TERAS GESA TV3 HENTIKAN PROGRAM ‘SEMPURNAKAN HARI MU’

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
F101 4 B, Kg. Pondok Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah , Malaysia
Tel / Fax : 04-4571712  E-mail : azmi58@yahoo.com

Via E-mail

SIARAN MEDIA

2 November 2003

TERAS GESA TV3 HENTIKAN PROGRAM ‘SEMPURNAKAN HARI MU’

TERAS Pengupayaan Melayu, membantah program ‘Sempurnakan Hari Mu’ yang disiarkan oleh TV3, kerana ianya jelas merupakan agenda promosi syarikat rokok ‘Sampoerna A’.

Program ini jelas, bertentangan dan tidak menghormati kenyataan, Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, mengenai penamatan semua jenis promosi syarikat rokok secara tidak langsung mulai 1 Januari 2002.

TERAS mendapati ianya juga jelas bertentangan dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan tembakau (FCTC), yang meletakkan  penamatan sikap berat sebelah dan penipuan industri tembakau, standard antarabangsa minimum dan langkah kawalan mesti dijalankan dan diikuti oleh semua kerajaan.

TERAS berpandangan program ini yang akan terus berjalan pada bulan Ramadhan juga, dianggap penghinaan kepada Fatwa Pengharaman Merokok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 23 Mac 2003, iaitu ‘Merokok Haram’. Selain itu bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana kebanyakan umat Islam yang merokok cuba menghentikan tabiat mereka.

TERAS menganggap tindakan TV3 yang menyiarkan, siaran yang memang bertujuan mempromosikan industri tembakau merupakan sesuatu yang  keterlaluan dan mementingkan keuntungan semata-mata.

TERAS mengangap TV3 telah  menafikan ‘tanggungjawanb sosial media’. Malahan TV3 tidak memikirkan kos sosial yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat, terutamanya kelompok remaja dan kanak-kanak, yang merupakan sasaran utama promosi serta pengiklanan industri tembakau.

Selain itu TERAS juga menggesa Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, untuk mengambil tindakan yang wajar untuk menghentikan siaran tersebut. Dalam masa yang sama TERAS memohon, Badan Bukan Kerajaan, Pertubuhan Politik, serta masyarakat untuk turut sama memainkan peranan agar program ini dihentikan.
 

…………………………….
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
02.11.3002

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!