Parlimen Kuala Selangor: Raja Komando Wajar Saman Kaki Rasuah
Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan bravo kepada YM Raja Kamaruddin bin Raja Abd Wahid @ Raja Komando yang telah menyempurnakan amanah rakyat tertindas apabila melangkah gagah mewakili Barisan Alternatif untuk P096 Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum yang baru berlalu.

Kalaulah pilihan raya di Malaysia berjalan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar, tidak mustahil Raja Komando akan muncul sebagai pemenang. Bukan sahaja Raja Komando malah BA juga akan menang mengatasi Umno BN.

Bukan Pilihan raya tetapi Pilihanturaya

Tetapi itu hampir-hampir mustahil kerana sejak pilihan raya umum pertama 1959 sehinggalah yang kesebelas baru-baru ini ianya lebih layak dipanggil sebagai pilihanturaya. (Pilihan Hantu Raya).

Saya amat bersetuju dengan salah seorang penulis siber yang menggelarkan SPR itu bukan Suruhanjaya Pilihan Raya sebaliknya Suruhanjaya Polong Raya. Melalui kerja-kerja kepolongan itulah lahirnya pengundi-pengundi hantu yang mewujudkan daftar pemilih penuh misteri. Akhirnya terbentuklah Kerajaan, Kabinet dan Exco Hantu.

Secara umumnya adalah terlalu mustahil pilihanturaya akan memberi laluan untuk para pejuang keadilan dan kebenaran merealisasikan impian murni mereka. Pilihanturaya juga tidak akan mengizinkan Dr MaSHITah, Dr Amran Kasimin dan Dato Dr Abdullah Md Zain beramal dengan ilmu mereka.

Pilihanturaya tidak pernah menggariskan sebarang kod etika, kesaksamaan, keseimbangan dan ketelusan.

Ertinya Umno BN selaku penganjur pilihanturaya tidak akan menyediakan barang sedikit ruang pun untuk calon-calonnya berdiri tegak sebagai manusia yang mengutamakan agama, akhlak dan moral. Yang wujud hanyalah hanturaya berwajah manusia.

Imam Duit Yang Tak Punya Kemaluan.

Imam Firdaus al Hafeez itu, standardnya lebih teruk daripada seorang pengemis jalanan. Sipengemis menadah tangan memohon ehsan para dermawan semata-mata untuk survival perut. Tetapi Firdaus mengemis undi kerana mahu menjadi wakil kepada penzalim besar yang bertekad jahat untuk meranapkan dan menghenyak habis-habisan perjuangan Anwar Ibrahim.

Terbukti niat busuk Umno BN yang disalurkan kepada Firdaus Imam Duit tidak kesampaian, DS Wan Azizah Ismail masih dipilih oleh rakyat Permatang Pauh untuk terus membawa suara Anwar ke dalam Parlimen. Maknanya perjuangan Anwar (menegakkan keadilan dan kebenaran) tetap relevan meskipun secara ganas cuba dihapuskan oleh Abdullah Badawi Umno BN.

Jika Firdaus masih ada saki baki kemaluan, tentu sekurang-kurangnya sebulan dia malu untuk keluar rumah, tetapi kalau kemaluannya sudah lama hilang sebagaimana lesapnya kemaluan Abdullah cucu As Sheikh Allahyarham Abdullah Faahim, maka dia tidak perlu merasa apa-apa pun.

Raja Komando Wajar Saman Kaki Rasuah

Walaupun saya tidak berapa tahu latar belakang calon BN yang ditentang oleh Raja Komando pada pilihan raya umum paling kotor yang baru berlalu itu, namun kebusukan Ketua Penaja Umno bahagian Kuala Selangor itu begitu tersebar di seluruh Selangor dan tanah air.

Kes politik wang yang melibatkan Encik (YB) Mohd Daud Tarihep pada tahun 1998 dikatakan masih belum `off` sepenuhnya. Difahamkan kes tersebut bila-bila masa boleh menggugat kedudukan Ahli Parlimen Kuala Selangor yang baru itu.

Begitu juga persengketaan beliau dengan pucuk pimpinan Umno Selangor dan di bahagiannya sendiri tidak menampakkan bayangan penyelesaian. Belum lagi kes penyelewengan pelbagai peruntukan termasuk RM5 Juta dan skandal yang dikatakan telah memporak-perandakan rumah tangga seorang pimpinan kanan Puteri Umno di bahagiannya.

Sekiranya dikumpul-kumpulkan kerja kotornya, maka tidaklah menghairankan jika Daud sanggup berkempen secara keji memburuk-burukkan Raja Komnado, Pas dan keADILan.

3 perkara utama yang secara terang-terangan telah ditonjolkan Daud untuk memenuhi tujuan kempen kotornya adalah:

a. Mentohmah Raja Komando sebagai penggerak `perhimpunan Reformasi Haram` dan terlibat di dalam rancangan percubaan membunuh Mahathir dan Abdullah Badawi.
b. Mereka-reka fitnah kononnya jentera Pas dan keADILan di DUN Bukit Melawati lumpuh apabila lebih 300 orang ahli kedua-dua parti gabungan BA itu menyertai Umno pada 17 Mac 2004 (musim kempen).
c. Merasuah para pemilih dengan beribu-ribu biji buah mangga yang dilekatkan lambang BN.

Ketiga-tiga kes tersebut, belum lagi berpuluh-puluh lainnya yang sudah dilaporkan kepada pihak polis dan SPR, sudah memadai buat Raja Komando untuk mengheret Daud ke mahkamah.

Biar mahkamah nanti memutuskan sama ada kemenangan YB Daud Tarihep sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sah atau pun sebaliknya.

Meskipun Raja Komando dan para penyokong BA mungkin tidak begitu meyakini ketelusan mahkamah yang sudah acapkali diliwat oleh Umno BN, tetapi tidak salah kalau beliau mencuba.

Manusia yang tak bermoral seperti YB Mohd Daud Tarihep itu, tentunya amat takut untuk `bermain` di dalam mahkamah. Dia hanya berani bermain di dalam akhbar yang boleh diupah untuk membenarkan penipuannya sahaja.
 

Trooper Bugis - 02.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN