Artikel Terbitan Semula - Tarikh siaran asal: 13.08.2001 - SILA CETAK & EDARKAN -
Najib anak Tun Razak Pembelot
dan Pengkhianat Bangsa
Oleh DonMontoya

Dulu, Kini dan Selamanya adalah slogan pembohongan UMNO (baru) yang digunakan untuk menagih sokongan orang orang Melayu dan untuk terus berkuasa. Slogan ini hanya dicipta di zaman mahathir menjadi menteri Perdana. Segala bentuk pembohongan dilaungkan oleh UMNO kepada orang Melayu. Kononnya UMNOlah yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya dari penjajah Inggeris… Memang diakui benar, UMNOlah yang memperjuangkan hak hak orang Melayu… Memang diakui benar, UMNOlah yang memperjuangkan agama Islam… Memang diakui benar. Semuanya diakui benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Semua yang diperjuangkan oleh UMNO adalah di zaman pemerintahan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, di zaman Allahyarham Tun Hussain Onn menjadi Perdana Menteri. Kemurnian hati dan nurani (kata kata ayoyo samy) mereka ini semasa menjadi Perdana Menteri tidak dinafikan. Segala apa juga perancangan dan tindakan yang hendak dibuat dan diambil akan dibincangkan dengan panjang lebar demi untuk rakyat. Malah pandangan dan pendapat dari parti pembakang juga dipertimbangkan dan diterima-pakai. UMNO yang diasaskan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar pada 11 Mei 1946 telah lama dikenakan hukuman haram sampai mati. UMNO asal dan asli telah lama dihukum mati oleh mahathir pada tahun 1987.

UMNO yang melaungkan slogan Dulu, Kini dan Selamanya adalah UMNO (Baru)A yang didaftarkan pada tahun 1987, yang diasaskan oleh mahathir anak seorang benggali keturunan kutty. Mahathir hendakkan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia membaca sejarah UMNO dikemudian hari semasa dia telah berada di atas sana (angan-angannya selepas mampus kelak) bahawa UMNO yang ada (jika masih wujud lagi pada masa itu) diasaskan olehnya. Tanpa merasa rendah pekerti dan besar kemaluan, mahathir dan UMNO (Baru)A masih terus melaungkan  jasa jasa yang dibuat oleh UMNO Almarhum dan Almarhum Perdana Perdana Menteri yang sebelumnya.

Dulu, Kini dan Selamanya adalah slogan UMNO (Baru)A, UMNO yang  mengkhianati Raja Raja Melayu, UMNO yang  mengkhianati Adat Istiadat Melayu, UMNO yang mengkhianati orang melayu, UMNO yang  mengkhianati Islam, UMNO yang mengadaikan maruah wanita wanita bangsa melayu, UMNO yang sanggup membiarkan wanita Melayu dan wanita Malaysia dinodai oleh bangsa lain hanya kerana kepentingan wang. Sungguh malang bagi UMNO dan orang Melayu kerana orang orang UMNO yang sentiasa melaungkan slogan slogan tradisi membela rakyat, sebenarnya adalah pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Naluri manusia di dunia ini walau apa juga bangsa dan fahaman agamanya, oleh kerana ingin menjaga maruah bangsa dan harga diri, sekiranya telah melakukan kesilapan dan kesalahan akan sedar dan insaf juga disuatu masa tetapi UMNO dan ulat ulat taik UMNO tidak mempunyai perasaan ini. Menjadi pemimpin hanya untuk menipu dan memeras rakyat. Menjadi pemimpin hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Kesilapan dan kesalahan oleh datuk nenek bangsa Jepun dulu telah membuatkan anak cucu mereka berusaha sedaya upaya untuk menebus segala dosa dosa generasi datuk nenek mereka yang lalu. Maka itulah Nakahara Michiko, Pensyarah dan Penyelidik di Universiti Waseda telah mendedahkan tentang ‘comfort women’. Wanita dan gadis yang dipaksa menjadi buruh seks paksaan semasa pendudukan Jepun di Malaya pada masa perang dunia kedua dulu. Pendedahan melalui kertas penyelidikannya yang bertajuk ‘Comfort Women in Malaysia - The Testimony of the Women’s International War Crimes Tribunal 2000, Tokyo’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Rabu 7 Ogos 2001 telah mengambarkan kepada kita kebenaran dan kebatilan kepimpinan UMNO dan BN sekarang ini.

Pendedahan oleh wanita Jepun ini sesungguhnya menyayatkan hati dan amat terasa kesal jauh disanubari kerana segala usaha usaha untuk menegakkan keadilan dan meringankan kesengsaraan yang ditanggung lebih dari 58 tahun oleh 3,500 wanita Malaysia yang masih hidup dan terselamat dari keganasan tentera Jepun, telah dikhianati oleh UMNO, pengkhianatan yang dilakukan oleh Najib Tun Abdul Razak yang pada masa itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri Pertahanan. Sungguh kita tidak menyangka ‘bapak borek anak tidak rintik’. Hanya kerana mengikut kemahuan dan cita rasa kepimpinan berhati serigala, Najib sanggup menodai hati nurani dan maruah keturunannya dan bapaknya yang amat disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia. Tidak layak samasekali rakyat Malaysia ini menyebut namanya berbinkan bapaknya. Bagaimanakah perasaannya jika nenek dan emaknya yang mengalami peristiwa dan kesengsaraan seperti yang dideritai oleh wanita wanita mangsa hamba seks tentera Jepun.

SEDUTAN DAN DIALIH BAHASA

Nakahara Michiko memaklumkan ‘Najib selaku Ketua Pemuda UMNO telah mengarahkan Mustapha Yaakub, Ketua Biro Antarabangsa Pemuda UMNO supaya tidak menghadiri untuk membangkitkan isu wanita Malaysia hamba seks tentera Jepun (‘Malaysian comfort women’) di Persidangan Hak Asasi Kemanusiaan di Austria pada tahun 1993’.

Nakara juga mendakwa ‘Najib telah menerima panggilan dari Kedutaan Jepun yang memaklumkan kepadanya (Najib) supaya tidak membangkit isu wanita Malaysia mangsa hamba seks tentera Jepun di Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu itu’.

‘Najib telah mengaku kepada seorang pemberita akhbar dari Asahi Shimbun yang dia telah mengarahkan Mustapha daripada menghadiri untuk menyerahkan lapuran di persidangan tersebut dengan alasan pada pandangannya (Najib) isu wanita Malaysia mangsa hamba seks tentera Jepun tidak dapat dibuktikan’ kata Nakara lagi.

Isu hamba seks tentera Jepun telah dibangkitkan semasa satu persidangan Jawatankuasa Penyiasatan Antarabangsa berhubung Jenayah Perang Jepun yang diadakan di Kathmandu, Nepal dalan bulan Oktober 1992.

Mustapha juga telah dikatakan menerima panggilan telefon dari kedutaan Jepun yang memaklumkan kepadanya bahawa bayaran ganti rugi antara dua kerajaan telah diambilkira.

Mustapha sebaliknya telah merancang untuk menghadiri Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu tersebut secara individu untuk menyampaikan laporan hasil dari maklumat yang dikumpulkan selama empat bulan berkaitan pencabulan terhadap Malaysia (Malaya di masa itu) semasa pendudukan tentera Jepun dari tahun 1942 hingga 1945 tetapi Najib telah menahan maksud beliau itu.

Nakahara yang telah telah menemuduga beberapa orang wanita Malaysia mangsa hamba seks tentera Jepun dan menjelaskan bahawa maklumbalas penampilan yang ramai dari mangsa mangsa kepada Mustapha adalah hasil dari kempennya kerana dia (Mustapha) ialah AJK Biro Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia.

Kata Nakahara ‘Rakyat Malaysia percaya bahawa Kerajaan mereka telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan masaalah dan mendesak permohonan maaf dan bayaran gantirugi dari Kerajaan Jepun’

‘Untuk kali pertama selepas peperangan berakhir. Generasi tua telah mula meluahkan segala perasaan dan kesengsaraan yang terpendam lebih setengah abad dan mula menulis pengalaman pahit yang dirahsiakan’ kata Nakahara lagi

Nakahara menyatakan ‘berikutan dengan usaha Mustapha, MCA juga telah menyeru supaya mangsa perang Jepun untuk tampil kemuka dan diantaranya surat surat maklumbalas dari tiga wanita Malaysia yang ditawan oleh tentera Jepun yang memaksa mereka menjadi hamba seks’. ‘Walaubagaimanapun Ketua Biro Aduan MCA, Micheal Chong telah dijemput makan tengahari oleh sesaorang dari Kedutaan Jepun dan telah diberitahu cerita yang sama tentang tuntutan pampasan. Dia kemudiannya membatalkan penyiasatan’

Begitu patuh sekali Najib dan Kerajaan UMNO menerima arahan hanya dari kedutaan Jepun sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa dan wanita negara sendiri. Persoalan yang ingin kita bangkitkan ialah adakah kerajaan UMNO/BN dan/atau Najib telah membuat satu rundingan sulit dengan kerajaan Jepun dalam isu ini. Mungkinkah kerajaan UMNO/BN dan/atau Najib ada/telah menerima sebarang pampasan dari kerajaan Jepun secara sulit dan tidak melansungkan bayaran pampasan tersebut kepada wanita wanita mangsa hamba seks tentera Jepun yang terlibat. Jika ini berlaku maka kerajaan mahathir telah mempergunakan kesengsaraan wanita wanita negara ini untuk mendapatkan wang dengan cara menjual maruah wanita wanita bangsa Malaysia. Layaklah kerajaan mahathir diberikan gelaran sebagai ‘Kerajaan Bapak Ayam’.

Semua negara yang pernah menjadi mangsa jenayah perang Jepun seperti Korea, China, Vietnam dan Negara Negara Asia Tenggara lain kecuali Malaysia telah mengambil langkah-langkah mengemukakan laporan dan tuntutan pampasan bagi pihak rakyat mereka yang terlibat. Bagi wanita Malaysia baik yang terlibat menjadi mangsa ataupun tidak, inilah tahap di mana dan setakat mana kejujuran kepimpinan UMNO/MCA/MIC dan BN yang sentiasa melaungkan dalam setiap musim pilihanraya ‘Tradisi Membela Rakyat’.

Beginilah lemah sekali pendirian Najib yang pada masa itu menjadi Menteri Pertahanan dan sekarang sekali lagi dia menjadi Menteri Pertahanan. Kita tidak tahu atas sebab musabab apa yang membuatkan Najib mengambil keputusan yang sedemikian. Adakah kerana arahan dari mahathir yang menjadi kepala kabinet taiknya, adakah kerana terdapat unsur unsur rasuah dari Kerajaan Jepun atau pemimpin pemimpin Jepun yang memang terkenal dengan kaki pemberi dan penerima rasuah. Adakah kerana hendak menjaga hati kerajaan Jepun disebabkan ‘Dasar Pandang KeTimur’ yang dibolehkan oleh mahathir, adakah kerana pelaburan Jepun yang dianggap besar di Malaysia, adakah kerana bayaran pampasan jenayah perang Jepun sudah dimasukkira kedalam mana bentuk faedah randah pinjaman yen Jepun yang digilakan oleh mahathir. Seribu satu persoalan dan dseribu satu jawapan yang hendak ditanya dan hendakkan jawapannya.

Kekesalan kita ialah jika beginilah kelemahan jatidiri yang ada dalam diri Najib sebagai Menteri Pertahanan, apakah kita boleh mempercayai dan mengharapkan keselamatan negara ini terjamin dari dijual dan digadaikan serta diberi laluan mudah untuk dijajah oleh mana-mana negara yang ada mempunyai niat menjajah seperti yang selalu dilaungkan oleh mahathir kepada rakyat negara ini, dalam semua ucapannya di apa juga majlis dan terutamanya dalam ucapan perhimpunan agung UMNO yang berslogankan ‘Dulu, Kini dan Selamanya’ dan dengan ‘Tradisi Membela Rakyatnya’. (Lebih tepat, 'Tradisi Membelot Rakyat' - WM)

Jika Najib merupakan seorang yang bermaruah dan anak yang menjaga maruah keturunannya dan merasa bangga dengan kepimpinan serta kejujuran bapaknya, Allahyarham Tun Abdul Razak, seorang negarawan berjiwa rakyat, adalah baik dan elok baginya meletakkan jawatan dan bertanggungjawap keatas segala usaha menuntut keadilan atas penderitaan dan kesengsaraan wanita wanita Malaysia mangsa hamba seks tentera Jepun yang telah dia khianati. Semua rakyat Malaysia sudah mengiktiraf Najib sebagai PENGKHIANAT KEPADA WANITA MALAYSIA, PENGKHIANAT BANGSA, PENGKHIANAT NEGARA. ‘SHAME ON YOU NAJIB

DONMONTOYA 13.8.2001


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!