TAHNIAH LOKMAN!
Oleh: Unicorn
..


hendaklah kamu menyertai Jama’tul muslimin dan pimpinan mereka, Huzaifah bertanya sekiranya tidak ada di kalangan mereka mana-mana jamaah dan pimpinan Islam? Nabi bersabda “Jauhilah puak puak itu (yang bukan jamah Islam) semuanya sekalipun engkau menggit pangkal pokok sehingga maut mendatangimu, engkau tetap sedemikian itu”. Sahih al Bukhari, Muslim dan Sunan Abu Daud

Apa dah jadi dengan Lokman Son of Adam? Setelah maki hamun dr Mahathir sampai telinganya sendiri pun meluat mendengarnya akhir sekali Lokman memilih untuk ke neraka. Bukan perkara yang pelik jenis orang yang begini kembali kepada UMNO kerana perjuangannya selama ini bukannya atas dasar aqidah. Si loqman asalnya umno jadi tak salah kalau dia kembali kepada UMNO. Selama ini pun Loqman tak pernah dalam ceramahnya mencemuh UMNO tetap yang di cemuhnya Dr Mahathir. Kini Dr Mahathir telah pun pergi, jadi siapa lagi untuk loqman caci. Tak kan Loqman nak mencaci Pak Lah sedangkan Pak Lah itu pendita ugama UMNO yang Loqman anuti dulu kini dan selamanya. Aku yakin di setiap hati kecil orang PAS pasti terdetik yang orang orang seperti Loqman ini tak akan lama marahnya. Sejarah telah membuktikan golongan yang terdahulu dari loqman lebih hebat maki hamunnya dan akhirnya bersama dengan orang yang mereka maki. Apa kurangnya golongan seperti ini di dalam PAS. Dari Presiden sampailah pemeriksa kira kira semuanya mempunyai sejarah memaki hamun dan akhirnya bersama ugama yang dimakinya.
 
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan bersuka ria dengan nikmat yang di berikan kepada mereka, kami timpakan  mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan ) maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)Al Anam 44-45.

Aku tak nak menketawakan Loqman apatah lagi untuk mencacinya. Pilihan Loqman semamangnya tepat dengan fikrahnya. Dulu isteri Loqman tak pakai tudung tapi bila bersama dengan orang PAS isterinya terpaksa pintal kepala dengan tudung. Dulu loqman tak kalut nak pakai seluar pendek ke seluar panjang tapi bila bersama PAS Loqman malu nak pakai seluar pendek sebab nanti orang PAS pandang semacam je. Dulu Loqman sembahyang sekali seminggu tapi bila berjalan dengan orang PAS asyik singah masjid je. Loqman tak nak lagi menjadi hipokrit. Loqman mahu hidup dialam yang nyata. Jadi mengapa kita nak menghalang niat suci Loqman ini. Rais Yatim sewaktu bersama APU bertakbir bila selesai memaki Mahathir. Akhirnya Rais sendiri mengaku itu bukan budaya yang dia pegang selama ini. budaya Rais sebelum ini  ialah menjerit Hidup Melayu. Illani dato’ Ishak bekas MP Kota Bahru sewaktu jadi ketua Wanita UMNo kelantan tudungnya hanya sewaktu ada kematian tapi bila bersama APU Illani terpaksa pakai tudung.

Begitulah yang ada bersama BA sekarang ini. Kadang kadang benda yang dibuat  bukanlah lahir dari keiklasan hatinya tetapi kerana rasa malu dan segan kepada orang PAS.
 
Sehingga kini semua ahli PAS yang aku jumpa seorang pun tak terkejut dengan kemasukan semula Loqman kedalam UMNO. Aku yakin bukan ahli PAS sahaja yang tak terkejut dengan berita ini malah orang UMNo pun dah menjangkakan perkara sebegini akan terjadi malah kalau Anwar sendiri pun yang menyertai UMNO bukanlah perkara yang mengejutkan. Apa yang nak di hairankan dengan kemasukan Loqman kedalam UMNO kerana sebelum ini pun bukan sedikit pemimpin keADILan yang bersama UMNO semula. Loqman sangup masuk penjara kerana dia begitu yakin yang kumpulan Anwar  akan menang pilihanraya. Loqman dulu hidup bertongkat dengan tongkat UMNO. Senang lenang hasil dari kerja kotor dalam UMNO. Rasuah, penindasan, anti Islam dan semua kerja jahat yang dia tuduh UMNO lakukan sebenarnya dia yang melakukan. Angin perubahan rakyat ketika itu membuat loqman memilih untuk menentang UMNO kerana bermimpi hendak menjadi wakil rakyat. Kalau di dalam UMNO mungkin 10 atau 15 tahun lagi baru loqman berpeluang untuk menjadi calon. Dalam usia 26 tahun Loqman telah terpilih menjadi ketua pemuda Negeri dan melonjak kepada setiausaha pemuda keadilan pusat. Mudah benar mendapat jawatan yang begitu tinggi dalam usia yang begitu muda. Apakah ini membayangkan keADILan  akan terus hidup sehingga bebasnya Anwar kerana begitu ramai pemuda yang telah menjadi pimpinannya atau pun semangnya keADILan tidak ada tenaga kerja sehinggakan anak burung pun sudah menjadi pimpinan pusat. Sayang seribu kali sayang, angan angan nak menjadi YB tidak menjadi kenyataan. Terlepaslah peluang untuk berlagak sombong dan mendapat elaun seorang wakil rakyat.

“Ya Allah aku berlindung kepada Mu agar jangan sampai menyebabkan kakiku tergelincir daripada jalan kebenaran ke dalam api neraka pada masa di mana Engkau menggelincirkan tapak kaki kaum munafiq dan musyirikin”
 
Kita menentang UMNO bukan kerana UMNO itu zalim, bukan kerana UMNO itu rasuah, bukan kerana UMNO itu penindas. Kalau UMNO itu adil sekali pun wajib setiap umat Islam menentang UMNO, Andainya UMNO itu bersih sekalipun haram orang Islam menyokongnya. Perkara inilah yang tidak ada pada orang keADILan.

Akhir kata aku ucapkan TAHNIAH kepada Loqman kerana tidak lagi menjadi seorang yang hipokrit. Kita pasti bertemu di suatu ketika nanti. InsyaAllah andainya mati mu di dalam UMNO Nerakalah tempatnya nanti dan terimalah sebuah lagu dari Bandi AMOK khas untuk mu LOQMAN
 
Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri

Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri

Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api

Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi

Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
 
Axl Rose
penangblackrose@hotmail.com - 28.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN