Bila Klip Video Memali Menikam Diri
Kiriman Tok Perang


Angin tidak, ribut pun tidak tetiba sahaja Pak Lah mengarahkan supaya tayangan klip video Memali yang ditayangkan lebih sebulan lalu di RTM diberhentikan serta merta.Hairan bin ajib klip video yang menjadi kemegahan Zainuddin Maiden anggota Geng Mamak pengganas no 1 negara itu yang bercita -cita besar dalam politik untuk menempatkan diri pada pilihanraya akan datang. Nafsu besar Zam yang sedang mengintai-ngintai peluang untuk mendapatkan kerusi parlimen Merbok Kedah yang sekarang ini disandang oleh "Daim yang terbuang".Malah zam tetap berkeras mempertahankan idea mengarutnya itu bila dicabar oleh TG Nik Aziz agar menayangkan kembali peristiwa 13 Mei minggu lepas .

Laporan Utusan :
[[KUALA LUMPUR,Selasa 12 Mac -Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghentikan serta-merta penayangan klip video peristiwa Memali]]

Atas matlamat untuk menempatkan diri dipesada politik nasional setelah secara ehsan dilantik oleh Madey dari pintu belakang dalam kabinet di kementerian penerangan . Zam mencuba pelbagai kaedah yang dipelajari dari kitab komunis yang dianutinya. Tanpa mengira dosa dan pahala, melacurkan segala kemudahan yang dibiarkan oleh Khalil di RTM, laksana kuda tunggangan Zam memacu slot TV1 mengikut kehendak kepala hotaknya yang bebal dan jahat itu.Apakah selama ini dia berfikiran bahawa RTM itu milik kepala bapak dia punya??.

Mungkin inilah perangainya apabila jawatan diberi hanyalah melalui ehsan PM, bukannya melalui pilihan rakyat. Begitu jugalah sikap Aziz Pendek di kementerian pendidikan . Idea gila Aziz dengan Akujanjinya menyebabkan Rais Yatim terpaksa membakul sampahkan tesis PhD nya .Entah apa pula idea mengarut yang akan dicipta oleh dua ekor si "limau purut dua serangkai ini" bagi membodek Madey supaya memilih mereka dalam pilihanraya akan datang.Bahkan dua ekor haprak ini jika disuruh Madey jilat SHIT nya pun ,penulis pecaya mereka akan menjilatnya.Begitulah sifat orang yang tiada harga diri yang berangan menjadi pemimpin masyarakat.

Kerosakkan akibat tindakan Zam

Akibat daripada tindakan bebal Zam yang memepertahanakan tindakannya menayangkan kembali secara berterusan pristiwa Memali di TV1 telah mengakibatkan kersosakkan yang mungkin memakan masa yang lama untuk dibaiki semula. Penulis penah merayu kepada menteri dalam negeri dalam isu ini
[Rujuk artikel: Kehancuran Parti Komunis Umno semakin hampir ]

Ketika mengulas tentang penarikan balik tayangan klip video memali ini Ust Fadzil menyifatkan sebagai satu langkah yang sudah terlambat. Cuba kita bayangkan akan perasaan waris mangsa, apa perasaan balu syuhada yang ditinggalkan , adik yang kehilangan abang, bapa yang kehilanagn anak, anak mangsa yang ketika ini berumur 17 tahun jika lahir tarikh kejadian bila setiap hari RTM manayangkan kembali bukti nyata kezaliman yang pernah dilakukan oleh Komunis UMNO terhadap umat melayu Islam di Memali. Tidakkah semangat semakin membara, dendam makin menyala bila generasi ini menonton kezaliman yang telah dilakukan sedemikian rupa.

Komen Ust Fadzil;

[[KUALA LUMPUR,Selasa 12 Mac - Presiden Pas Datuk Fadzil Noor menggangap keputusan kerajaan menghentikan penayangan klip video Memali sebagai satu langkah “yang sudah terlambat” . Katanya kerosakan sudahpun dilakukan . "Sebenarnya langkah menghentikan penayangan itu sudah terlambat,”katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.]]

Mengikut laporan Malaysiakini penarikan klip video memali di TV juga kerana UMNO sudah merasakan bahangnya apabila masyarakat Baling sendiri sudah kembali kepada semangat tahun 85 membenci UMNO dan BN dengan ini akan menyebabkan BN tidak akan berpeluang lagi menawan semula kerusi Baling yang sekarang ini disandang oleh Ust Taib Azzamuddin dari Pas.

Bukan Zam seorang yang kecewa

Dengan penarikan klip video Memali oleh Pak Lah atas alasan menghormati keputusan majlis fatwa yang sebelum ini Pak Lah juga termakan dengan dakyah Zam dengan bersekongkol sama cuba tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang dibuat oleh pegawai agama mereka sendiri dengan membiarkan klip video ini disiar bebas.

Orang -orang yang ada agenda busuk demi servivor politik seperti Zam akan turut kecewa kerana agenda jahat mereka menikam diri mereka balik .Mereka lupa sebelum ini akan perancangan Allah. kita orang islam kena paham bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Komen seorang sahabat orang Baling ;

Maka kecewalah Hj Salleh B Hj Yaakob dari Kg Caruk Puteh dekat Memali yg menyimpan harap isu Memali ini akan memberi peluang untuk beliau menonjol diri bagi menjadi calun UMNO di DUN Bayu, Baling dlm pilihanraya akan datang.

Maka Datuk Zainol Mat Isa ADUN Bayu itu pun tentunya tersenyum lebar kerana susun gerak Hj Salleh terbantut di tengah jalan.

Maka kecewalah juga adik Hj Salleh yg bernama Taufek (Timbalan Pemuda UMNO Baling) yangg menyimpan cita-cita untuk menggunakan isu Memali ini bagi menonjolkan diri merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO baling daripada tangan sdra Harun Abd Aziz.

ROPA-ROPANYA, Tayangan Video Memali bukan sahaja menjadi mainan politik di peringkat pusat, tapi juga menjadi buah dadu untuk ahli-ahli politik UMNO di peringkat kampung.

Oleh: Tok Perang - 13.03.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!