Kasihan Sharifah Aini...
Oleh Veteran Bukit Aman (Laman M@RHAEN)


Hairan juga kita bagaimana kisah Sharifah Aini semakin ternyata melalut. Ia bermula semasa kes Saudara Anwar Ibrahim (kita jangan gunakan gelaran diraja UMNO lagi) sedang hangat dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan. Ketika itu Sharifah Aini meletup dengan kes SMS kepada seorang wartawan hiburan. Kemudian kisah itu beralih kepada episod surat layang melibatkan Siti Norhaliza.

Memang umum tidak berapa sedar betapa golongan artis digunakan oleh puak putar belit politik untuk melencongkan perhatian rakyat marhaen daripada sesuatu isu yang dianggap hangat. Kerana di Malaysia ini, masyarakat artis banyak bergantung kepada ihsan kerajaan dan parti pemerintah untuk cari makan. Sekali gus mereka juga dijadikan alat untuk memerangkap minda rakyat marhaen terutamanya orang Melayu agar memihak kepada parti pemerintah.

Sharifah Aini dianggap sebagai selebriti unggulan dalam dunia muzik tanah air. Kerana itu apa juga skandal dalam hidupnya sengaja diserkap oleh pihak media untuk menjaga martabat bangsa Melayu. Hanya orang lama yang tahu segala cerita ini memeramnya kerana tidak mahukan bangsa Melayu malu.

Belum pun selesai kes Siti Norhaliza yang diaibkan oleh adik angkat Sharifah Aini, tiba-tiba muncul kes Sharifah Aini disekat di depan stesen TV3. Kali ini kes itu menjadi semakin kalut kerana ternyata orang di TV3 tidak diajak berkongsi sama untuk mengiakan kes itu.

Kalaulah petugas di TV3 diajak berkongsi sama dengan kes putar-alam itu sudah tentu muncul gambar dua Mat Rempit atas motosikal besar dan terdapat pula 'syringe' yang digunakan untuk 'menyuntik' Sharifah Aini dengan apa yang dikatakan 'cecair' sahaja itu.

Pelik juga, orang yang menahan Sharifah Aini itu tidak berhati perut kerana menyuntik cecair pada badannya. Tetapi berhati perut kerana tidak menyimbah asid pada badannya. Malahan setelah menyuntik Kak Pah, 'syringe' yang digunakan dibawanya bersama mungkin untuk menyuntik mangsa lain agaknya. Atau untuk mengelak pihak forensik mengesan apakah jenis cecair yang digunakan.

Kini, Kak Pah sedang berehat sambil bersembunyi. Hanya polis yang tahu di mana tempat persembunyian itu. Yang peliknya ada pula berita bahawa polis mungkin menahan Kak Pah kalau didapati ceritanya "satu temberang". Kerana itu polis cuba 'melakonkan' semula peristiwa Sharifah Aini ditahan di depan TV3.

Rakyat marhaen terutamanya orang Melayu sibuk membincangkan kes Kak Pah. Sudah masuk dua bulan Sharifah Aini menjadi topik hangat. Sebelum puasa dulu, kes Kak Pah menjadi hangat semasa orang Melayu menghadap juadah sarapan pagi. Kini, ia menjadi hangat ketika orang Melayu menanti azan Maghrib.

Pelbagai andaian telah dibuat. Tetapi yang paling menggemparkan ialah kisah kemungkinan Kak Pah terkena badi Saudara Anwar Ibrahim.

Kenapa ada pihak yang membuat andaian begitu? Apakah benar salah satu peranan Kak Pah dulu ialah menyediakan beberapa orang 'perempuan' yang menjadi bahan saksi polis yang mereka telah melayan Saudara Anwar dan menerima upah daripada Dato’ Nallakaruppan?

Kalau betul andaian ini, kita dapat lihat betapa perangai Sharifah Aini melalut adalah saling tak tumpah dengan perangai TKT Mahathir kebelakangan ini.

Kalau ada kebenaran perkara ini, kenapakah tidak ada seorang pun pemberita akhbar yang mengemukakan soalan yang sama kepada Kak Pah dan mencetuskan perkara yang sama?

Apabila ditonton kembali rakaman video fitnah 'perempuan sundal' (diedarkan percuma oleh Bukit Aman) itu dulu, ke manakah mereka menghilang sehingga hari ini? Apakah benar suara Kak Pah pernah dirakamkan dalam video yang sama?

Veteran Bukit Aman - 25.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: