Telekom Oh Telekom!!
Oleh Bekas V.R.P.
Semasa Jabatan Telekom diswastakan ramai dari kalangan kakitangan yang agak gembira kerana mereka telah membayangkan pelbagai imbuhan dengan gaji yang agak lumayan.Penerangan yang diberikan oleh mamak belukang (President NUTE) begitu menyakinkan.

Setelah diswastakan pelbagai cawangan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini kerana keparat-keparat yang mempunyai idea bernas konon dapat mengujudkan berbagai jenis jawatan eksekutif saperti GM, Manager, assistant manager dan entah apa-apa lagi jawatan yang bukan-bukan bagi tiap-tiap cawangan.

Sinar yang diharapkan tidak kekal lama, kerana pada bulan Jun l996 first batch of V.R.P seramai seribu orang lebih telah ditendang keluar diikuti selepas itu beberapa lagi siri yang diselect untuk di-tendang. Kini angin sedang bertiup kencang bahawa dalam bulan Feb ini ramai lagi kendidit yang "BERTUAH" akan ditendang keluar.

Apa yang agak menghirankan dalam masa yang terdekat ini beberapa cawangan akan dijadikan satu pula. Kesian eksekutif-eksekutif yang menarajui cawangan-cawangan tersebut. Cawangan-cawangan yang bakal terlibat adalah TOMA, SOMA dan CNO.

Pada tahun ini pula ramai kakitangan yang macam ayam berak kapor. Apa tidaknya "NO BONUS" (kerana telah dibelanjakan untuk tour d'Langkawi bagi memuaskan hati si-tua yang telah "BERSARA" tetapi "BERKUASA"). Apa sudah jadi dengan mamak belukang (President NUTE), mengapa tidak buat piket saperti dulu-dulu takut tak dapat sambung kontrak ke?

Untuk menenangkan hati perkerja-perkerja TELEKOM yang duka-lara, pihak TELEKOM telah menunjukkan rasa sempati dengan memberi pinjaman maksimum $2000.00 dan dipaksa untuk dibayar balik dalam masa enam bulan. Pinjaman tersebut adalah bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Mengapa boleh jadi begini? Bukahkah mereka yang dianggap "NO BRAIN", LOW I.Q AND MENTALITY" telah ditendang ke luar seawal tahun 1996. Bukankah yang tinggal mereka yang mempunyai "BRAIN, I.Q DAN MENTALITY" yang begitu "SUPER EXCELLENT"? Tak gitu kawan-kawan V.R.P ku?

Apa kata kalau diizinkan oleh ALLAH, B.A menang dalam pemilu kali ini kita pakat tukar TELEKOM MALAYSIA, baca (TELEKOM MAHA-THIR) ke-JABATAN
Talikom semula. Begitu juga dengan jabatan-jabatan lain yang telah diswastakan hendaklah dikaji semula.

Bekas V.R.P. - 31.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN