Ibrahim Abu Shah Merapu Selepas Dua Stesen Minyak Siap Dibina 
VC UiTM, Ibrahim Abu Shah ni memang saya rasa mungkin tidak berapa sihat. Atau mungkin perlukan sedikit publisiti murah untuk menagih simpati Dolah Badawi. Minggu lepas, heboh si Ibrahim Abu Shah ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor menghentikan pembinaan dua buah stesen minyak berhampiran UiTM di sebelah kiri Federal Highway menghala ke KL. Kununnya mengganggu alam sekitar dan mungkin menyebabkan banyak kes jenayah kepada pelajar-pelajar UiTM selain gangguan bising kepada pelajar.

Saya juga amat bersimpati kepada pelajar-pelajar UiTM atas apa-apa jua perkara yang berbangkit nanti. Tetapi, keresahan saya telah saya luahkan awal-awal lagi sejak projek tersebut dimulakan 4 atau 5 bulan dahulu. Anehnya, mengapa Ibrahim Abu Shah menggesa Kerajaan Negeri Selangor menghentikan pembinaan tersebut di kala pembinaannya sudah siap sepenuhnya kira-kira sebulan setengah yang lalu? Bukankah, jika Ibrahim Abu Shah tak suruh pun, pembinaan itu telah juga ditamatkan? Bukan setakat pembinaan, malah penebangan pokok-pokok juga telah tamat lama sebelum gesaan Ibrahim Abu Shah itu.

Ibrahim Abu Shah baru bukak matakah? Tidak sedarkah sewaktu pembinaan itu dilakukan, ianya boleh dilihat dari bangunan dan padang kawat Palapes UiTM? Kenapa baru bersuara selepas pembinaan ditamatkan? Lembap betul la Ibrahim Abu Shah ni. Sama lembap dengan pelajar-pelajar UiTM yang kerap melintas jalan di kala lampu isyarat untuk melintas masih merah di Seksyen 2, Shah Alam.

Khir Toyo pun sibuklah keluarkan arahan supaya pokok-pokok yang ditebang diganti semula. Kenapa nak ganti semula? Kena la tanam semula supaya dapat didirikan papantanda 'Satu Lagi Projek Barisan Nasional', agaknya. Kan elok kalau tak tebang dan tidak mendirikan 2 stesen minyak (Petronas dan Projet)
di kawasan tersebut dari awal. Inilah dia cara pengurusan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Khir Toyo. Buat sahaja apa yang terfikir nak buat, jika kedengaran komen atau sebagainya kemudian, barulah ambil sedikit tindakan untuk menutup mulut...

Begitu juga dengan Ibrahim Abu Shah, biarkan Petronas dan Projet siap membina stesen minyak mereka, lepas tu baru buat bising menggesa supaya menamatkan pembinaan yang sudah tamat. Apa ni Ibrahim Abu Shah? Apa lembap sangat ni. Kalau nak suruh hentikan pun, suruhlah awal-awal atau di tengah pembinaan, bila dah siap bina, Ibrahim Abu Shah tak suruh pun pembinaan dah tamat dah.... Apa nak jadi, apa nak jadi, VC UiTM gila
publisiti... apa nak jadiiii....

-Zul - 01.12.2003 - (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: