Pengenalan Calon BA di Kubang Rotan
Oleh Tapai

KUBANG ROTAN - 13 MAC 2004

Pengenalan calon BA dan ucapan sulung calon-calon BA selepas disahkan bertanding dilakukan di Kubang Rotan iaitu kubang bagi Syed Razak.
Antara yang turut hadir ialah Ir. Hj. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit N15), Sdr. Saifuddin Nasution Ismail (K.Rotan N16), dan Ir. Hj. Pahrolradzi (Pengkalan Kundur N17)

Sdr. Saifuddin memulakan ceramah dgn memperkenalkan diri sebagai calon dan memaklumkan berkenaan kejadian pagi tadi di mana pintu depan dewan MADA (tempat penamaan calon) telah dipecahkan. Seorang pegawai polis bernama Mokhtar telah menghalang semua calon BA dari masuk ke dewan selepas Syed Razak dan kuncu-kuncunya masuk, kononnya atas arahan Dato' Ismail Ahmad, Pegawai Pilihanraya. Siapa yang memecahkan pintu tidaklah diketahui tetapi menurut Ustaz Fauzi (pengerusi majlis) dia sedang berbincang dengan pegawai polis sewaktu pintu itu dipecahkan dan hanya polis yang berada berhampiran pintu tersebut manakala mereka dilarang menghampiri pintu yang telah dikunci.

Sdr. Saifuddin sudah buat laporan pada 12.30 tengah hari di IPD Kota Setar supaya disiasat pegawai bernama Mokhtar yang pandai-pandai melanggar undang-undang untuk tidak membenarkan calon menyerahkan kertas pencalonan. Pegawai atasan cuba berbincang, tetapi Sdr. Saifuddin meminta dia dibenarkan menghabiskan laporannya dahulu. Dato' Ismail selaku pegawai pilihanraya dikatakan terkejut dan tidak mengaku memberi arahan supaya polis menghalang calon-calon BA dari memasuki dewan. Polis pula mengaku tidak nampak sesiapa yang memecahkan cermin pintu tadi.

Berbalik kepada sekatan yang dibuat-buat oleh polis tadi, calon BA bolos juga apabila selaku bekas jurutera MADA, Ir. Hj. Amiruddin amat arif dengan bangunan tersebut dan memasuki pintu sebelah tepi untuk menemui pegawai pilihanraya tetapi dihalang, lalu beliau meminta supaya dapat menemui Penolong Pegawai Pilihanraya. Penolong Peg. Pilihanraya keluar dan terus mengarahkan pintu dibuka. Calon BA hanya boleh masuk pada jam 9.25 pagi walaupun tiba pada jam 8.55 pagi. Nampaknya taktik nak menang free si Syed Razak gagal!!

Menurut Sdr. Saifuddin, dunia sedang memerhatikan PRU di Malaysia dengan menfokuskan kepada negeri Kedah kerana kekuatan BA yang dijangkakan ramai pihak akan menumbangkan BN di negeri ini. Wakil sebuah syarikat TV Jepun turut menemui Ir. Hj. Amiruddin Hamzah untuk ditemubual mengenai peluang BA di Kedah. Menurut beliau, seorang tokoh wanita UMNO telah dua kali menelefon untuk bertemu walaupun beliau menolak kerana katanya dia (tokoh wanita UMNO) berharap BA menang supaya semua pemimpin UMNO Kedah terpaksa memikirkan semula masa depan mereka!! Kata Hj. Ir. Amiruddin lagi, permulaan PRU kali ini adalah dengan insiden tidak elok untuk BA dan berharap penamat PRU di Kedah akan berkesudahan dengan yang tidak elok (kalah) untuk UMNO-BN!!

Menurut orang lama UMNO Kedah, Tuanku Sultan berharap Anak Bukit kekal menjadi milik PAS, SMS yang saya terima dari Hj. Ir. Amiruddin tadi : SEMOGA DOA DARI ISTANA DIMAKBULKAN, Insyaallah!!

TAKBIR!!

Oleh Tapai - 14.03.2004 (dipetik drp Forum M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN