Artikel Terbitan Semula drp Laman Fitnah e-Umno (FeU)

KALAU TAK LARAT  BERSILAT  ELOK LAGI BERSILA
ALANG-ALANG MURAAH,  ALANG-ALANG  HEBAAAT!!


Bab Sebelas

Awalkata:Penulisan ini adalah satu tribut kepada semua webmaster yang banyak membantu saya. Penulisan ini diilhamkan oleh emel salah seorang dari mereka kepada saya.

Kemenangan  Barisan Nasional di pemilu kecil Sanggang telah membuatkan semua pemimpin UMNO mendabik dada dengan megahnya berkokok betapa pengaruh UMNO ke atas orang Melayu sudah pulih. Dengan lain perkataan pengaruh Barisan Alternatif ke atas bangsa Melayu itu sudah merudum. Oleh kerana PAS telah meletakkan calonnya melawan calon UMNO, apakah bererti pengaruh PAS merudum sama? Alangkah mudahnya pemimpin UMNO berfalsafah politik? Apakah ini semua gara-gara semakin ramainya pemimpin pelapis yang dinaikkan itu yang kerap  melindungkan kelulusan mereka sebenar sehinggakan orang politk lama dalam pucuk kepimpinan parti mudah mengarut sama?

Memang amat sukar untuk rakyat mengecam ciri-ciri keikhlasan seseorang untuk menjadi pemimpin politik. Keikhlasan berpolitik itu boleh disalut dengan satu tipu helah bermuka-muka untuk satu tempoh  yang lama sehinggakan masyarakat sekeliling dapat mempercayai lakonan itu sebagai sesuatu yang benar. Bukankah itu ciri-ciri yang terdapat pada Mahathir sejak beliau mula berpolitk dulu. Sehinggakan beliau mampu meraih simpati rakyat untuk menghumbankan Tunku Abdul Rahmat daripada aena politik? Hanya hampir lima puluh tahun kemudiannya barulah rakyat faham dan sedar akan segala tipu helah itu sehinggakan kini masyarakat Melayu itu berada dalam satu dilemma yang amat hebat sekali. Apabila kesedaran itu timbul secara mendadak apakah yang berlaku akhirnya? Bukankah terhumban juga kehebatan Mahathir itu ke kancah kehinaan yang murah, semurah-murahnya?

Apabila Yang Murah Berlagak Hebat

Siapakah yang boleh sangka betapa  kehebatan  Mahathir selama ini adalah berlandaskan satu perwatakan yang amat murah sekali? Dengan hal yang demikian apakah yang perlu dipertikaikan apabila  YB Prof. Dr. Mahadzir Khir didapati tidakpun memilikki kelulusan kedoktoran yang dicanangkan oleh media selama ini? Apa hebatnya dengan Al Ustaz Redhuan pemenang pemilu Sanggang yang pada tahap awalnya dicanangkan sebagai seorang lulusan Al Azhar?  Apa pula hebatnya dengan beberapa pemimpin UMNO sekarang ini yang mundar-mandir dengan gelaran 'Drs.'  (disebut Doktorandes) sedangkan kita tahu degree semacam itu amat mudah dibeli dengan kiriman bayaran pos? Kalau 'masa' menjadi rakan penantian, lama-kelamaan kelulusan yang dikatakan setaraf 'Sarjana' ataupun 'Masters' itu bertukar pula kepada panggilan kedoktoran mutlak. Apa jadi akhirnya dengan segala kelulusan itu kalau tidak diselindungi oleh pangkat bergelar seperti Datu, Dato' dan sebagainya?

Kita bukannya mahu menulis atas tajuk gelaran dan pangkat, tetapi mahu menulis panjang sedikit akan tujuan yang terselindung di sebalik segala keburukan perangai yang melambangkan betapa murahnya moral hidup seseorang pemimpin politik yang sanggup mendabik dada seolah-olah ; "Hei...akulah pemimpin bangsa Melayu....hanya akulah pemimpin Bangsa Malaysia yang berpengaruh..." dan mungkin segala kokok lama politik itu. Pada satu ketika dulu, kita fikirkan bahawa maklumat kelulusan seseorang pemimpin itu telah disilap taip dan 'tersilap masuk' seperti yang berlaku kepada seorang professor dari Universiti Malaya. Tetapi apabila soalan yang dikemukakan kepadanya dijawab dengan sinis dan mahukan orang memanggilnya dengan gelaran professor, nampak sangat buruknya perangai manusia seperti itu. Gelaran 'Professor' sebenarnya boleh dipakai ketika seseorang masih mengajar di sesuatu universiti. Apabila dia undur daripada jawatannya itu, gelaran itu pun turut undur juga.

Mungkin perkara ini tidak difahami oleh masyarakat Melayu sepertimana orang Melayu itu tidak faham betapa gelaran Associate Professor ataupun Professor Madya itu adalah "rendah sedikit daripada taraf seseorang yang bergelar Professor". Disebabkan kesilapan itu makanya kita kerap melihat betapa rakyat marhain terlalu mudah tertipu dengan gelaran. Malahan ramai orang Melayu yang memikirkan jawatan 'associate professor' bererti seseorang itu naik pangkat lebih tinggi daripada 'professor'. Maklumlah orang marhain yang jarang pergi ke universiti ataupun tidak pernah pergi ke universiti, memang mudah menjadi keliru. Perkataan 'professor' adalah perkataan Peranchis yang bererti 'guru'. Di Peranchis soerng guru sekolah rendah pun dipanggil 'professor'. Di Afrika sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin politik dipanggil 'professor'. Dalam dunia hiburan seorang penyanyi rapper yang membesar dari sebuah 'ghetto' dan menjadi kaya raya  kerana menggelarkan dirinya seorang 'professor'. Semua ini tidak salah kerana inilah stail hidup dunia sekarang ini. Kerana itu kita pernah terbaca betapa ada seorang yang gagal dalam ilmu perubatan membuat kerja-kerja sebagai doktor di klinik swasta. Mungkin dia meniru sikap yang sama soerang 'medical dropout' yang bertugas sebagai 'professor' di universiti hospital satu ketika dulu. Memang tidak salah semua itu, seperti tidak salahnya seorang anak doktor terulung Melayu (?)  menjadi pakar promosi kondom terulung di negara ini.

Soalnya sekarang, kenapakah kekeliruan yang ikhlas (di mana letaknya keihklasan itu sebenarnya?)  terus dibiarkan berlaku, kalau tidak bermotifkan politik?   Sebenarnya, kelulusan universiti bukanlah ukuran yang maha penting untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin politik. Kerana itu, ramai pemimpin politik dunia ini tidak pun berkelulusan universiti tetapi mereka berjaya juga. Ini disebabkan perkataan 'kejayaan berpolitik' itu adalah satu frasa yang amat relatif maknanya. Lagipun politik adalah satu dunia di mana seorang koperal boleh menjadi maharaja dan seorang doktor boleh menjadi Raja Kelentong terunggul bangsanya. Inilah politik dalam tamaddun Melayu masakini.

Apabila pemimpin bersikap murahan

Saya ada menerima satu emel daripada seorang sahabat cyber dan ingin menurunkan tulisannya dalam artikel ini:

......Quote:

"Saudaraku Marhain Tua,

"Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara dengan saudara atas isu pilihanraya Sanggang. Walaupun saya seorang webmaster, saya adalah manusia biasa. Justeru itu saya juga mempunyai perasaan. Ini menolak pendapat seorang 'webmaster adalah hanya 'perantara' di antara 'netters' dengan penulis. Memang benar saban hari saya mengemukakan berita/informasi/pandangan daripada para nettrs dan sumber berita untuk dikongsi bersama.

"Ruangan di laman saya tidak sehebat Laman Reformasi ataupua Tranung Kite. Tetapi semenjak setahun lalu saya terus setiap hari mengenengahkan informasi dan fakta untuk direnung dan diambil iktibar oleh semua rakyat yang sudi menatap laman ini. Saya terus mempertahankan cara tersendiri waalupun cara ini tidak begitu popular. Namun saya percaya dengan terus berbuat begitu, insya Allah kita akan berjaya membuka minda rakyat dalam hidup mereka.

"Sikap yang ditunjukkan oleh 4,780 orang penduduk Sanggang sangat saya hargai. Mereka tahu menghargai kebebasan, keadilan dan tidak menggadaikannya dengan care termurah. Perjuangan menentang 'si kaya' (UMNO) sudah pasti inilah padahnya. Namun dalam hal ini saya elok juga kita kaji cerita seniman P.Ramlee 'Tiga Abdul' di mana si teruna yang miskin akhirnya berjaya memerangkap si tua 'angkoh' dan sombong itu yang juga bapa mertuanya. Bukan setakat itu sahaja, malahan teruna itu berjaya melelong bapa mertuanya.

"Berbalik kepada sikap pengundi di Sanggang saya rasa mereka yang telah mengundi BN tidak dapat dipersalahkan. Tuntutan kehidupan mereka yang dhaif dan memerlukan bantuan ini berjaya diperangkap oleh Adenan Brutal dan Paklah dengan 'umpanan', sogokan dan tekanan supaya mereka mengundi BN. Walaupun BN menafikan permainan politik wang, tetapi  dunia tahu itu memang kerja mereka. Tengok saja nanti dalam pemilihan agong UMNO. Kini sudah ada rombongan ke Medan, pemberian jam tangan mewah, dan segala macam sogokan untuk calon meraih  undi dan sokongan.

"Paklah pula tak nampak nasib buruknya di hadapan. Ketiadaan pencalonan beliau dalam UMNO Bahagian Kubang Pasu adalha bukti permainan politik yang akan menyingkirkan masa depan politik Paklah Bedawai. Paklah jangan berbangga sangat dengan kejayaan Sanggang. Sanggang adalah daerah terpencil yang jauh dari pembangunan dan arus informasi canggih seperti internet. Saya berharap akan tercetus satu lagi pilihanraya di kawasan bandar pula bagi mengimbangi pilihanraya Sanggang dan membuktikan bahawa mereka (UMNO) hanya mampu memperdayakan lebih 6,000 rakyat yang 'bodoh'. Saya tidak ke Sanggang tempohari. Mengikut maklumat yang sampai saya percaya kemudahan internet hampir tiada di Sanggang untuk membantu memberitahu penyelewengan Paklah, Adnan Brutal dan Mahathir di sana.

"Bagaimana pun saya rasa syukur biar pun kita kalah. Lebih 900 undi majoriti yang diterima oleh BN adalah setelah sogokan dengan nilai berjuta ringgit. Kita mesti menang kerana dengan perjuangan yang 'ikhlas' kita mampu meraih 4,780 undi sedang BN membayarnya dengan harga yang tinggi.

"Memang kemenangan menjadi idaman kerana kuasa politik itu akan membantu kita mendirikan sebuah kerajaan yang adil dan menjamin semua hak rakyat. Jika kita lihat hasrat BN memang mahu rakyat hidup susah supaya mereka dapat menghulur 'bantuan' 5 tahun sekali. Ramai yang tak sedar perkara itu, walaupun sudah ada yang membuka mata. Justeru itu tahap gaji minima RM1,200 tidak dapat sokongan semua menteri kabinet. Malah ada yang mengatakan itu perjuangan kolot. Selaku seorang webmaster, hasrat saya ialah supaya semua rakyat tahu tembelang Mahathir dan menteri-menterinya. Penyelewengan itu akan dibuka meskipun terpaksa mendedahkan beberapa orang kakitangan kerajaan peringkat bawahan yang bersekongkol dan menjadi talibarut UMNO. Perjuangan ini  mesti diteruskan dan saya percaya jalan kemenangan pasti  muncul setelah tiba saatnya nanti. Cuma saya selalu berdoa semoga Tuhan memanjangkan usia saya supaya dapat melihat kezaliman itu tumbang agar tidaklah pemergian saya 'berputih mata'. Saya berharap saudara dapat membuat ulasan bagaimana perangkap 'kemiskinan' dan halangan kepada mereka untuk mendalami ugama sebagai dua faktor utama untuk BN terus berkuasa. Rakyat mesti disedarkan supaya mereka seperti saya, tidak terbuka mata apabila saatnya terpejam."

............Polong Cyber ...Webmaster Laman Minda Rakyat.

Demikianlah cerita panjang yang saya terima. Inilah contohnya emel yang saya terima setiap hari yang memerlukan masa yang agak panjang membaca dan menganalisanya. Ada kalanya saya perlu bertukar angin membuat 'field analysis' mencari kesahihan fakta yang dikirimkan, meragau tempat yang ditulis dan dimaksudkan. Semuanya untuk disampaikan balik kepada pembaca tulisan saya ini. Saya terpaksa bersikap professional dalam penelitian saya kerana saya banyak menerima emel daripada hampir semua tempat di mana rakyat Malaysia berada, dan daripada semua jenis taraf hidup mereka. Merekalah yang memberi inspirasi untuk saya menulis dan apabila inspirasi ini disokong padu oleh para webmaster, membuatkan saya terus memerhatikan keadaan hidup bangsa saya. Kadangkala saya menjadi tertekan apabila membaca tulisan emel dan melihatkan keadaan sejarah hidup bangsa saya sehinggakan tekanan itu membuatkan  hati kecil saya memberontak untuk mogok daripada menulis. Tetapi, apabila saya perhatikan kehimpitan hidup yang disaluti kesengsaraan berpanjangan terus menyelimuti bangsa saya, makanya kerja-kerja penulisan saya  ini saya anggap sebagai jihad hidup saya sehinggalah roh berpisah daripada jasad saya.

Maafkan saya kalau sedikit emosional kali ini. Tetapi inilah hakikatnya apabila saya membaca tulisan emel seperti penulisan sahabat cyber saya ini. Saya tahu begitu juga perasaan sebilangan besar pembaca artikel saya. Itulah yang mereka curahkan dan itulah imej perasaan mereka ketika menulis kepada saya. Apakah sebenarnya yang dapat kita katakan setiap kali berdepan dengan dilemma bangsa Melayu kini? Memadaikah kita terus menadah tangan ke hadrat Ilahi mencari penyelesaiannya?  Cukupkah kita memperhatikan segolongan anak muda berdemonstrasi di jalanan tanpa arah tuju yang pasti untuk mencapai rakyat marhain yang tertindas?

Oh.........  Betapa murahnya maruah bangsaku......!

Sesuatu bangsa yang mahu menjadi bangsa yang besar mesti berupaya menilai betapa kerdilnya kehidupan mereka jika dibanding dengan cara hidup bangsa yang lain. Inilah hakikat hidup kita. Kerana itu kita tidak boleh lupakan sejarah bangsa kita. Dalam penilaian sejarah itu kita mesti berani menyingkap pahit maung perjalanan sejarah bangsa dan tidak menyorokkan apa juga jenis jalur sejarah itu. Sejarah sesuau bangsa yang pernah dijajah selalunya ditulis dan disediakan sebagai bahan santapan minda mengikut  resipi selera bangsa yang menjajah. Inilah mainan penjajah yang telah mengongkong kebebasan minda orang Melayu sejak zaman kesultanan Melayu dulu sehinggalah kini di mana minda orang Melayu itu dijajah oleh resepi selera seorang diktator tua berdarah mamak tongkang.

Sesiapa yang pernah membaca tulisan surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman Putra tentu akan teringatkan frasa ....``walaupun ada sesudu dua darah Pakistan dalam tubuh saya...." Lihatlah sendiri wahai bangsaku orang Melayu. Tidak kiralah apa juga campuran darah yang ada di tubuh anda. Tidak kira samada anda hanya mempunyai sesudu dua darah orang Melayu, penjajah minda kita sejak dua puluh tahun yang lalu ialah seorang mamak tongkang keturunan Alkutty yang sanggup mengaku beliau berdarah Pakistan. Insan apakah ini yang sanggup menidakkan darah keturunannhya itu bercampur mamak tongkang dan Melayu-Siam? Aapakah salah kalau saya mengatakan sejak dua tahun yang lalu betapa minda orang Melayu itu telah diracuni oleh seorang manusia berhati syaitan? Apakah gahnya mementingkan darah Pakistan sehingga menidakkan darah keturunan Malayalam-India kepada seorang Melayu berdarah raja? Apakah itu caranya menipu sejarah bangsa sendiri sehingga gamak menidakkan yang hak dan membesar-besarkan yang batil? Siapakah  boleh sangka orang seperti ini akhirnya berjaya menjajah minda orang Melayu dan menegakkan rejimnya?

- Bila Kemiskinan Menjadi Tangkal Penindasan

Jikalau kita baca buku sejarah, tujuan penjajah yang utama ialah menindas rakyat yang dijajah dan di waktu yang sama membalun harta khazanah jajahan itu. Itulah dua mata serampang penjajah. Mata serampang yang satu lagi ialah menentukan satu golongan manusia di kalangan masyarakat yang dijajah itu hidup senang dan lebih bergaya daripada masyarakat yang dijajah secara keseluruhannya.

Ketika golongan mamak tongkang menjajah istana Melaka, bangsa Melayu itulah yang pada keseluruhannya telah dijajah. Golongan yang dibiarkan kaya raya supaya terus berpoya-poya ialah sultan dan keluarganya serta panglima istana yang pilihan, semata-mata.  Ketika penjajah barat seperti Portugis dan Belanda berkuasa, golongan pilihan adalah mereka yang sanggup meninggalkan pegangan agama Islam dan menganut agama Kristian mazhab Katholik, dan bebrapa 'tukang'dan 'pandai' Melayu. Inilah keturunan Melayu bercampur darah bangsa yang menjajah. Mereka menjadi orang Melayu yang akhirnya diiktiraf sebagai Bumiputra sahaja kerana mereka sudah meningalkan amalan ajaran Islam.  Tetapi, cuba kita tanya sedikit, bentuk Islam apakah yang mereka tinggalkan itu? Apakah Islam yang dianuti oleh orang Melayu ketika itu berbeza sangat dengan Islam pegangan  saudara mereka yang terjun menjadi penganut Kristian.

Jawapannya ialah 'TIDAK'. Kenapa begitu  kalau boleh kita tanya lagi? Kerana Islam yagn dipelajari di tahap awalan tamadun  Melayu dulu adalah Islam yang banyak diturunakan oleh orang keturunan India daripada golongan pedagang. Itulah ajaran Isalam mengikut tafsiran orang muallim tajaan peniaga India muslim. Ketika itu ajaran Islam digunakan sebagai tangkal untuk menentukan orang Melayu sehaluan dalam pegangan agama dan di waktu yang sama dapat menjamin keselamatan harta benda kepunyaan pedagang beragama Islam itu. Hanya apabila datang pula pendakwah Islam berbangsa Arab seperti daripada Wilayah Hadratulmaut makanya orang Melayu berjaya mendapat ilmu agama Islam versi yang lain pula. Penerapan ajaan Islam kepada masyarakat Melayu itu menjadi hampir lengkap apabila ada orang Melayu yang berhijrah ke tanah suci untuk mengerjakan rukun haji dan terus  bermustautin  mempelajari ajaran Islam yang suci itu. Hanya apabila mereka pulang barulah ajaran Islam menjadi menyeluruh dan lebih meyakinkan bangsa Melayu itu, akhirnya. Di waktu itulah terserlah segala kepincangan penerapan Islam yang telah lalu kerana ajaran yang diturunkan kepada orang Melayu itu telah 'diubahsuaikan' oleh pendakwah Islam bukan Melayu mengikut adat resam dan budaya bangsa mereka sendiri. Tercetuslah beberapa kekalutan apabila orang Melayu sedar betapa  akan adanya ajaran  budaya Arab kuno dan bukannya ajaran Islam. Tercuitlah minda untuk mempertikaikan budaya  Parsi Purba dan amalan India purba ataupun amalan maharaja dan mahbub yang telah diturunkan kepada orang Melayu satu ketika dulu.

Lencongan ajaran Islam di tahap awal penerapannya adalah disebabkan kegagalan pendakwah Islam mengajar sebilangan besar orang Melayu akan bahasa Arab. Inilah kesilapan mereka yang amat besar.

Kaya Tetapi Miskin....

Dari segi spiritual, orang Melayu yang bertukar fahaman dan menganut agama Islam ditulis dalam sejarah sebagai satu bangsa yang menjadi kaya setelah memeluk agama itu. Inilah yang digembar-gemburkan oleh ramai ulama dalam Kerajaan sekarang ini apabila mereka mengatakan betapa UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN telah menyuburkan ajaran Islam kepada orang Melayu.  Lantas, dijulanglah nama bebrapa institusi Islam di negara ini seperti YADIM, Pusat Kefahaman Islam, Baitulmal, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Terlalu banyak untuk disebutkan di sini). Oleh kerana banyakanya insitusi yang ditaja oleh kerajaan itu makanya sudah timbul semacam satu kekalutan pula.  Contohnya, Lembaga Tabung Haji digembar-gemburkan sebagai institusi terulung Islam yang berjaya menguruskan kerja-kerja menghantar jemaah haji ke tanah suci. Hampir setiap Jumaat ada sahaja berita baik di mimbar masjid, di media massa ataupun di dalam ucapan teks para menteri betapa Lembaga Tabung Haji adalah insitutsi Islam terunggul.  Aduh....cantiknya propaganda ini. Sedarkah para pemimpin UMNO sekelian, orang Afrika berjalan kaki, berkereta dan menggunakan apa sahaja jenis kenderaan utnuk mengerjakan umrah dan rukun haji secara berbondong-bondong tanpa institusi seperti tabung haji sejak Islam melanda tanah Afrika itu? Begitu juga dengan orang Pakistan dan juga orang Indonesia. Yang melemahkan usaha koperasi itu adalah disebabkan matawang negara mereka yang sungguh rendah sehingga memalapkan usaha setiap insan yang ingin mengerjakan rukun Islam itu?

Mungkin orang seperti Hamid Othman tidak sedar, kalau tidak kerana matawang yang kerap menurun, orang Afrika dan Indo-Hindi-Pak mampu menjadi pengunjung yang terbesar dan lebih tersusun daripada jemaah haji daripada Malaysia. Di sebaliknya pula, tukaran matawang negara yang konsisten tidak mampu membenarkan orang Melayu mengerjakan umrah dan  rukun haji dengan harga yang sederhana. Kenapa? Kerana, sistem pelaburan Tabong Haji itu yang sudah banyak menyeleweng jauh daripada apa yang diilhamkan oleh Professor Diraja Ungku Aziz. Lembaga Tabung Haji sudah menjadi satu alat dan tangkal untuk UMNO menekan orang Melayu dengan membuat pelbagai jenis sekatan terhadap usaha mengerjakan haji dan umrah. Dalam hal ini saya ingin mencabar Hamid Othman membuka satu forum dialog agar semua lapisan oarang Melayu yang pernah ke Makkah di jemput untuk turut serta. Jangan berpuashati dengan menonjolkan beberapa muka di Telivisyen yang memuji Tabung Haji malambung ke langit kerana itu kerja bidaah semata-mata.

Sepatutnya, Tabung Haji mampu mempelopori ekonomi orang Melayu menjadi satu kekuataan kepada bangsa Melayu itu untuk terus maju dalam serba serbi aspek kehidupan sehinggakan orang Melayu itu mampu menjadi satu bangsa yang besar di dunia ini.

Dalam hal ini juga saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO kemanakah semua dana Lembaga Tabung Haji yang berbilion ringgit itu kalau tidak digunakan untuk kerja-kerja  'bail-out' perniagaan para kroni yang sememangnya dungu dan bodoh dalam urusan perniagaan mereka? Apakah dosanaya menggunakan dana ini untuk tujuan itu sedangkan pencarum kepada dana itu tidak pun tahu menahu akan keadaan kaedah pelaburan  sebenarnya? Malahan, disebabkan kecurangan inilah makanya dividen Tabung Haji tidak dapat menandingi harapan pencarumnya?

Cuba lihat akaun pelaburan Lembaga Tabung Haji dan anda akan perhatikan bagaimana dana itu digunakan untuk melabur dalam satu perusahaan membotolkan minuman brandy dan whiskey di India satu ketika dulu. Siapakah yang sebenarnya melabur di India itu ? Bukankah itu membabitkan Tengku Abdullah adik Yam Tuan Besar Negri Sembilan sekarang? Cuba baca autobiography Tengku Abdullah. Bukankah Mahathir merupakan sahabat karibnya? Bukankah Tengku Abdullah merupakah seorang 'diplomat' yang terbang ke Israel sebagai utusan khas Mahathir beberapa bulan yangn lalu?  Inilah contohnya betapa orang Melayu itu dijajah mindanya oleh penjajah dengan amat mudah sekali. Apabila penjajah itu datang daripada manusia yang diikiraf sebagai sebangsa dengannya, bukankah murah dan jijik maruah banga Melayu itu akhirnya?

Kalau ekonomi orang Melayu yang mampu diperbetulkan dengan menggunakan dana daripada simpanan mereka  yang berniat  menyerahkan dirinya kepada Allah  boleh diselewengkan oleh pemimpin yang  sebangsa dan seagama dengannya, apakah ada lagi harapan bangsa Melayu itu untuk maju? Apakah ada lagi inspirasi dan tangkal untuk orang Melayu itu  menjadi satu bangsa yang besar? Kalau dana Melayu dalam Lembaga Tabung Haji digunakan untuk menindas kembali majoriti orang Melayu itu apakah nasib mereka akhirnya?

Marhaintua@Hotmail.com
4 April 2000


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!