Talqin untuk UMNO-Reform
Kiriman Tok Perang


Tribute to Ghazali Mat Dom (Webmaster Laman UMNO- Reform) Takziah buat webmaster UMNO-Reform Ghazali Mat Dom atas penutupan laman web beliau. Walaupun ada orang yang gembira atas penutupan laman UMNO-Reform ini tetapi atas sifat insan yang cintakan keadilan saya turut sama merasa simpati atas nasib yang menimpa beliau. Dengan penutupan ini cita -cita besar beliau ingin me"Reform" UMNO daripada dalam telah terkubur.

Pernah suatu ketika dulu Ghazali Mat Dom dengan angkuhnya menempelak laman-laman web pro-reformasi yang 'Hidup Segan Mati Tak Mahu'. Adapun laman web pro-reformasi yang masih bernyawa dilebelkan oleh Ghazali Mat Dom sebagai 'burung kakak tua' yang hanya menjadi tukang forward daripada laman-laman reformasi lain.

Di dalam analisanya beliau membuat kesimpulan bahawa kesuraman laman pro-reformasi dalam menarik khalayak ramai mempercayai berita yang dilaporkan itu disebabkan lahirnya laman-laman web yang lebih terkini yang diyakini kesahihan laporan beritanya seperti HarakahDaily, DetikDaily, AgendaDaily dan MalaysiaKini.

UMNO-Reform juga mengkritik hebat Laman Pemuda UMNO yang walaupun dibiayai dengan wang yang banyak tetapi disegi laporan berita dan kerja-kerja mengupdate laman pemuda UMNO tidak dijalankan dengan sewajarnya. Begitu juga dengan Laman Puteri UMNO mendapat kritikan hebat olehnya disebabkan menyiarkan artikel yang menggandungi kelucahan yang melampau yang menyerlahkan sifat ke Bohsiaan puteri UMNO itu sendiri.

Ghazali Mat Dom memberikan ruang yang cukup istimewa kepada sahabat karibnya Tepak Bersulam untuk menyerang balas Sdr Lutfi dari DetikDaily dalam isu rasuh MB Selangor Khir Toyo. Gandingan Tepak Bersulam dan Ghazali Mat Dom dengan mendapat imbuhan yang cukup lumayan dari kem MB Selangor Khir Toyo untuk memalukan Sdr Lutfi serta membawa rakyat supaya meremehkan isu rasuah berserta bukti yang sahih yang dibangkitkan oleh Lutfi dalam aduannya kepada BPR.

Peruntukan khas yang diperolehi Tepak Bersulam membolehkan beliau mengeluarkan makalah Memo17 bagi menyerang dengan menabur fitnah-finah yang direka khas dan ada antarnya diambil daripada laman Web KMU untuk memburuk serta menjatuhkan imej Dato' Haji Hassan Ali di Selangaor. Diberitakan Memo17 diedarkan secara percuma kepada seluruh rakyat Selangor.

Bila Mahathir merepek

Di hujung hayat UMNO-Reform, Ghazali Mat Dom telah melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Beliau telah melanggar pantang dengan cuba melawan 'Big Boss', adalah menjadi tradisi UMNO 'Jangan cuba lawan Taukeh' kalau lawan juga alamat nak mampos.

Ghazali Mat Dom cuba menongkah arus tradisi juak-juak pencacai UMNO yang hanya menjadi pak angguk, penjilat bontot kepada pimpinan atasan sana cuba di ubah. Dia cuba mencubit mamak Mahathir Iskandar Kutty dalam artikelnya yang terakhir 'Bila Mahathir merepek' merujuk kepada laporan AFP: 'Malays insignificant and incompetent: PM' yang disiarkan oleh The Star.

Mungkin komen Mahathir mengatakan bahawa; [[" the Malay Muslim community should be open-minded enough to accept what was obvious and the truth."What is obvious and the truth now is the insignificance of the Malay Muslims and their incompetence. .. "]]

Benar-benar menyentap minda serta menampakkan belang sebenar siapa Mahathir Iskandar Kutty yang sebenarnya sehinggakan beliau tergamak menulis: ["Dan apakah mungkin saya juga boleh meminta agar beliau menerima hakikat dan membuka minda beliau dan mengakui bahawa sepanjang pentadbiran beliau selama 20 tahun beliau gagal menjana pembangunan bagi melayu khususnya pembangunan minda bagi meletakkan taraf melayu kepada satu taraf yang lebih membanggakan."]

Setelah membaca artikel tersebut saya masih menantikan sambungannya seperti yang dijanjikan. Setelah gagal mencuba surf ke Laman UMNO-Reform seperti biasa, saya mula mengsyaki bahawa Laman web ini telah ditutup. Setelah mambaca artikel yang ditulis oleh Adnan dalam Laman Pak Chaq bahawa Laman UMNO-Reform telah tutup kedai maka comfirmlah berita yang didengar sejak dua tiga hari lepas bahawa Ghazali Mat Dom telah meninggalkan dunia syber ni.

Pergi bersama dosa dan noda yang tak terampun, pergi bersama seribu satu persoalan yang tak terjawab, pergi bersama angan-angan yang tak kesampaian untuk cuba me'Reform' UMNO daripada dalam.

Walaupun Ghazali Mat Dom akan cuba bangkit kembali dalam 'penghidupan semula', saya percaya ekornya akan dipotong maka akan jadilah seperti pemuda pondan UMNO yang lainnya. Kesian dia.

- Tok Perang - 05.02.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!