Kematangan Politik Wanita
Mukaddimah

Apa erti pemilu bagi rakyat? Iklan-iklan tentang pemilu yang bertebaran di sela-sela rancangan tv, radio dan iklan-iklan di media-media lain juga di serata ceruk dapat menjadi representasi jawapannya dalam pemilu tempohari. Pemilu adalah kesempatan bagi rakyat dalam menentukan nasibnya di masa depan, iaitu dengan memilih pemimpin yang dapat membawa dan memperjuangkan aspirasi rakyat. Namun apakah setelah itu tugas rakyat dalam kancah politik akan berakhir? Atau justeru baru dimulai? Akan sulit bagi rakyat untuk menjawab pertanyaan ini tanpa tahu seperti apa seharusnya peranan politik yang dimilikinya. Dan sayangnya, justeru kondisi inilah yang masih dominan di kalangan rakyat. Terlebih lagi di kalangan Wanita.

Pendapat yang terbentuk di kalangan Wanita menunjukan kepuasan mereka dengan ditetapkannya anggota legislatif bagi Wanita. Padahal kalau kita kaji lebih dekat, adalah suatu pengakuan rendahnya kualiti politik Wanita. Kalau kualiti politik Wanita memang memadai, apakah perlu bantuan aturan kuota untuk  menduduki kerusi parlimen? Sudah sampai masanya rakyat, termasuk kaum Wanita, merenungkan kembali kesedaran politik yang dimilikinya agar tidak lagi terjebak dalam euphoria politik lima tahunan secara sia-sia.

Peta Politik Rakyat

Membaca kondisi politik umat Islam di Malaysia adalah ibarat membaca sebuah cerita tragedi. Betapa tidak. Dengan jumlah majoriti, hampir 60% dari seluruh penduduk Malaysia adalah umat Islam justeru seringkali dipinggirkan. Memang sebahagian besar penguasa beragama Islam, tetapi pada faktanya keperihatinan mereka terhadap umat Islam kurang sekali. Sebagai contoh, dalam masalah makanan halal.  Umat Islam dituntut oleh agamanya untuk hanya memakan makanan halal. Namun, pengusaha industri makanan sebahagian besar bukannya orang Islam. Bagaimana umat Islam akan mendapatkan jaminan kepastian halal, bila pemerintah tidak membuat aturan yang mewajibkan pengeluar hanya memproduksi makanan halal? Dalam masalah ini kerajaan tidak boleh berlepas tangan, menyerahkan masalah pada rakyat yang tidak punya kekuatan untuk memaksa pengeluar memiliki komitmen terhadap konsep halal.

Sayangnya, umat Islam sendiri tenang-tenang saja saat hak-haknya tidak dipenuhi oleh penguasa. Inilah cermin kesedaran politik yang masih rendah. Rakyat hanya berfikir untuk terlibat dalam politik saat pemilu saja. Setelah pemilu ? Rakyat seakan tidak memiliki alternatif lain dalam peranan politik kecuali menunggu pemilu lima tahun berikutnya.

Kekotoran politik yang terjadi di negara ini menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap amalan demokrasi. Mereka cenderung skeptis, dengan anggapan bahawa semua ahli politik adalah sama, kalau sudah duduk di kerusi kekuasaan akan lupa daratan. Generalisasi ini membuatkan rakyat tidak lagi memiliki gambaran seperti apakah ahli politik yang seharusnya. Kerana itu, mereka akan mendukung para ahli politik yang dapat memberi “bukti” nyata terhadap kesejahteraan hidup mereka. Misalnya, ahli politik yang membahagi-bahagikan wang, memberi derma, menyumbangkan majlis-majlis sosial, memperbaiki jalan, dan sebagainya. Para ahli politik yang menginginkan untuk terpilih akan mengikuti mekanisme ini. Dan untuk menutup modal yang mereka keluarkan, mereka akan korupsi lagi. Begitu seterusnya seperti lingkaran yang tidak jelas lagi mana hujung mana pangkal.

Munculnya fenomena semacam ini adalah wajar kerana majoriti rakyat masih beranggapan bahawa politik identik dengan kekuasaan. Aktiviti-aktiviti politik hanya dibatasi pada aktiviti untuk menduduki dan menumbangkan kekuasaan, aktiviti di dalam parti politik dan aktiviti sebagai anggota parlimen. Rakyat tidak memiliki gambaran lain tentang politik, yang utuh dan benar.

Semua permasalahan politik rakyat pada dasarnya tidak lepas dari proses kekurangan maklumat mengenai politik yang menjadi strategi bangsa-bangsa penjajah Barat. Rakyat dijauhkan dari aktiviti politik, termasuk dengan membuat berbagai fitnah terhadap sistem politik Islam. Kekhilafahan Islam diidentikkan dengan imperialisme, keterbelakangan, otoriterisasi sampai “pengharaman” gadis-gadis cantik. Akibatnya rakyat "buta" terhadap keagungan politik Islam, dan menganggapnya hanya sebagai sebahagian dari sejarah yang tidak mungkin diulang kembali. Padahal, di tengah berbagai sistem politik yang selalu gagal, baik sosialis mahupun kapitalis-demokrasi, Islam semestinya mampu menjadi alternatif terbaik.

Apakah rakyat masih tetap akan berdiam diri saja melihat kondisi ini? Apakah rakyat hanya mahu menjadi objek parti dengan imbalan beras, kain pelikat, wang dan seribu janji manis? Padahal rakyat seharusnya sedar kalau mereka hanya diperhatikan ketika menjelang pemilu?  Masihkah rakyat diam saja???  Lantas apa yang harus rakyat lakukan???  Jawapannya hanya satu iaitu rakyat harus matang politik!!!

Konsep kematangan politik ini, baik pada rakyat mahupun ahli politik, secara sempurna telah diatur dalam Islam. Namun sedikit sekali orang yang mahu menelaahnya, sehingga konsep yang mulia ini baru sekadar konsep, belum dijalankan secara nyata di kalangan rakyat oleh wakil rakyat-wakil rakyat Islam yang ada.
 
Politik dan Ahli Politik Dalam Islam

Secara etimologis, kata politik (saasa-yasuusu-siyaasah) bermakna mengurus, mengelola. Terma ini diambil dari sebuah sabda Nabi saw yang bermaksud seperti berikut:

“Sesungguhnya dulu yang mengurus keperluan Bani Israel adalah para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat muncul nabi yang lain. Hanya saja tidak ada nabi sesudahku, tetapi akan muncul para khalifah.” (HR Muslim )

Sementara itu, secara terminologis dari hadis di atas pula, yang juga disandarkan pada realiti sejarah kehidupan politik Rasulullah saw. Dan para khalifah sesudahnya, dapat diambil pengertian politik Islam (as-siyaasah al-islamiyyah), iaitu penanganan urusan umat, baik urusan dalam negara mahupun urusan luar negara, berdasarkan kaedah-kaedah syariat (Lihat : Abdul Qadim Zallum, Al Afkaar as-siyaasah, hlm. 7, Dar al-Ummah, Beirut : 1994)

Dari pengertian tersebut, nampak bahawa dalam Islam, kekuasaan itu diorientasikan semata-mata untuk melayani umat. Penguasa dalam Islam adalah pelayan umat(rakyat), bukan sebaliknya. Dengan pemahaman semacam ini, politik Islam bernilai luhur dan sakral, kerana ia merupakan bahagian integral dari agama. Berbeza halnya dengan politik yang berkembang saat ini yang kering dari nilai-nilai spiritual.

Sedangkan ahli politik dalam pandangan Islam adalah orang yang mengikuti dan terlibat dalam aksi-aksi politik serta memahami konstelasi politik internasional dalam rangka mengurusi kepentingan rakyat.  Pengertian ini berbeza dengan pemahaman yang ada tentang ahli politik, yang membatasi penyebutan ahli politik hanya untuk orang-orang yang aktif di dewan rakyat.

Seseorang yang hendak berkecimpung dalam politik tentu saja harus memiliki kesedaran politik yang tinggi. Kesedaran politik di sini bukan hanya bererti kesedaran terhadap situasi politik, berbagai peristiwa politik atau sentiasa mengikuti perkembangan politik, baik nasional mahupun internasional.  Namun kesedaran politik tersebut harus disertai dengan adanya sudut pandang tertentu yang digunakan dalam menilai, menstandard dan menyikapi suatu situasi atau peristiwa politik. Sudut pandang ini bagi seorang ahli politik muslim adalah akidah Islamiyyah.

Kesedaran politik ini akan mendorong seseorang untuk berbuat sesuatu saat ia melihat hal-hal yang melenceng dari koridor pengaturan urusan rakyat sesuai yang telah digariskan oleh syarak. Bila ia mampu menganalisis dan merumuskan dengan tepat sikap dan tindakan apa yang harus dilakukannya untuk meluruskan kembali penyimpangan tadi maka ia akan menjadi seorang ahli politik yang matang politik.

Kesedaran dan kematangan politik yang dimiliki oleh seorang ahli politik muslim, bukanlah sesuatu yang hanya disimpan hanya dalam hati saja. Kesedaran dan kematangan ini ibarat api, akan membakar semangat perjuangan pada diri pemiliknya, sehingga pemiliknya akan terus berjuang menghidupkan api kesedaran dan kematangan ini pada orang lain, termasuk pada sesama ahli politik.

Agenda Rakyat Pasca Pemilu

Dari penggambaran di atas, mulai dapat kita bayangkan apa yang harus dilakukan saat ini oleh rakyat.  Dalam Islam, rakyat diharuskan untuk matang politik, sama saja apakah dia lelaki ataupun Wanita. Ini dikeranakan Islam mewajibkan rakyat untuk melakukan muhasabah terhadap penguasa. Bagaimana rakyat dapat melakukan muhasabah, bila mereka tidak tahu apa dan bagaimana hukum Islam yang harus diterapkan oleh penguasa, apa hak-hak mereka yang harus dipenuhi oleh negara, dan bagaimana pemenuhannya?

Begitu pula rakyat memiliki kewajipan untuk melakukan pengkoreksian terhadap wakil rakyat dan undang-undang yang ada. Bagaimanapun, wakil rakyat dan undang-undang adalah representasi dari rakyat, dan umumnya, para pemimpin lahir dari sana.  Dengan demikian bila wakil rakyat dan undang-undang tidak mampu berfungsi sebagaimana mestinya, atau menyimpang dari aturan-aturan syarak, rakyat harus melakukan koreksi.

Kewajipan melakukan pengkoreksian ini berlaku umum bagi siapapun di kalangan rakyat. Rasulullah saw bersabda yang bererti:

“Siapa saja melihat penguasa yang menyimpang, yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, menguasai hamba-hamba Allah dengan dosa dan penganiayaan, dan ia tidak mahu mengubahnya dengan ucapan ataupun perbuatan, maka wajib atas Allah untuk memasukkannya pada tempat penguasa itu (neraka). “

Juga sabda Rasulullah saw:

“Siapa saja di antara kalian melihat kemungkaran, maka harus mengubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu, maka dengan lisannya. Apabila tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.”(HR Muslim)

Agenda rakyat tentu saja harus berjalan selaras dengan agenda wakil rakyat. Dalam hal ini rakyat harus punya kesedaran untuk mematangkan diri dalam politik. Dengan kematangannya, rakyat mampu bersikap kritis terhadap sistem dan memiliki dorongan yang kuat untuk berjuang bersama-sama wakil rakyat yang shahih mengembalikan sistem yang akan menjamin kehidupan mereka. Tidak hanya kehidupan dunia, tetapi juga akhirat mereka.

Bagaimana rakyat mematangkan diri dalam politik? Tentu, dengan mengikuti pembinaan yang berdimensi politik oleh wakil rakyat-wakil rakyat yang mereka yakin akan integritas perjuangannya, yakin akan kekuatan ideologinya, dan terutama, yakin terhadap kebenaran ideanya.
 
Pematangan Politik bagi Wanita

Wanita adalah bahagian integral dari rakyat. Usaha pematangan politik bagi rakyat, mencakup juga pematangan politik bagi Wanita. Namun kerana kesenjangan yang begitu besar antara kesedaran politik di kalangan lelaki dan Wanita, menyebabkan pembahasan pematangan politik bagi Wanita memiliki urgensi tersendiri.

Wanita di Tengah Perjuangan Rakyat

Kaum Wanita saat ini, sebahagiannya asyik dengan sinetron dan gosip, sebahagian terbuai oleh karier, dan sebahagian lagi kerja keras membanting tulang hanya demi sesuap nasi. Ada sebahagian kecil Wanita pejuang, namun kerana terlalu sedikit jumlahnya, seringkali tidak cukup merepresentasikan kehadiran Wanita di tengah perjuangan rakyat.

Wanita sebagai manusia memiliki potensi yang sama dengan lelaki. Kematangan dan kemampuannya menerima suatu kebenaran adalah sama. Kewajipan untuk berkecimpung dalam bidang politik pun sama, kerana ketika Allah menyeru hambaNya untuk melakukan aktiviti politik, tidak membezakan untuk lelaki atau Wanita.  Sebagaimana firman Allah yang bererti:

“Dan haruslah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan (Islam), mengajak kepada yang makruf dan melarang dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali Imran : 104).

Namun, secara tabiat, ada perbezaan antara lelaki dan Wanita. Wanita ditakdirkan untuk menjadi ibu.  Dia mengandung, melahirkan, menyusui, dan mengasuh anak, sesuatu yang tidak mungkin dilakukan oleh lelaki. Berangkat dari tabiatnya ini, Wanita memiliki peranan khusus dalam perjuangan umat.

Sebagai ibu, Wanita berperanan besar dalam melahirkan generasi yang akan memikul amanah perjuangan umat. Tanpa kesediaan ibu untuk mengandung dan melahirkan, melewatkan masa-masa sulit selama sembilan bulan, dilanjutkan masa-masa yang melelahkan sampai anak mampu mandiri; tidak mungkin akan ada generasi yang baru. Tanpa adanya jerih payah ibu untuk mendidik, menanamkan agama dan membentuk keperibadian Islam pada anak, tidak mungkin ada generasi berkualiti yang sanggup memimpin umat kembali pada kejayaannya.

Ibu yang memiliki kesedaran politik berpotensi besar untuk mencetak generasi yang lebih baik. Ini kerana ibu memiliki kepekaan untuk mengidentifikasi hal-hal yang membahayakan kelangsungan pendidikan anak. Rancangan-rancangan television yang menjerumuskan anak dalam gaya hidup hedonisme, permisivisme, syirik, dan menjauhkan anak dari ajaran agamanya boleh dideteksi dengan baik oleh ibu yang memiliki kesedaran politik tinggi. Begitu pula bahaya-bahaya yang datang dari lingkungan tempat tinggal, sekolah, dari media massa selain television, dan dari masyarakat, mampu ditangkap dan dianalisis, sehingga ibu seperti ini mampu untuk merumuskan langkah-langkah pengamanan yang berkesan dan tepat. Ibu tidak hanya merasa cukup dengan mematikan television, melarang anak menonton, melarang anak bergaul, dan langkah-langkah parsial individual lain, tetapi langkah-langkah ini disertai juga dengan langkah-langkah untuk mengubah kondisi yang ada. Membina masyarakat, membentuk opinion, dan menggalang dukungan terhadap langkahnya untuk melakukan amar makruf nahi munkar.

Begitu pula, ibu yang berkesedaran politik berpeluang lebih besar untuk dapat mencetak seorang ahli politik handal. Bagaimana tidak. Dalam setiap interaksinya dengan anak, ibu selalu memberikan wawasan, lebih banyak mengajak anak untuk melihat realiti dan menganalisisnya. Kebiasaan ini secara langsung mahupun tidak akan mengasah ketajaman pemikiran politik anak, sesuatu yang sangat vital bagi seorang ahli politik.

Terbentuknya peribadi-peribadi ahli politik yang hebat seperti ini, akan memudahkan proses pengkaderan yang dilakukan parti. Dengan demikian akan muncullah generasi ahli politik muslim yang berjiwa ikhlas, bersih, berani, pantang meyerah, dan mempersembahkan perjuangannya semata-mata untuk Allah dan ketinggian agamanya.

Wanita juga dapat memiliki peranan yang besar dalam pengembangan rakyat. Wanita, memiliki peluang dan kesempatan yang lebih untuk membina sesama Wanita. Wanita-Wanita yang terbina nantinya akan menjadi satu kekuatan besar dalam perjuangan umat, mengingat jumlah Wanita mencapai 51 peratus atau lebih dari keseluruhan penduduk Malaysia.

Sejarah mencatatkan banyak Wanita yang menorehkan tinta emas dalam perjuangan umat Islam, kerana telah ikut aktif dalam menyampaikan dan mengajak masyarakat kepada Islam. Di antaranya Fathimah binti Khathab yang berhasil menyentuh hati Umar bin Khathab untuk membaca syahadat dan selanjutnya menjadi singa pejuang Islam. Seorang Wanita yang tidak disebut namanya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari- Muslim, setelah bertemu Nabi Muhammad saw, mengajak keluarganya untuk masuk Islam. Keluarganya menerima dan masuk Islam. Saat kaum muslimin menyerang orang-orang musyrik di sekitar perkampungan Wanita tersebut, namun tidak mengganggu perkampungannya, Wanita tadi berkata kepada kaumnya,” Kukira orang-orang Islam itu membiarkan kalian secara sengaja (kerana ada hubungan baik antara dia dan kaum muslimin). Kerana itu, mahukah kalian masuk Islam ?” Ajakan Wanita itu diikuti kaumnya, lalu mereka masuk Islam.

Di Mekkah, seorang Wanita bernama Ummu Syuraik dari kabilah Quraisy masuk Islam. Saat itu kaum muslimin masih sedikit dan sangat lemah. Walaupun demikian Ummu Syuraik tetap berani berkunjung berjumpa Wanita-Wanita Quraisy yang lain untuk memperkenalkan dan mengajak mereka masuk Islam. Ketika warga Mekah mencium hal ini, mereka menangkap dan mengancamnya, “ Kalau bukan kerana kaummu, tentu kamu sudah kami hajar (diceritakan oleh Ibnu Hajar al Asyqalani dalam kitabnya Al Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah, jil. 4 hal 466.)

Dengan peranan strategis Wanita dalam perjuangan umat, pendidikan politik bagi mereka menjadi amat penting,  Pendidikan politik bagi Wanita, selain meningkatkan kematangan politik Wanita juga bererti mematangkan generasi yang mereka cetak. Demikian juga diharapkan dengan pendidikan politik bagi Wanita, mereka dapat berperanan lebih besar dalam memperjuangkan kepentingan umat dengan jalan yang shahih dalam pandangan Islam.

Target Pematangan Politik Wanita

Pendidikan politik bagi Wanita memiliki beberapa target, iaitu :

1) memberikan pemahaman yang benar tentang politik dalam pandangan Islam. Ini untuk menghilangkan kesan bahawa politik adalah wilayah yang “tidak ramah” bagi Wanita.

2) meningkatkan kesedaran politik Wanita. Ini bererti Wanita juga terlibat aktif mengikuti peristiwa-peristiwa politik, melakukan penelaahan, dan mengambil sikap dengan menggunakan sudut pandangan Islam. Tidak berbeza apakah Wanita tadi sudah berkahwin atau belum, apakah dia hanya ibu rumah tangga saja, Wanita karier, ahli politik, mahasiswi, cendekiawan ataupun ustazah. Wanita yang sedar politik, di manapun posisinya akan tetap sama. Dia tetap akan meluangkan waktu untuk mengikuti perkembangan peristiwa-peristiwa politik dan melakukan penelaahan. Dia selalu mempelajari, mengkaji dan mengikatkan diri terhadap akidah Islam dan hukum-hukum yang terpancar darinya ketika mensikapi suatu peristiwa politik. Dia tidak akan diam dan terlena dengan kondisi yang dihadapinya, tetapi kesedaran yang dimilikinya akan mendorongnya untuk terus berjuang, di manapun dia berada;

3) membentuk Wanita matang politik, iaitu Wanita yang selain sedar politik juga memiliki ketajaman analisis terhadap apa yang ada di sebalik berbagai peristiwa politik. Dengan demikian dia dapat menentukan langkah-langkah politis yang tepat dalam mensikapi suatu peristiwa politik.

Sebagai ilustrasi Wanita matang politik, saat terjadi larangan menggunakan jilbab di Perancis, dia tidak berpandangan bahawa masalah tersebut adalah masalah intern kaum muslimah Perancis. Dia sedar bahawa saat itu yang terjadi bukan semata-mata perbenturan antara Islam dan sekularisme, kerana dalam negara sekular, rakyat bebas menentukan apakah dia mahu berjilbab atau tidak. Negara tidak akan turut campur. Yang terjadi justeru adalah eliminasi ajaran agama, atau dengan istilah mereka “meredam fundamentalisme dan radikalisme agama.”

Dengan analisis seumpama ini, Wanita yang matang politik dapat menentukan langkah. Dia tidak boleh diam. Dia harus berjuang membantu saudara seakidah yang dizalimi penguasa Perancis. Namun dia tahu bersuara seorang diri tidak akan membawa hasil. Untuk menyampaikan pendapatnya, tentu dia harus mendatangi kedutaan Perancis dengan mengerahkan massa yang besar, agar pendapat tersebut didengar dan diperhatikan penguasa Perancis. Kerana itu dia akan bergabung bersama parti yang memiliki visi sama  terhadap masalah ini untuk menekan pemerintah Perancis agar mencabut larangan berjilbab.

Dorongan untuk berjuang pada Wanita yang matang politik memang mahu tidak mahu akan mengantarkannya pada perjuangan secara berjamaah. Pemahaman seperti ini berangkat dari kesedarannya akan beratnya perjuangan untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam. Kondisi umat yang masih awam, upaya dan rekayasa untuk mempreteli akidah dan ajaran Islam secara tersistematis oleh musuh-musuh Islam, tentu tidak akan dapat dia hadapi dan selesaikan sendiri. Kerana itu, target pematangan Wanita yang paling utama adalah membuat Wanita bergerak untuk ikut serta bergabung dalam gerbong perjuangan umat.

Di sini Wanita harus memilih, dengan parti mana dia harus bergabung. Yang jelas, parti tersebut haruslah parti berasaskan dan bertunjangkan Islam. Parti tersebut memiliki method perjuangan seperti yang digariskan oleh Rasulullah saw. Ikatan antara anggota parti adalah akidah Islam, tsaqofah parti adalah idea dan hukum-hukum Islam, dan parti tersebut semata-mata berjuang untuk memberlangsungkan kembali kehidupan Islam.
 
Strategi Pematangan Politik Wanita

Dalam usaha pematangan Wanita diutamakan strategi yang jitu, yang mampu menghantarkan kepada pencapaian target pematangan politik Wanita. Strategi tersebut adalah menjalin hubungan yang harmonis antara tiga komponen utama pelaku pematangan politik bagi Wanita iaitu penguasa, wakil rakyat dan rakyat khususnya kaum Wanita sendiri.

Penguasa, sebagai pemegang kekuasaan harus dapat memberikan suasana yang kondusif bagi terlaksananya pendidikan politik bagi kaum Wanita. Penguasa yang sedar politik akan melayani semua urusan dan kepentingan kaum Wanita dengan baik dan berlapang dada ketika mendapat kritikan dari kaum Wanita. Akan tetapi sudah sewajarnya jika kaum Wanitapun tidak sekadar hanya memberikan kritikan kemudian selesai. Akan tetapi kritikan yang membina dan turut memberikan solusi-solusi terhadap permasalahan yang terjadi. Dan ini hanya mungkin terjadi jika kaum Wanita matang politik! Demikian pula wakil rakyat yang ada. Tugas mereka sebagai representasi rakyat harus benar-benar dilaksanakan. Jangan sampai hanya peduli kepada nasib Wanita ketika menjelang pemilu dan lupa diri ketika kekuasaan sudah didapatkannya.  Yang terpenting untuk segera dilakukan oleh wakil rakyat adalah secara aktif memberikan pendidikan politik ditengah-tengah kaum Wanita. Baik sebelum mahupun sesudah pemilu.

Adapun kaum Wanita, mereka harus menyedari bahawa sudah saatnya mereka harus segera matang politik, dan tidak mencukupkan diri dengan urusan peribadi mereka. Kerana tanpa adanya kesedaran tersebut sampai bila Wanita akan bangkit dan bilakah Wanita dapat memberikan sumbagsihnya bagi kebangkitan kaum muslimin?

Dengan demikian jika keharmonisan ketika komponen di atas sudah tercapai, iaitu dengan difahaminya posisi dan tugas masing-masing serta saling membangun sinergisasi, maka pematangan politik Wanita pasti akan tercapai.

Method Pematangan Politik Wanita

Method pematangan politik bagi Wanita tidak lain adalah melalui pendidikan atau pembinaan politik. Pembinaan politik tersebut dilakukan oleh parti. Tujuannya, tentu saja untuk membuat rakyat khususnya Wanita matang politik dan memiliki kesedaran politik yang shahih. Saat ini, rakyat bukannya tidak memiliki kesedaran politik, namun baru kesedaran politik yang semu. Ertinya kesedaran politik rakyat  tidak berangkat dari pemahaman politik Islam dan Islam tidak dijadikan sebagai sudut pandangan yang digunakan dalam menilai berbagai peristiwa politik.

Sebagai contoh, dalam permasalahan DS Anwar, mahasiswa beramai-ramai melakukan demo menentang keputusan kerajaan yang tidak membebaskan DS Anwar dari pelbagai tuduhan. Tidakkah mahasiswa berfikir bahawa mahkamah hanya tunduk pada sistem yang ada? Selama sistem kita tidak berubah, selama itu pula para koruptor akan aman sentosa. Bukan mahasiswa yang harus berdemo, namun sistemlah yang harus kita rombak.

Pembinaan politik yang dimaksudkan iaitu membina individu ataupun kelompok Wanita dengan cara memahamkan mereka dengan pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam atau mengikuti peristiwa-peristiwa politik bukan sebagai teori yang abstrak. Kemudian, pemikiran dan hukum tersebut dikaitkan dengan berbagai peristiwa dan kejadian politik.

Setiap individu Wanita muslimah dan rakyat secara umum harus sentiasa mengikuti setiap peristiwa politik, bukan sekadar sebagai reporter yang haus berita dan akademisi yang rajin mengumpulkan informasi, tapi sebagai ahli politik yang mengamati berbagai peristiwa dari sudut pandangan yang khas, iaitu Islam, untuk selanjutnya menilai dan mengkaitkannya dengan peristiwa dan gagasan lain, atau dengan aksi-aksi politik yang terjadi.

Contohnya ketika kita akan membukakan mata rakyat yang masih buta politik, bahawa saat ini kaum muslimin memiliki kesedaran yang rendah terhadap manuver musuh-musuh Islam dari negara-negara penjajah, kita dapat menjelaskan kepada mereka bahawa wajib bagi setiap muslim untuk mengetahui gerakan-gerakan musuh-musuh Islam dari negara-negara penjajah tersebut. Mengingat musuh-musuh Allah tersebut akan sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam sebagai agama yang kaffah dan kaum muslimin. Bahawa musuh-musuh Islam akan terus berusaha keras untuk mempetahankan kekuasaan (dominasi) mereka terhadap kaum muslimin. Sehingga mereka tetap menjajah kaum muslimin dan menyebarluaskan kehancuran di tengah-tengah kaum muslimin.

Contoh nyatanya adalah kempen “Perang Melawan Terorisme” yang dicanangkan oleh AS. Tidak sedikit kaum muslimin yang ‘termakan’ propaganda AS ini. Kerana terorism sering dikaitkan dengan syariah  Islam dan Daulah Islam, kaum muslimin sendiri menjadi alergi terhadap syariah dan Daulah Islam. Lebih jauh lagi kaum muslimin rela diintervensi negaranya atas dasar kerjasama melawan terorisme. Kondisi ini sangat membahayakan Islam dan kaum muslimin sendiri. Jatuhnya Iraq, Afganistan, Palestine, Chechnya secara gampang adalah akibat kelalaian kaum muslimin dalam berpolitik.

Pembinaan politik yang berlandaskan ideologi dan aktiviti-aktiviti politik seperti di ataslah yang akan menghantarkan terciptanya kesedaran politik dalam diri kaum Wanita. Hal ini harus menjadi perhatian bagi para pendidik umat seperti Majlis Taklim, pengurus remaja masjid, dan kelompok-kelompok pengajian lainnya. Material-material kajian harus ditelaah ulang sehingga tidak hanya membahaskan kajian-kajian yang bersifat individual saja tapi semua material harus mengarah kepada terbentuknya kematangan politik di tengah-tengah umat. Jika kesedaran politik ini terus ditingkatkan dengan mengikuti pembinaan politik yang berkesinambungan tentu akan segera melahirkan Wanita-Wanita yang matang politik. Selain itu dengan pendidikan politik yang berkesinambungan pada rakyat, maka dukungan terhadap aktiviti wakil rakyat akan lebih kuat. Opinion umum tentang penerapan syariat Islam akan membuat rakyat bergerak bersama-sama untuk menuntut pemberlakuannya. Inilah yang kita kenali sebagai peoples' power, yang telah terbukti memiliki kekuatan besar dalam merevolusi sistem yang ada.
 
Khatimah

Dari huraian di atas jelaslah bahawa begitu banyak agenda yang harus dikerjakan pasca pemilu, baik oleh penguasa, wakil rakyat mahupun rakat secara keseluruhan. Dan agenda tersebut memerlukan kesunguhan dan keseriusan dari semua pihak. Yang jelas saat ini yang harus kita sedari adalah, bahawa  keperluan yang amat mendesak untuk sesegera mungkin melakukan pembinaan politik secara maksimal di kalangan rakyat, yang darinya akan lahir sejumlah besar ahli politik muslim/muslimah yang penuh inisiatif. Selain itu juga harus dilakukan pembudayaan politik di kalangan rakyat. Iaitu menyampaikan dakwah ke seluruh dunia dan menyebarluaskan pedoman hidup (petunjuk) kepada seluruh umat manusia. Dengan demikian usaha pematangan politik umat khususnya kaum Wanita dapat segera tercapai.

- Ummu Solehah Abdullah - 08.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN