Penjelasan Isu Ustaz Shamsuri
Kiriman Tok Perang


Mulanya rasa malas nak ulas isu ni, tetapi setelah memerhatikan perbagai komen serta kritikan yang pro dan kontra dari perbagai pihak di laman-laman web, maka penulis rasa terpanggil memberikan penjelasan bagi mengurangkan 'tekanan' yang dihadapi oleh pendokong gerakan Islam.Sebab seperti yang kita semua maklum majoriti pelajar yang mengikuti kuliah Ustaz Shamsuri secara direct di masjid-masjid dan surau-surau terdiri daripada orang PAS.

Penulis percaya isu ini bukannya memberikan kebaikan kepada jamaah Islam malah boleh mengundang kerosakan daripada kebaikan. Di sesetengah tempat di kawasan utara diberitakan pertikaian sesama ahli jamaah surau dan masjid sudah sampai kepada tahap yang bahaya. Ada pihak yang terlalu taksub dengan Ustaz Shamsuri bangun mempertahannya dan ada pihak yang sampai melebelkan Ustaz sebagai 'munafik' pengkianat perjuangan Islam.

Ust Shamsuri yang ku kenal

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dan Firdaus Ismail adalah sahabat karib yang sama-sama menuntut di Sek. Menengah (A) Al-Irsyad, Pokok Sena, Pulau Pinang satu ketika dulu. Mereka ni kira senior penulis, tetapi penulis tak sempat berada di bawah kepimpinan mereka semasa di sekolah dulu. Mereka tamat pengajian di Irsyad, penulis baru di tahun satu.

Selepas Ustaz Shamsuri tamat belajar di Universiti, beliau ditawarkan menjadi tenaga pengajar di sekolah tempat dia menuntut dulu, Al Irsyad . Setelah agak lama menabur bakti di sekolah asal, akhirnya beliau bertugas pula di Kolej Matrikulasi, Pongsu Seribu.

Sementara Ustaz Firdaus pula menjadi tok imam di masjid negara. Nama Ustaz Shamsuri mula dikenali bila beliau memulakan kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid dan surau di seluruh Seberang Prai/Kedah dengan menghuraikan Kitab Bahrul Mazi karangan TG Idris Marbawi yang sebanyak 22 jilid itu. Kira setakat yang sempat penulis mengikuti kuliah pengajian di masjid dengan cara tadah kitab ni Ustaz Shamsurilah yang 'kelas' bila baca kitab ni.

Anak muridnya boleh dikatakan majoriti terdiri daripada org PAS dan segelintir sahaja UMNO. Beliau juga hebat berceramah dengan gaya bahasa yang tersendiri. Kepopularan Ustaz Shamsuri ni sehinggakan kartunis Ujangpun dapat ditarbiyah menerima Nur Islam. Ujang pernah menjemput Ustaz Shamsuri memberikan ucaptama pada hari pembukaan majalah lawak Lanun beliau satu ketika dulu.
 
Walaupun penulis bukanlah murid yang rapat dengan Ustaz, tetapi penulis pernah mengikuti kuliah beliau secara aktif sebelum ini. Kalau Ustaz ke Masjid Batu, penulis ke Masjid Batu, kalau Ustaz ke Masjid Sungai Rambai penulis ke masjid Sungai Rambai, Ustaz ke Masjid Tuan Abdullah penulis akan ke sana dll tempat yang Ustaz berceramah.

Pada pilihanraya 1999 di parlimen Tasek Gelugor heboh mengatakan bahawa Ustaz Shamsuri akan bertanding sebagai calon PAS melawan Dato' Sharif Omar. Ini menyebabkan beliau digantung sementara dari mengajar di Kolej Matrikulasi dan dilucutkan jawatan sebagai khatib Masjid Tasek Gelugor yang disandangnya. Tahun 2000 Ustaz Shamsuri dihantar sekejap 'berkursus di bawah ISA' oleh kerajaan Komunis UMNO.

Ust Shamsuri naik pentas UMNO di Indera Kayangan

Bila menerima berita yang mengakatan Ustaz Shamsuri naik pentas Umno semasa berlangsungnya pilihanraya kecil Indera Kayangan tempohari, penulis agak terkejut juga pada mulanya. Sebab kalau siapa yang biasa mengikut ceramah dan kuliahnya tak akan percaya dia buat perkara seumpama itu. Tidak hairan jika peristiwa ini berlaku kepada Firdaus.

Walau apapun, sebagai orang beriman, kita tidak boleh terus menerima apa-apa berita dan mempercayainya kecuali sesudah kita selidikinya terlebih dahulu. Untuk mempastikan berita ini, penulis selepas hari kejadian telah menghubungi beberapa sahabat seperjuangan di Perlis untuk mengesahkan perkara ini. Mereka membenarkan bahawa adanya penyertaan Ustaz Shamsuri pada malam itu. (Ahad malam Isnin 13/1/02) di tapak ceramah kempen BN (depan markas BN) Jalan Sekolah Derma.

Penulis dimaklumkan bahawa Ustaz Shamsuri tidak berkempen supaya mengundi BN. Tetapi penyertaannya di situ dan mengadakan program di tapak ceramah kempen BN adalah dipertikaikan. Sebagai seorang ustaz yang mempunyai banyak pengaruh di kalangan ahli PAS dan BA dan juga Umno sendiri, penyertaannya kesitu juga adalah dikira memberi input terhadap kempen BN, dan mempengaruhi ahli PAS yang lain.

Penulis telah berpeluang melihat tapak ceramah itu kerana sehari sebelum itu penulis ada di Perlis. Pentas ceramah yang penuh dengan poster dan bendera BN adalah tidak sesuai untuk diadakan Forum Agama, kerana ianya adalah TEMPAT KEMPEN BN. Sebagai seorang yang dikatakan berilmu, beliau patut tahu firman Allah yang bermaksud: DAN JANGANLAH KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM, MAKA NANTI KAMU AKAN DI SAMBAR API NERAKA. Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah.Lebih-lebih lagi bagi seorang yang berilmu seperti ustaz yang melibatkan pengaruh dan kepentingan ramai. Kita juga memahami tahallus siasah di dalam Politik. Tetapi bukan caranya bila mana ianya lebih memberi kesan buruk kepada jamaah itu sendiri.

Kepentingan peribadi hendaklah diketepikan apabila ianya bertentangan dengan kepentingan jamaah. Ustaz Shamsuri sepatutnya memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatanya ini. Perbuatan ini tidak apa bagi orang awam, tapi bagi seorang yang digelar Ulamak, ianya adalah merupakan satu kesalahan. Kecuali bagi seorang yang di paksa, dan dia mengakui kelemahan IMANNYA.

Kuliah di Masjid Seberang Jaya

Sehari selepas kecohnya isu ni, Ustaz mengadakan kuliah bulanan beliau seperti biasa di Masjid Seberang Jaya. Penulis dengan penuh harapan pergi dengan keadaan yang tergesa-gesa turut serta dengan harapan tinggi Ustaz Shamsuri akan membuat penjelasan lanjut tentang isu ini.

Ustaz memulakan kuliah dengan mukaddimah dalam 30 minit menceritakan tentang kisah Imam As-Syafie difitnah pro-syiah sehingga beliau ditangkap dan dibawa mengadap Khalifah Harun Ar-Rashid untuk diadili. Ringkas cerita, Imam As-Syafie terlepas dari tuduhan. Ustaz Shamsuri turut membawa ayat dalam surah Al-Hujuraat yang mengingatkan orang-orang yang beriman agar berwaspada terhadap berita yang mereka terima dari orang-orang yang Fasik kerana dibimbangi dengan mempercayai berita tersebut kita akan berlaku zalim terhadap orang yang beriman. Daripada dua perkara ini memberikan penulis sedikit indirect clue seolah-olah Ustaz ingin menafikan tuduhan tersebut.

Seperti biasa kita tetap ditinggalkan persoalan yang perlu dirungkai sendiri mengikut kiasan yang diberikan itu. Kena balik fikir sendiri kata Ustaz: "..macam ada benda nak habaq tapi terlekat di rengkung". Kiasan yang dibawakan itu tentulah mengundang pelbagai jawapan yang berbeza.

Sebenarnya tiada siapa yang cuba memfitnah Ustaz Shamsuri, tetapi Ustaz Shamsurilah yang memfitnah dirinya sendiri. Sebab sehingga artikel ini ditulis belum lagi kedengaran penjelas secara jelas dari batang tubuh Ustaz sendiri.

Malah ada berita yang sampai ke telinga penulis mengatakan bahawa Ustaz Shamsuri telah menerima sekeping cek bernilai RM 20,000 setelah habis ceramah tersebut, waAllahu a'lam. Daripada penjelasan yang cuba dibuat oleh penulis di laman web yang pro-Ustaz Shamsuri di Laman MindaRakyat contohnya mengatakan Ustaz Shamsuri mendapat royalti hasil daripada jualan kaset kuliah/ceramah beliau kira-kira RM 5,000 sebulan dan dihadiahkan oleh pihak penerbit kaset sebuah kereta Mercedes 'lampu mata belalang'. Agak lucu kenyataan ini kalau difikirkan logiknya jualan kaset ceramah/kuliah yang standard cetak rompak yang terbatas peminatnya itu mendapat habuan yang sebanyak itu. Maka semestinyalah Siti Norhaliza yang jualan kasetnya selalu mencecah jualan 'box office' itu akan lebih hebat pulanganya. Mungkin ini yang dimaksudkan Yasin sebagai 'Mimpi Laila' lagu popular 2001.

Akhirnya pesan penulis kepada ahli jamaah, supaya kita tidak taksub pada mana-mana guru hatta pimpinan.

Tanggungjawab kita ialah wala' pada pimpinan selagi mana dia mengikut KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASUL, dan tidak cenderung kepada orang yang zalim. Ketika itu tiada lagi taat dan juga wala'. Jika tidak, kita akan terikut dengan jejak mereka-mereka yang telah ditinggalkan ALLAH. ALLAH tidak berhajat kepada mereka dan kepada pengikut-pengikut mereka.

KEJAYAAN ITU HANYA BAGI ORANG YANG MENGIKUT PETUNJUK. - M@RHAEN

WaAllahu a'lam.

Oleh: Tok Perang - 8.2.2002

07.02.2002: CucuReformasi: Ustaz Samsuri: Mangsa Amalan Fitnah Golongan Kufar


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!