Ilmu Berdebat Daripada Al-Quranul Karim
Assalamualaikum wm. wb.

ISU: Manusia telah kami jadikannya daripada sperma, maka bilanya dia (lelaki) telah menentang terang–terangan, pula mencampakkan kami (menumbuk / memukul meja), pula melupakan penciptaannya, katanya: (soalannya berbunyi)

 “Siapa yang dapat menumbuhkan daging–daging sedemikannnya ia TULANG–TULANG BERSERAKAN ??”

JAWAPAN
ANALISIS KALI PERTAMA

PEMBUKAAN HUJJAH
• KATAKANLAH: MENGHIDUP-TUMBUHKANNYA Yang Maha Berkehendakkannya seawal ketika (once a time), pula dia dengan hasil cipta-Nya Maha Mengetahui.
 
ISI I: analogi untuk menimbulkan ketakutan terhadap Neraka

• YANG telah menjadikan daripada pohon hijau itu API, maka kemudiannya daripadanya kamu berdiang.

ISI II : analogi untuk memberi peringatan

• ADAKAH demikian tidak sekali–kali yang telah menciptakan langit-langit dan muka–muka bumi dengan “ketentu-ukuran” (bi Qa~dirin) seperti ke atas diciptakan kamu semua..?

ISI III : “BACK–FIRE” di PENGGULUNGAN untuk dirasakan kekerdilan di sisi Tuhan dan membersihkan semula nama Tuhan sambil memaklumkan kuasa dan kehendak Tuhan.

• BAHKAN ! Dan Dia Pencipta yang telah menciptakan lagi Maha Mengetahui. Maha Suci siapa yang urusanNya apabila dia menghendaki sesuatu hanya dengan mengatakan “KUN” maka menjadilah.
 
PENUTUP : tasbih serta mengagungkan Tuhan
 
• Mahasuci yang dengan tangannya menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan .

ANALISIS KALI KEDUA
 
( KAEDAH SATU ISI SATU PERENGGAN )

PERENGGAN PEMBUKAAN : MENJAWAB SIAPA ?

KATAKAN : *menghidupkannya Yang Maha Berkehendakkannya seawal waktu. Dan Dia Maha Pencipta Makhluk & Yang Maha Mengetahui.

*memulakan dengan hanya satu perkataan bagi kesinambungan kepada soalan, kemudian terus menyebut nama dan sifat Tuhan: Yang Maha Berkehendak, Maha Pencipta (al-Khaliq) dan Maha Mengetahui (al – Aliim)

ISI 1:  PERENGGAN II : MENJAWAB BAGAIMANA?

*dengan cara yang sama seperti menumbuhkan pohon hijau daripada ranting terpatah (teori kebangkitan semula)

 ISI 2 ; PERENGGAN III : MEMBERI TAKUT : API !!?

*sebagaimana kamu bakarkan kayu untuk berdiang panaskan badan, Tuhan lebih daripada itu dan mudah sekali bagi-Nya untuk membakar kita.
*menyamakan orang yang bertanya dengan pokok yang tiada akal (sindiran tajam)

ISI 3 ; PERENGGAN IV
 (PENGGULUNGAN) : PERTANYAAN BALAS
*Adakah sekali-kali tidak??yang telah menciptakan langit dan bumi …

 :"BACK-FIRE" DAN PENEGASAN

* BAHKAN !DEMI …Dia Maha Pencipta Makhluk malah Maha Mengetahui ,……Maha Berkehendak (Kun Fa yaKun) iaitu menegaskan semula nama – sifat Tuhan yang telah disebut pada perenggan awal.
 
PENUTUP & KESIMPULAN:
 
* Ucapan tasbih seraya menyimpulkan :- Tuhan berkuasa mutlak di tangannya sambilnya menambahkan lagi satu nama iaitu al–Malik ( MaLaKaatu), Dia Maha Menguasai segala sesuatu, dan akhir sekali mengingatkan bahawa kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.
-wallahu a’lam-

Umar Sadiq - 05.05.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN