Sebab keADILan Kalah Di Indera Kayangan (2)
Oleh Ummu Natasya
SAYA tidak menyangka apabila saya kembali menulis di LR, sambutan yang diterima cukup memeranjatkan. Rata-rata memberikan sokongan, kecuali seorang dua, mengejek-ejek keADILan yang baru sahaja mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil Dun Indera Kayangan, 19 Januari 2002 lalu.

Seorang penyokong Umno mahu membacakan talqin buat keADILan. Baginya, keADILan sebuah parti yang sudah sakit. Dia lupa, yang sihat juga akan mati dan perlu ditalqinkan dan tidak semestinya “yang sakit” sahaja yang akan mati dan perlu ditalqinkan.

Bagi saya, LR masih mempunyai ramai pengikut setia. Langganan buku Siapa Benar (Penyelewengan PPRT) juga amat baik, lantas ada SB (bukan siput babi) cuba menyamar dengan memesan buku itu di samping kalendar bergambar Mahligai Dato’ Annuar Musa.

Saya cukup terharu apabila ada pandangan yang menyokong pendapat saya, boleh membaca akhbar arus perdana tetapi jangan percaya putar belit mereka. Ada penyokong Umno menulis; mahukan akhbar harian dijadikan tempat melihat keputusan empat nombor ekor. Saya tidak berhajat untuk membuat sebarang komen tambahan, cuma apa yang perlu diketahui ialah “betapa egonya mereka” apabila menang dalam pilihan raya kecil tetapi apabila mereka tewas di Lunas dahulu, macam-macam caci maki, fitnah dan tohmah mereka lemparkan kepada penyokong dan pendokong keADILan.

Saya ulangi sekali lagi, boleh membaca akhbar harian arus perdana tetapi jangan percaya berita dan laporan mereka. Sebenarnya orang-orang Umno dan para penyokong BN sendiri sedar mereka juga diperdaya. Namun, hati mereka sudah tertutup dengan kemewahan, rasuah dan kekayaan yang bertimbun. Mereka tahu ada RM40 juta wang PPRT diselewengkan. Wang itu untuk rakyat termiskin. Dakwaan ini bukan penyokong reformasi yang buat tetapi Tan Sri Abdullah Ahmad dan Dato’ Azmi Khalid yang membongkarkannya.

Apakah tidak ada sedikit pun rasa kecewa di hati para penyokong BN semua apabila mengetahui wang rakyat termiskin pun pemimpin mereka kebas? Apakah mereka tidak tahu, RM8 seunit saham MAS yang kerajaan beli dahulu masih gagal menutup hutang MAS hingga terpaksa MAS menjual asset dan menjual anak-anak syarikat mereka juga tidak memberi kesan kepada mereka?

Apakah tidak ada langsung rasa kecewa dengan dakwaan rasuah para Menteri Besar Umno hingga sanggup melihat orang Melayu menumpang di buni sendiri? Apakah rakyat sudah lupa bahawa KPRJ (sebuah syarikat tajaan Menteri Besar Johor) berhutang RM462 juta juga tidak memberi apa-apa kesedaran kepada rakyat semua?

Kita boleh pejamkan mata melihat kemasukan pendatang asing ke Malaysia dengan Abdullah Ahmad Badawi dan kuncu-kuncunya termasuk Dato’ Aseh Che Mat kaya raya dari komisen Bangladesh?

Siapa punya angkara hingga ada sejuta orang Indonesia di Malaysia kini jika bukan Tan Sri Megat Junid dan anak-anaknya yang memperniagakannya? Kini apabila berlaku rusuhan, Abdullah Badawi serta merta mengumumkan mahu menyekat kemasukan pendatang asing dari Indonesia dan dalam masa yang sama agen-agennya sibuk membawa masuk orang-orang Nepal, Thailand dan Myammar ke sini dengan komisen yang bukan sedikit.

Para penyokong dan pendokong keADILan, Pas, PRM dan DAP, usah bertelagah sesama sendiri kerana tugas menyelamatkan negara ini dari ancaman luar bukan terletak di bahu budak-budak Umno sahaja sebaliknya terletak di bahu kita yang celik dan peka. Budak-budak Umno hanya mahu berniaga buruh asing untuk mencari untung mudah tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak tahu negara ini dihancurkan kesan dari perbuatan mereka.

Gejala social, anak luar nikah dan pembunuhan yang saban hari berlaku adalah kesan dari kemasukan Bangladesh, India, Siam, Indonesia, Filipina dan macam-macam bangsa lagi ke Malaysia. Siapa yang melakukan perniagaan hamba abdi ini? Apakah ada orang-orang keADILan, orang-orang Pas dan orang-orang PRM yang melakukannya? Jawapannya tidak. Yang melakukan angkara ini ialah orang-orang Umno, orang-orang MCA dan BN. Mahu kita diamkan. Mahu kita menyokong mereka lagi? Mahu kita terpedaya? Mahu kita diperbodohkan saban waktu. Cukuplah. Tanamkan semangat untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum.

Baca buku Siapa Benar –Penyelewengan PPRT. Kita akan tahu betapa zalimnya manusia yang sanggup makan duit orang miskin hanya kerana mereka berada di dalam parti pemerintah. Mereka tahu walaupun polis menahan mereka tetapi pendakwaan tidak akan dibuat. Undang-undang dan mahkamah sudah dibeli oleh mereka yang berkuasa. Habis reman, mereka yang ditahan akan dilepaskan. Alasannya…bukti tidak cukup tetapi RM40 juta sudah lesap. Inilah kebanggaan budak-budak Umno.

Ummu Natasya 2002 - 25.01.2002
ummu_natasya@hotmail.com
 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!