Sumbang Mahram: 
Calon BN N 10 Bukit Melawati Ustaz Sayuti Menangis
Oleh UMNOPutera Ori

Calon Umno-BN DUN N10 Bukit Melawati Kuala Selangor, Ustaz Mohd Sayuti Said bukan sahaja terpaksa berdepan dengan musuh dalaman di kalangan Umno  Bahagian Kuala Selangor malah di masa yang sama begitu sukar untuk menjelaskan hal sebenar kepada para pengundi melibatkan dakwaan sumbang-mahram yang pernah dilakukannya.

Sumbang Mahram Sayuti – Mimi.
Kisah `percintaan` Ustaz Sayuti dengan adik ipar sendiri sudah diketahui umum sejak sekian lama. Tiada seorang pun kalangan keluarga terdekat Ustaz Sayuti yang berani menafikan perbuatan terkutuk itu tidak pernah berlaku. Sesetengah daripada mereka turut meyakini hubungan tersebut tetap berterusan sehingga kini.

Hubungan sulit Ustaz Sayuti dengan Mimi (nama manja adik ipar tersebut) mula tersebar kepada umum di malam pertama perkahwinan Mimi kira-kira 15 tahun yang lalu.

Pada malam tersebut Mimi telah meminta agar suaminya tidak tidur bersama sebaliknya menyuruh suaminya itu tidur dengan kakak beliau (isteri Sayuti). Mimi pula akan tidur dengan Ustaz Sayuti. Mendengar itu sisuami dikatakan amat terperanjat dan mendesak Mimi menceritakan perkara sebenar.

Tanpa malu Mimi menceritakan bahawa dia sudah lama menjalin hubungan sulit dengan Sayuti dan kakaknya sendiri maklum tentang itu. Akibatnya di malam itu juga sisuami telah menceraikan Mimi. Sejak itu sehingga sekarang Mimi tak pernah menikah lagi.

Sebelum peristiwa malam pertama itu tersebar luas, JKK Kg Bukit Badong dan AJK Masjid sudah pun bertindak beberapa kali terhadap Sayuti-Mimi, tetapi Sayuti amat cekap seringkali dapat memboloskan diri.

Fail Sayuti Mimi di JAIS
Isteri Sayuti Puan Jauhariah dikatakan terpaksa membiarkan skandal itu berterusan kerana takut ditinggalkan. Tatkala Mimi tinggal serumah dengan Jauhariah-Sayuti, perkara terkutuk itu diberitakan kerap berlaku tanpa sebarang halangan.

Secekap-cekap Sayuti menunggangi Mimi akhirnya kedua-dua pasangan haram itu terjebak. Pihak berkuasa pencegah maksiat JAIS difahamkan sudah pun memfailkan tuduhan untuk mendakwa mereka beberapa tahun lalu.

Ustaz Sayuti yang ketika itu merupakan AJK Umno Bahagian Kuala Selangor terselamat apabila terdapat campur tangan politik dari pihak atasan Umno Selangor dan Kuala Selangor yang mendesak JAIS menutup kes tersebut.

Mimi Setiausaha Sulit Sayuti
Mimi yang bertugas sebagai kerani kepada Dato' Sivalinggam bekas Adun Ijok juga selaku bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor amat ditakuti oleh kebanyakan ketua-ketua Umno Cawangan di DUN Ijok Kuala Selangor.

Perkara tersebut berlaku kerana :
1. Sayuti memberikan kuasa penuh kepada Mimi untuk menentukan jumlah yang perlu diluluskan kepada pemohon-pemohon wang peruntukan RM 1 juta setahun di sepanjang 1999- 2004 ketika Sayuti menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Mimi boleh menambah dan memotong setiap permohonan.
2. Mimi menentukan sama ada sesuatu keputusan yang melibatkan politik dan pentadbiran (termasuk projek-projek) Sayuti boleh dilaksanakan ataupun tidak.
3. Mimi akan menentukan siapakah di kalangan para pemimpin Umno cawangan yang setia ataupun tidak kepada Sayuti. Laporan Mimi diterima bulat-bulat oleh Sayuti walaupun kebanyakannya kurang tepat.
4. Kesimpulannya Mimi bertindak sebagai Setiausaha Sulit zahir dan batin kepada abang iparnya Sayuti.

Ustaz Sayuti sehingga kini tidak pernah membuat penafian secara terbuka terhadap skandal beliau dengan adik ipar sendiri. Menurut orang yang rapat dengan beliau,Ustaz Sayuti selalu mengeluh: “Bukan saya tidak boleh bertindak agresif sama ada di dalam mau pun luar parti,tetapi setiap kali saya ingin berbuat begitu saya amat takut hal saya itu didedahkan.”

Mimi pula kadangkala tidak malu-malu mengakui bahawa Ustaz Sayuti adalah boyfriendnya  sehingga bila-bila. Pengakuan itu dibuat kepada orang yang betul-betul rapat dengan beliau di antara Encik Shamsuri Daud Setiuasaha Peribadi Sivalinggam.

Shamsuri pernah bergaduh dengan Sayuti kerana berebutkan Mimi, tetapi hal itu kini senyap begitu sahaja.

Kalau Ustaz Sayuti takut untuk  bertindak agresif sama ada di dalam Umno atau hal-hal yang melibatkan rakyat kerana bimbang`skandal seksnya` akan didedahkan oleh musuh-musuh politik beliau,apakah anda semua masih menaruh harapan bahawa beliau mampu memainkan peranan sebagai wakil kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri?

Lagipun kalau diteliti rekod Sayuti ketika menjadi Ahli Parlimen 1999-2004,beliau banyak tidur daripada mengambil bahagian secara aktif di dalam perbahasan. Di peringkat politik Umno Bahagian pula Sayuti hanya bergantung kepada belas kasihan ahli sahaja,bila-bila beliau boleh disingkirkan oleh mereka yang pandai berpolitik.

Sayuti pernah `declare` dirinya bersih di hadapan calon parti lawan.

Sudah menjadi perbualan umum di kalangan Umno dan pembangkang bahawa Sayuti membuat pengakuan secara berdepan kepada Norman Toha calon lawan dari Pas bahawa diri beliau (Sayuti) bersih.

Norman Toha diberitakan hanya tersenyum sahaja mendengar pengakuan itu. Menurut orang-orang Norman Toha apa perlunya Sayuti membuat pengakuan tersebut sedangkan Norman dan Pas serta Keadilan tidak pernah menuduh Sayuti kotor.

Apakah yang mendorong Sayuti terpaksa membersihkan dirinya sedang tidak ada seorang pun yang menyuruhnya berbuat begitu ! Malangnya nasib Sayuti sudahlah dia dibuli oleh orang-orang Umno tertentu selepas itu pula terpaksa bertarung dengan skandal sumbang mahram yang terus diperkatakan orang. Nak pilih lagi ke pemimpin yang tak ada moral?

UMNOPutera Ori - 19.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN