Artikel Terbitan Semula drp Laman Fitnah e-Umno (FeU)

Artikel ini adalah merupakan Koleksi dalam siri YTDT - Siri 16
LUNAS: Oh, Banyaknya Hutang Lama....!!!!!!


Sesiapa yang memasukki pintu tol pertama daripada Butterworth untuk ke Lunas diharap dapat perhatikan tepi jalan di sebelah kiri sebaik sahaja selesai membayar harga tol sebanyak 1.10 sen. Sebaik sahaja gear kereta dimasukkan ke nombor 'dua' kita akan nampak satu papan tanda peringatan hadlaju yang bertulis '80 ksj'. Ini bererti had laju yang mesti kita ikuti ialah 80 kilometer satu jam. Tetapi, kalau kita ulang nombor satu sehingga sepuluh, belum pun selesai hitungan itu ada pula satu lagi papan peringatan had laju yang bertulis '90 ksj'. Saya telah menunjukkan perkara ini kepada teman-teman dan inilah yang tentunya menjadi iktibar kepada keadaan pemerintahan di negara ini. Bertepatan dengan penulisan yang dirujukkan kepada perjuangan rakyat marhaen kita perlu mengambil beberapa contoh tempatan untuk dibuat kiasan.

Apabila ada dua papan tanda menunjukkan peringatan had laju diletakkan secara bahu-membahu dan besaingan pada satu jalan, ia tentu mengimbau ingatan kita kepada cara negara ini sedang diperintah sekarang ini. Selama ini kita mmeberikan kuasa besar yang terlalu lama kepada Barisan Nasional pimpinan seorang diktator tua yang enggan bersara. Selama itu pula kita didera, disiksa, diseleweng dan dinafikan segala hak untuk bersuara bebas mengikut hukum-hakam alam semulajadi. Alangkah aibnya perkara ini sedangkan Mahahtir bin Mohammad dan para insan yang diiktiraf sebagai Yang Berhormat 'YB' itu berada di tampuk kuasa sebagai wakil rakyat dan tidak lebih daripada itu. Alangkah semakin azabnya hidup ini kalau pergerakan kita  perlu mengeluarkan wang untuk membayar apa yang dikatakan harga tol, sedangkan kenderaan yang digunakan itu sudah pun membayar cukai jalanraya dan selalu diselenggara untuk menentukan kualitinya dengan cara mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM? Alangkah senaknya kalau perjalanan di lebuhraya itu tertahan kerana kita terlebih laju daripada yang dihadkan, sedangkan para wakil rakyat dan raja-raja dibolehkan bergerak laju sehingga menggila?

Lenyapnya Demokrasi Yang Dijanjikan

Siapakah yang dapat menyangka bahawa sistem demokrasi yang dijanjikan oleh Mahathir Mohammad selama ini telah bertukar rupa jauh bezanya. Sehinggakan demokrasi yang bererti kebebasan untuk menepati hukum-hakam hak asasi manusia sejagat itu telah dinodai dan diliwat sewenangnya oleh Mahathir dengan menggunakan segala tipu helah? Cuba perhatikan perkara di bawah ini:

a) Sistem perundangan negara sudah menjadi lebih hina daripada sistem perundangan komunis. Hakim, peguam dan majistret boleh dirasuah untuk mengatakan tidak relevan, tidak relevan..., menghina mahkamah (contempt of court)......bersalah...bersaalah.....!!!! sedangkan fakta yang orang yang dituduh menunjukkan beliau tidak pun bersalah. Sekaligus, sistem penghakiman negara adalah laksana satu sarkas di mana segala putarbelit minda, hipnotisme, putarbelit fakta menjadi mainan utama. Kerana itu tilam yang tidak patut dijadikan bukti pun boleh diusung setiap hari sebagai pengingat minda yang sudah lama diputar-putar. Martabat polis sudah tidak membawa makna yang mulia lagi kerana ini juga.

b) Kedaulatan raja-raja sudah menjadi satu lelucon rakyat sehinggakan setiap kali Khatib membacakan doa meminta Allah memanjangkan umur warga istana, ramai orang Islam yang sengaja menekupkan tangan mereka ke muka ataupun meletakkanya di pangkuan, kerana tidak mahu terlibat dalam  permohonan itu. Begitulah marahnya rakyat kepada warga istana masakini sehinggakan ramai rakyat biasa yang mempunyai nama 'raja' di pangkalan namanya sanggup menyorokkan gelaran itu. Sikap ini  berlaku apabila rakyat sedar warga raja sengaja memperlekehkan memorandum rakyat yang diserahkan dulu dan sanggup 'bersekongkol' dengan seorang  perdana menteri yang tidak lagi bersifat mewakil rakyat secara keseluruhannya dengan sah.

c) Taraf hidup yang sungguh meninggi kerana keadaan ekonomi yang semakin menggila. Gaji tahunan dinaikkan sebanyak 10 persen tetapi barang makanan dan kos khidmat sudah pun naik melebehi 45%.

d) Buku sekolah dan kos pendidikan yang sudah naik hampir dua kali ganda berkemungkinan menjadikan masyarakat negara ini yang lebih mementingkan perut yang kosong daripada pelajaran. Orang Melayu dan India,  akan menjadi satu bangsa dan kaum yang akan terus hidup bergantungkan kepada subsidi. Orang Cina yang memang lama pintar berniaga akan merasakan ruang niaga bebas akan terus terkongkong kerana kuasa membeli orang Melayu dan India sudah semakin mengecut.

e) Ketaksuban Mahathir membina projek besar-besar dengan tidak menghiraukan implikasi beban hutang kepada rakyat marhaen akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang muflis, sebelum Mahathir menghembuskan nafasnya lagi. Hampir semua projek besar-besar itu menguntungkan Mahathir dan keluarga serta para kroni. Hampir semua projek besar itu tidak memberi faedah jangka panjang kepada rakyat. Hampir semuanya tidak memberi ruang untuk rakyat mempelajari ilmu dunia dan teknologi baru secara besar-besaran. Kita masih memerlukan tenaga asing untuk mengendalikannya.

f) Untuk terus berkuasa, Mahathir akan terus berbohong kepada dunia dan juga rakyatnya. Dunia tidak hiraukan Mahathir tetapi Mahathir sengaja cuba menonjokan dirinya sebagai pemimpin yang berwibawa. Contoh yang terbaik ialah LID (Langkawi International Dialogue). Pada asasnya projek ini adalah satu projek haprak untuk menghabiskan wang rakyat marhaen. Apa yang Mahathir cuba lakukan ialah melancarkan projek yang sepatutnya dilakukan oleh agensi besar dunia seperti FAO, WHO, Bank Dunia, IRB, dan sebagainya. Berapa ramaikan pemimpin negara maju yang muncul dalam LID yang terbaru? Tidak ada seorang pun pemimpin negara ASEAN yang sanggup menerima jemputan itu (Gus Dur hantar wakilnya sahaja). Apakah itu dikatakan satu forum bertaraf dunia? Kalau setakat membayar kos penginapan dan penerbangan pemimpin  negara miskin yang tidak pun mampu membayar balik hutangnya kepada Bank Dunia dan Negara Peminjam lain apakah yang boleh diharapkan daripada sumbangan mereka?   Apakah keputusan LID dapat diterima oleh Kumpulan G-7 dengan senang hati?

Di Langkawi baru-baru ini, Mugabe terjatuh di depan bilik tidurnya dan memerlukan lapan jahitan. Kepada orang Afrika ini adalah satu alamat yang paling sial. Memang pun, Mugabe sudah lama dianggap sebagai seorang  pemimpin sial, yang banyak bertahan kerana ada subsidi daripada sini.

Pemimpin  Russia yang terbaru  A. Putin bersama rombongannya mengalamai kemalangan jalanraya dalam perjalanan untuk melancong ke Melaka. Apakah yang ada pada Melaka yang tidak ada di Russia sehingga kita mesti berbelanja besar memberikan kepuasan kepadanya?

Tidak ramai rakyat marhaen yang sedar betapa Langkawi International Dialogue itu adalah satu pembaziran secara terang-terangan. Cuba lihat dulu siapakah yang menyertainya daripada Malaysia daripada golongan korporat? Adakah mereka golongan korporat yang memang terkenal kerana kejayaan mereka tanpa sebarang subsidi? Tajuddin Ramli ditonjolkan sebagai ahli korporat terulung negara tetapi cuba tunjukkan mana satu projeknya yang berjaya? Kini, sahamnya dalam MAS mahu dibeli dengan harga tiga kali ganda daripada harga yang sebenarnya. Dengan apakah kerajaan membeli saham itu kalau bukan dengan wang rakyat. Mahathir dikatakan amat bertegas mahukan wang Lembaga Tabung Haji digunakan untuk tujuan ini. Patutkah perkara itu berlaku sedangkan ini bererti penyelewengan terhadap kepercayaan rakyat.

Untuk menggunakan wang yang tersimpan di LTH, Mahathir telah melantik seorang pengerusi baru ke situ. Beliau adalah manusia yang sama yang kini menjadi pengerusi Pos Malaysia. Apakah maknanya ini, kalau bukan menentukan segala kerja busuk menggunakan wang rakyat di Pos Malaysia akan diselaraskan dengan wang rakyat di Tabung Haji. Apakah kepakaran Pengerusi baru Tabung Haji itu yang tidak dimilikki oleh Melayu lain sehingga memungkin beliau memegang dua jawatan pengerusi bagi dua institusi yang besar? Kita dapat membacannya bahawa kelulusn terulung yang ada padanya ialah menjadi Tukang Sanggup semata-mata.

Kita diberitahu selalu bahawa LID adalah satu forum 'smart partnership' di antara kerajaan dengan pihak swasta. Apakah Mahathir mahu membohong rakyat di negara ini bahawa di seluruh negara Afrika (melainkan ada kecualian yang kecil seperti di Afrika Selatan), kerajaan adalah swasta dan swasta adalah kerajaan? Di Afrika disebabkan ekonominya yang tidak mampu berkembang, subsidi bank dunia dan negara maju termasuk sumbangan gran tahunan beberapa gereja Kristian, negara Afrika itu dapat terus diperintah oleh golongan yang di waktu yang sama mengendalikan perniagaan dan sektor korporat?

Hampir di seluruh Afrika Hitam (Black Africa) semangat peribumi dan kekuasannya adalah satu semangat yang sudah lama basi. Pemimpin Afrika menggunakan semangat itu hanya untuk memancing undi. Tetapi perniagaan swasta dilakukannya secara 'smart partnership' dengan syarikat yang ditaja oleh negara maju dan institusi keagamaan yang besar-besar. Apabila Mahathir "menonjolkan pemerintahan berjaya  ala Mahathir" ajarannya itu hanya dianggukkan oleh semua pemimpin Black Africa itu. Tetapi di belakang dia mereka memperlekehkannya dan membodohkannya. Mereka tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan untuk keluarga mereka. Ramai yang datang itu kerana diundang dan tentunya mereka tidak akan melepaskan peluang.

Kalau LID itu benar-benar berjaya, MIGHT ataupun apanamanya yang menguruskan LID itu harus mengeluarkan segala butir persidangan yang lalu-lalu untuk dikaji bersama oleh rakyat marhen. Jangan ingat rakyat marhaen masih berada di takuk lama dan tidak mampu menilai apa itu emas ataupun kaca gula-gula.

Kita tidak mahu tulis panjang-panjang akan segala contoh bagaimana Mahathir membazirfkan wang rakyat untuk menggula-gulakan pemimpin dunia ketiga. Cukuplah kita katakan hampir sembilan puluh peratus projek Mahathir selama ini adalah projek untuk membesarkan tembolok suku-sakatnya tanpa memikirkan kepentingan rakyat  seluruhnya dan tanpa memikirkan beban hutang yang akan ditanggung oleh generasi yang mendatang.

Penipuan Besar Yang Amat Menjijikkan

Kalau kita lihat Lunas sekarang ini, kita boleh merasa jijik bagaimana Barisan Nasional melakukan kerja kotor untuk memancing undi. Mula-mula taktik memburukkan pihak Barisan Alternatif dilakukan di radio dan TV dan juga di semua media perdana. Semua parti dalam komponen BA dikatakan bercakaran seolah-olah tidak ada seorang pun dalam BA yang waras dan  mampu menjadi penyelesai masalah parti.  Tetapi, inilah mainaan BN kerana intrig dalam parti mesti melibatkan kucar-kacir. Jika tidak, bagaimanakah seorang penjaga get keretapi boleh menjadi pemimpin?

Sikap kelam-kabut dalam parti memang ada dalam Keadilan kerana keadilan pada asasnya adalah serpihan UMNO. Tetapi, ini tidak bererti masalah bercakaran itu akan menjadi amalan Keadilan. Bukan semua orang UMNO yang menjadi pemimpin Keadilan dan bukan semua pemimpin Keadilan itu akan terikat dengan amalan UMNO. Apabila cerita pergocohan itu dibesar-besarkan oleh media tujuan sebenarnya ialah untuk melumpuhkan moral dan sokongan kepada BA. Di Lunas, perkara itu tidak dipedulikan. Kata orang Lunas, Mahathir fikir orang Lunas ini orang hutan yang tidak tahu berfikir. Seorang peniaga Cina berkata: "Depa ingat kita tadak akai..."

Ironisnya, berpuluh kumpulan gerak gempur Barisan Nasional dihantar ke Lunas. Mereka akan berpakaian segak ketika mundar mandir. Tetapi, apabila tiba waktu makan, mereka akan menanggalkan unifor itu termasuk juga baju yagn memaparkan gambar seorang diktator tua, dan memakai kemeja biasa. Saya sempat bertanya beberapa  orang pemuda Melayu yang melakukan sikap begitu dan dia berjawab: "Kami  cari makan Pakcik......Kami ambil cuti khas untuk berkubu di sini. Pampasan yang diberikan adalah lumayan sekali..."

Sikap yang ditunjuk oleh beberapa pemuda Melayu ini memang tidak merupakan perbuatan yang pelik bagi kita. Memang kita tahu ramai yang berkampung di Lunas itu melakukannya kerana wang semata-mata. Tetapi, apakah agaknya cara untuk BN dan UMNO mendapatkan balik wang banyak yang dibelanjakan itu? Bukankah itu yang menyebabkan Bank Bumiputra Berhad lingkup empat kali sebelum ini?

Saya bertanya seorang pemimpin Melayu UMNO akan cerita murtad di Lunas dan Kedah. Dia termenung selamba (mungkin untuk cuba mengeluarkan airmata buaya) dan kemudiannya menjawab: "I have no comment on that..." Inilah contohnya bagaimana pemimpin Melayu mahu menjadi pemimpin bergelar. Apabila isu penting yang menggugat martabat bangsa, sengaja pengapkan. Mereka berdrama semata-mata mahukan imbohan yang dikeluarkan untuk berkempen itu. Mereka tidak peduli akan implikasi dan keputusan pengundian itu nanti.

Saya bertanya pula seorang peniaga kedai yang lahir di Lunas. Dia jawab dengan jelas: kalau ikut peredaran masa, Lunas akan dimenangi oleh Saifuddin. Tetapi, undi hantu adalah faktor penentu. Peniaga ini adalah seorang ahli MCA satu ketika dulu. Kini dia senyap-senyap menjadi ahli Keadilan dan menunjukkan kad keahliannya itu). Dia berkata; "Saya mahu lihat BN hilang suara dua pertiga di Kedah agar semua orang di negara ini celik mata. Yang menjadi penting sekarang, Kedah pun banyak hutangnya disebabkan projek mega yang membazir wang rakyat. Kita harap kalau BN kalah di Lunas, Mahathir akan dibuang oleh UMNO sekali lagi. Kami orang Cina berpendapat bahawa Mahathir adalah segala punca bala yang melanda negara ini sekarang. Itu sebab Kubang Pasu kena teruk banjir kali ini....Macam mana penduduk Kubang Pasu mahu berhari raya...?"

Saya amat terkejut dengan pendapat taukeh ini kerana dia berada di Lunas yang merupakan sebuah pekan kecil sahaja. Tetapi dia amat perihatin dengan pergolakan politik negara. Setiap bulan dia menerima emel daripada anaknya yang menuntut di London dengan perbelanjaan sendiri.

Saya bertanya lagi kenapa dia semacam marah dengan Mahathir dan BN sedangkan satu ketika dulu dia merupakan ahli MCA yang sungguh lama. Dia menceritakan bagaimana dia terpaksa meminjam daripada sanak saudara untuk menghantarkan anaknya belajar di London. Kini, anak itu dapat pekerjaan sementara sambil menyudahkan pengajiannya. Dia mampu mengirimkan wang sedikit ke Lunas sebagai proses membayar hutang yang diterima dengan kadar bunga yang lebih tinggi daripada bank.  "Saudara mara saya mendapatkan Overdraf di bank untuk memberikan pinjaman kepada saya. Adalah logik mereka mengenakan  kadar faedah yang lebih tinggi  kepada saya." Taukeh ini amat faham dengan keadan pembaziran negara oleh Mahathir. Katanya: "Kalau ini binatang tidak pergi, kita akan hidup lebih susah lagi....!!!!!" (alangkah aibnya perkataan begini???)

Demikianlah keadaan di Lunas sekarang ini. Rata-rata, rakyat yang akan mengundi esok memang tidak bersetuju memberikan kemenangan kepada calon MIC itu lagi. Mereka sudah sanggup mencuba sesuatu yang baru kerana mereka tahu mereka tidak akan rugi.

Mampukah Lunas Melakar Sejarah?

Faktor penentu di Lunas nanti bukan terletak kepada kekuatan yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional di Sungai Limau. Segala khemah padang Arafah tidak akan menggerunkan para pengundi. Segala hamburan wang ringgit tidak akan mampu memancing undi. Yang mengundi nanti adalah orang tempatan dan bukannya orang yang menjadi kumpulan perayu undi tajaan Dato daripada Melaka. Perhentian Penanti dan  Kulim Hi-Tech tidak akan mampu meransang orang tempatan untuk memberikan semua undi mereka kepada Barisan nasional. Memang sudah diduga akan berlaku satu keadaan yang amat mencemaskan kepada Barisan nasonal.

Tetapi, kenapakah Samy Vellu sanggup berikrar yang dia akan menetap di Lunas seandainya calon MIC tumpas. Bagaimanakah dia sungguh takbur sehinggakan orang Islam dalam Barisan Nasional sanggup merestuinya? Bukan itu akan menggoncangkan akidah agama kita orang Islam? Samy Vellu mampu menurap segala lekuk dan jalan terbiar menjadi rata. Tetapi, Samy Vellu tidak mampu menghalau ribuan lalat dan langau yang sedang melata di setiap kedai makan di Lunas. Menteri Kesihatan Chua pun tidak melakukan sesuatu untuk menghalau segala lalat itu.

Dalam hal ini, saya teringat akan perbualan dengan taukeh kedai itu tadi. "Undi hantu Adalah Penentu" katanya. Dengan hal demikian BA harus menentukan pemerhati peti undi harus dilatih bertubi-tubi. Tentukan jumlah tong undi semuanya yang perlu dikira. Kalau tong undi belum sampai sepenuhnya, jangan dipersetujui untuk membuka tong undi yang ada. Inilah hak anda sebagai wakil peti undi. Inilah amanah rakyat yang tidak boleh dijual beli.

Semenatara itu pula semua pengundi Islam diminta keluar mengundi awal pagi lagi. Untuk menentukan tidak ada bencana yang menyekat kehadiran ramai pengundi Melayu itu, galakkanlah mereka mengundi awal pagi lagi.

Saya amat mengharapkan Saifuddin akan menerima kepercayaan rakyat majoriti yang cintakan keadilan dan keharmonian negara. Lunas adalah wadah penting untuk melakar sejarah politik negara. Orang Islam harus sedar akan tanggungjawab mereka esok di peti undi. Kita harus mengambil pengajaran daripada perjuangan para penyokong Nabi Mohammad s..a.w. satu ketika dulu.

Umat Islam yang akan turun mengundi esok harus mengambil iktibar daripada apa yang sedang melanda negara sekarang. Orang Islam harus memikirkan apa yang telah dilakukan oleh penyokong Nabi junjungan kita satu ketika dulu.   Mereka telah menyokong Nabi tanpa fikir-fikir, apakah cukup banyak tenteranya, apakah cukup alat-alat dan kelengkapan senjatanya.  Mereka tidak pernah fikir-fikir apakah akan menang atau kalau menghadapi musuh yang berlipat ganda daripadanya.

"Semuanya itu tidak menjadi soal. Semuanya adalah urusan Allah, yang Maha Besar lagi Berkuasa, akan akan menjalankan janjiNya, jika dikehendakiNya......"

Bulan Ramadhan sudah melambaikan pesan. Seorang diktator tua sudah semakin sewel sehingga sanggup memperlekehkan rakyatnya. Bayu Ramadhan sudah semakin kencang tiupannya. Tangisan bumi sudah semakin kuat ledakan banjirnya. Hanya menunggu umat yang cintakan keharmonian dan keadilan melakarkan pangkah di kertas undi memilih Saifuddin Nasution sebagai wakilnya yang terkini. Mahathir dan BN sudah banyak berhutang  kepada rakyat marhaen. Kemenangan BA di Lunas adalah satu langkah awal untuk menagih hutang yang sudah lama menggunung itu. Insya Allah......!!!!!

-Marhaintua-
Lunas. 27.11.2000


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!