ISU MURTAD

Oleh Tokjanggut

Nampaknya isu murtad sudah jadi duri dalam daging bagi umat Islam Malaysia khasnya dan dunia amnya. Bukan sahaja Malaysia yang alami masalah ini kerana seluruh dunia dihujaninya, tapi eloklah kita jaga negara kita dahulu. Petanda akhir zaman adalah antaranya menjadi kepada faktor ini. Manusia mementingkan duniawi dari ukhrawi.

Kalau lihat dari mata kasar bangsa melayukan itu sendiri adalah kebanyakan senang terumbang-ambing ke hulu dan hilir. Maaf dari tok kiranya ini menyinggung sesetengah pihak. Ini terbukti apabila kalau didirikan surau dan diajak sembahyang maka kebanyakan akan pergi sembahyang dan kalau ada yang tak nak pergi pun masih lagi tidak membantah hanya saja tak mahu pergi. Kalau dibuat pusat judi dan disko dan diajak oleh kawan bukan-Islam maka ada yang pergi dengan rela hati dan ada juga yang tak mahu pergi. Contoh mudah di sini ialah dok sibuk sekarang dengan Sureheboh di TV3 suku tu, rata-rata kita nampak adalah anak melayukan yang bertudung. Kalau perempuannya berhimpit sana-sini bagi sesi malam apabila dijamu dengan konsert nyanyian.

Apa yang susah sangat untuk mengetahui halal dan haram? Dalam Islam, kita ambil contoh yang paling mudah kalau bersentuhan laki dan puan yang bukan muhrim maka sudah tentu haramnya, dan kalau haram maknanya berdosa, apa yang susah sangatnya? Kalau dah benda-benda macam ini pun kita masih lagi ambil ringan dan ampuh apa lagi kita nak buat, senang-senang je humban je diaorang ke kancah gigolo, pelacur dan yang seumpamanya.

Sureheboh memang heboh dengan penemuan beratus-ratus kondom. Kalau dah kondom tu, mestilah orang buat hubungan seks. Takkan nak makan kut. Macam juga muzik, dalam Islam tidak melarang muzik tapi yang macam mana? Kalau alat muzik bertali memang sahih haram. Yang boleh adalah yang berkonsepkan gendang dan tujuannya pula adalah kepada yang berfaedah. Kalau zaman dulu masa peperangan diguna untuk menaikkan semangat juang tapi sekarang digunakan untuk naikkan semangat seks, sebelum maghrib dah bertapak kat konsert, sembahyangnya tah ke mana.

Inilah anak-anak kita bakal pemimpin masa depan orang-orang Biend. Pakaian tak usah cakaplah sama ada keluarga memang benarkan ataupun diaorang tukar kat luar rumah, masa keluar cantik je pakainya, tapi bila dah jumpa kawan kadang-kadang kita yang menengokkan pun teruja. Muda-mudi sekarang adalah yang paling berani mencuba sesuatu yang baru berkaitan dengan fesyen kekadang mengalahkan orang kafir itu sendiri beraninya, sampaikan ada yang nampak pusat dan timbulan 'nipple'. Maaf kalau bahasa ini kasar sangat.

Kebanyakan bandar sekarang sudah jadi macam KL, tak kiralah ceruk hulu mana pun bandar-bandar dan pekan itu. Kalau tak percaya, cuba jalan-jalan dan ronda-ronda beberapa pekan kecil kat negeri kita ni dan lihat apa hasilnya. Kalau pendedahan yang terlalu banyak dan drastik tidak digunakan dengan sepandainya maka beginilah jadinya, dunia Internet disalahgunakan, VCD dijadikan lucah bagi orang yang ingin mengaut keuntungan dan bermacam lagi penyebab kepada faktor ini. Inilah dunia kita yang dicipta hari ini.

Tokjanggut
tokjanggut@mailblocks.com - 24.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN