Mariah Carey dan Siti Norhaliza Sama saja
Oleh: Unicorn
..


Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Perseketuan menghantar memorandum bantahan konsert Mariah carey kepada Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan (JAWI) menunjukan sikap double standard pemuda terhadap hiburan. Aku tak pasti sama ada ianya satu keiklasan dari Dewan Pemuda WP atau hanyalah satu gimik politik murahan pemuda PAS. Aku tidak bermaksud untuk menyokong konsert tersebut tetapi adalah amat menghairankan mengapa hanya penyanyi luar sahaja di tentang tetapi penyanyi tempatan pula belum pernah aku dengar atau terbaca Dewan Pemuda WP membuat bantahan tanda tidak setuju. Dewan Pemuda WP memberi alasan penyanyi tersebut berpakaian tidak sopan dan tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia. Persolannya siapakah penyanyi Malaysia yang berpakaian sopan dan apakah sebenarnya budaya Malaysia.

Kalau yang dianggap bersopan itu adalah Si Siti Norhaliza perhitungan ada adalah cukup tersilap besar. Andaikata pakaian siti Norhaliza menjadi kayu pengukur kesopanan artis aku cadangkan Dewan Muslimat PAS bertukar dari bertudung labuh kepada baju kurung yang kadang-kadang  bertudung. Bukankah itu Siti Norhaliza yang orang PAS sanjung. PAS jangan lagi bercerita tentang halal dan haram kerana sudah cukup untuk megikuti teladan yang di tunjukan oleh siti Norhaliza. Kerja pemuda PAS ialah asal ada saja artis luar negeri datang hantar memorandum tapi kalau siti Norhaliza jangan ditentang kerana PAS tentang konsert Mariah Carey kerana dia tidak berpakaian sopan. Itu saja.

Entahlah kalau ya pun Mariah Carey ini jahat tapi belum pernah aku dengar Mariah carey menhina Islam tapi Siti Norhaliza bukan saja menjadi penyokong kuat kepada mereka yang menentang Islam di Malaysia ini malah berkempen agar jangan sekali kali Islam tertegak di Bumi Malaysia ini.

Please …… la Brader! Sama saja sapa pun yang buat konsert kat Malaysia ni. Peminat Mariah carey 70% bukan Islam tapi peminat siti Norhaliza 100% orang islam. Apsal dok kalut dengan Mariah Carey tu dia tak ajak pun pemuda pemudi undi BN tapi yang jahat tu Siti Norhaliza yang menjadi penyambung lidah Syaitan di Malaysia ni. Kalau anda betul ikhlas jom kita bantah semua konsert Siti Norhaliza kat Malaysia ni.

UNICORN
survivalunicorn@yahoo.com - 17.02.2004

Respons 1:
Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah… saya ahli PAS dan masih yakin dengan arah yang nak di bawanya… saya sependapat dengan anda… siapa pun anda…! (rujuk Laman
Marhaen, “Mariah Carey dan Siti Norhaliza Sama saja!” Oleh: Unicorn”)… terima kasih atas teguran itu… semoga mereka sedar dan berbuat sesuatu untuk
mengatasinya! Jika tidak perjuangan mereka akan hanya sia-sia… dan mengakibatkan para penyokong mereka juga hanya menyokong sesuatu yang
sia-sia!... (na’udzubillah!)  .. - BiQ (respons ini diterima pd 17.02.2004 - 10.15 pagi)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN