahasa asal di mana ilmu itu
berkembang. Namun untuk tempoh jangka panjangnya, adalah suatu yang menguntungkan
apabila ilmu itu serentak diterjemahkan ke bahasa Ibunda. Sekaligus memperkayakan
Bahasa Melayu itu sendiri. Apakah Mahathir bertujuan memperkecilkan tenaga
kepakaran dan tenaga penterjemah yang bersepah di Dewan bahasa dan Pustaka.
Dasar kepimpinan yang beginilah menyebabkan kadar terjemahan buku di satu
ketika sebanyak 1.7 buku setahun- lebih pantas lagi kura-kura berjalan!
Kalau tanpa usaha sedemikian akan
terhentilah rantai ilmu apabila tidak ada lagi penyambungnya setelah orang
terdahulu tiada. Apakah mahathir hendak berjenaka atau memang ia tidak
mahu anak Watan pintar dan setara orang luar? Kita tahu setiap yang berilmu
nantinya akan terdedah dengan konsep sebenar demokrasi yang mengutamakan
HAK ASASI manusia- sesuatu yang diperamkan dan diperlecehkan oleh Mahathir
dengan bantuan media kroni serta kitulnya.
PERUBAHAN APA YANG DIBAWA UMNO?….OOPPSS
OLEH BEDEBAH ITU?
Panglima agar-agar peringkat bawahan
yang bermotor cabuk tanpa lesen, memang tidak boleh langsung berdebat pertahankan
parti yang bermasalah itu. Rupa-rupanya pemimpin peringkat atasan juga
serupa- almaklumlah menegak benang yang basah! Terkelu lidah dan bicara.
Ini adalah tajuk besar yang sepatutnya dibentang dalam Persidangan lalu,
bukannya dengan berdiri dan bertepuk memuja Mamak penderhaka- atau sekadar
mendengar maki hamun bedebah itu terhadap Barisa Alternatif dan bangsa
Melayu!
Pertama, Mahathir mematikan
nilai demokrasi dalam Umno. Sebaik saja Mahathir mengubah-ngubah peraturan
Pertandingan jawatan Presiden parti, maka saat itu lah matinya DEMOKRASI
dalam Umno. Alasan yang diberikan adalah berbau kepentingan peribadi. Undi
bonus, pendaftaran bertanding dan kemudiannya membatalkan undi bonus semula
adalah langkah selamat yang perlu pengkhianat Melayu ini ambil dalam memastikan
jawatannya tidak tergugat.
Kedua, Mahathir adalah
Menteri Perdana malaysia yang pertama menonjolkan watak anti Islam. Dia
sedikit sebanyak menggunakan kaedah Mustafa kamal Attartuk- Bapa haprak
Turki! Sejarah 20 tahun pentadbirannya menyaksikan betapa jelabas dan jahat
mulut mahathir. Apa yag tidak dihinanya Islam? Hukum, Al-Quran, Nabi, Ulamak,
Mufti dan segala institusi berkaitan. Bedebah ini menyalahgunakan kuasa
prerogatif yang ada pada seorang Menteri Perdana. Mulut manis hati berkait,
mulut disuap pisang pantat dikait onak! Itulah perumpamaan Mahathir Presiden
Umno. Kalau seorang ketua negara macam itu, apa nak hairan jika rakyat
menagih dadah, hedonisme atau yang terbaru gejala ‘BLACK METAL’!! Itu adalah
ganjaran atas keceluparan dan dasar anti Islam mahathir sendiri. Buat apa
KERAjaan nak terkejut dan hairan serta cuba pula kaitkan dengan Sekolah
Agama rakyat!! Pelawak betul…..
Ketiga, Mahathir adalah
satu-satunya manusia yang bertindak di luar akal dan budi. Bagi dia yang
penting adalah kedudukannya selamat dan tidak terancam dari segi politik.
Matalamat mengahalalkan cara adalah kaedah siasah yang bedebah ini amalkan.
Beliau memastikan segala institusi kerajaan tunduk dan patuh kepadanya,
walaupun ianya melanggari struktur Perlembagaan yang memisahkan antara
Eksekutif dan dua lagi badan yang penting dalam negara demokrasi seperti
malaysia. Kini mahkamah dan institusi PDrM menjadi bahan lawak dan
cemuhan masyarakat.
Keempat, Mahathir adalah
perencana segala kekeliruan politik dan penoda keamanan negara. Bermula
dari tragedi 13 Mei yang tangan jahatnya antara penggerak utama. Namun
dia kelihatan bersih dan terus disanjung kebersihannya oleh pengikutnya
dari spesis Melayu Pelupa Umcino. Pergolakan dalam Umno sering sinonim
dengan namanya atau pun pemerintahannya. Tragedi Memali yang terus terbuntu
kes mahkamahnya. Kemudian kita lihat beberapa peritiwa ‘keganasan’ yang
kununnya bertujuan mencetus kekacauan- supaya boleh MAGERAN!! Isu SAUK,Kampong
Medan, kebakaran DTC Univ. Malaya. Dalam negara, ia mengajar rakyat supaya
takut dan benci kepada pembangkang, ini adalah penipuan TERBESAR dalam
sistem Demokrasi!! Kerajaan boleh bertukar antara parti yang memenangi
pilihanraya. Bagi mahathir pilihanraya dan kewujudan parti hanya sebagai
bukti kepada dunia luar, bahawa malaysia mengamalkan DEMOKRASI. Hakikatnya
ialah kita di bawah pemerintahan DIKTATOR yang tak tahu malu dan bedebah
yang tak sadar dek untung. Tanda rakyat menyampah dan meluat amat ketara.
Kelima, Mahathir
PENIPU dan penggalak budaya FITNAH. Menggunakan kaedah British adu-domba,
Mahathir kelentong habis seluroh ahli Umno yang kebanyakanya jahil dan
pelupa. Mahathir garang bagai singa apabila menabur fitnah tetapi menikus
cencorot apabila disapina ke pengadilan. Malah dia terus memastikan akhbar
dan media eletronik sebagai alat sebarannya. Yang lebih mengharukan ialah
apabila dia menuduh barisan Alternatif sebagai kaki fitnah. Alahai……
Keenam, Mahathir bertanggungjawab
menghapuskan HAK KETUANAN MELAYU. Usahlah menangis, bersajak, berdoa hatta
meraung sekalipun. DOSA yang dibuat terhadap orang Melayu Pelupa yang memberi
amanah telah bedebah itu CURANGI. Pengurangan biasiswa, penyusutan tanah
rezab Melayu, penyelewengan Harta negara, peswastaan korporat dan berbagai
lagi keonarannya adalah bukti perlakuan jahatnya. Lihat bagaimana mereka
dengan bongkak menjawab soalan dari pihak pembangakang di dalam Dewan.
Alangkah sewel dan bahlol untuk Timbalan Menteri yang mengatakan penggunaan
Isa sebagai tanda kasih dan saying kerajaan kepada rakyatnya. Apakah begitu
fikiran seorang peguam Inggeris yang merangka ISA puluhan tahun yang lalu.
Sedang Arwah Menteri perdana yang pertama sendiri mengsahkan bahawa ia
tak akan digunakan untuk sebarang orang dan bukan untuk menekan ahli Politik.
(Jika tidak sudah tentu Mahathir ditahan selepas
13 Mei 1969!! Bagaimana pula dengan JENAKA dann ONAR terbaru
Mahathir bila mengatakan akan mengurangkan keciciran Pelajar Baru Melayu
dengan cara mengurangkan KUOTA dan biasiswa mereka di Universiti???!!!
Apa ini?? Bangunlah wahai Melayu
Pelupa….!!
Begitukah contoh pembaharuan yang
dibawa Umno di bawah kepimpinan tempang Dr(baca diktator) Mahathir baka
Kerala ini? Terlalu panjang untuk ditulis dan dihuraikan malah telah pun
pernah rakan siber lain dokumenkan. Apa saja tentang keistimewaan Melayu
yang termaktub dalam perlembagaan telah bedebah ini koyakrabakkan. Tanpa
segan silu berlakon pula dengan sajak,airmata dan doa untuk katanya mempertahankan
ketuanan Melayu.
Yang lebih mengharukan lagi apabila
sekumpulan 2000 yang mengaku Melayu telah bangun dan bertepuk tangan
selepas 2 jam mendengar ucapan Bedebah
Mahathir yang BASI dan menghina Minda serta jati diri orang Melayu!
Mereka ini orang Melayu kah tunggul
kayu??
ehek2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|