.... Rakyat Tonggak Penting Dalam Negara Islam
Oleh: Abu Majahed Abdullah Azzam

Bila disebut negara Islam, kedudukan kedaulatan rakyat (people sovereignty) dalam sistem demokrasi sering dipersoalkan umum khususnya masyarakat bukan Islam kerana kebanyakkannya akan mendakwa bahawa di dalam konsep negara Islam, yang ada hanyalah kedaulatan mutlak Allah. 

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan perkara ini dengan menuntut penjelasan daripada PAS sepanjang tempoh konflik tentang negara Islam di antara kedua-dua parti tersebut di samping mainan rapi media perdana. 

Sedangkan sebenarnya dalam rekod sejarah pemerintahan negara Islam khususnya di zaman empat orang khalifah ulung Islam, rakyat tetap mempunyai kedaulatan sebagai satu-satunya kuasa yang sah untuk memilih ketua dan sebarang penjawat awam. Inilah yang lebih dikenali sebagai sistem Bai’ah yang memberi ruang sepenuhnya kepada rakyat untuk mengesahkan kedudukan pentadbir. 

Apa yang dikatakan kedaulatan Allah itu juga sebenarnya mempunyai asas di mana dari segi undang-undang dan perlembagaan negara Islam, di di sinilah yang disebut kedaulatan mutlak Allah. Negara Islam adalah negara yang sesuai dengan nama Islamnya yang hanya akan melaksanakan Syariah Islam. Fasal wajib dalam perlembagaan negara Islam ialah Syariah sebagai sumber rujukan undang-undang tertinggi bagi negara dan mana-mana peruntukan yang bercanggah dengannya adalah terbatal dengan sendirinya. 

Tetapi perkara penting di sini tentang kedaulatan rakyat yang dikaitkan dengan demokrasi moden tetap wujud di dalam konsep negara Islam kerana sistem pemilihan pemimpin adalah terbuka dan perlu mendapat mandat daripada rakyat yang layak mengundi kerana tidak ada ruang pemerintahan ala monarki di dalam negara Islam.  

Oleh itu logiklah sekiranya ramai yang masih mempersoalkan kesahihan status negara Islam Arab Saudi kerana di sana walaupun dari sudut perlaksanaan undang-undang, mereka mempraktikkan Syariah sepenuhnya tetapi persoalan besar timbul apabila mereka juga adalah diktator yang mengamalkan sistem monarki yang bercanggah dengan Islam. 

Harapan penulis massa khususnya kepada bukan Muslim supaya mereka tidak perlu bimbang dengan kedudukan kuasa mereka di dalam sebuah negara Islam sebenar kerana mereka tetap dijamin hak mutlak untuk menentukan pemerintah.  
 

Abu Mujahed Abdullah Azzam dan Nurul Aini Ariffin - 30.11.2001
mpkangar_2004@yahoo.com


FREE - An online program to make a huge income. more info (javascipt enable browser only)
Click Here!