Syed Razak Tak Ada Harapan?

Beberapa bulan lalu, saya dan rakan-rakan ada mendapat maklumat dari seorang SB yang ditemui bersama seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO yang rapat dengan Pak Lah. Dari senarai SB tersebut yang turut ditugaskan masuk serata kampung buat survey, terdapat beberapa calon muka baru (yang rapat dengan Pak Lah) yang dikatakan bakal menjadi calon UMNO dalam pilihanraya umum di Kedah. Salah seorang adalah ahli akademik yang low profile (lebih mesra dengan panggilan Pak *** oleh orang tempatan dan pelajarnya) yang diketahui sejak dulu lagi rapat dengan Pak Lah dan sering dijemput oleh Pak Lah dan orang-orangnya ke pelbagai majlis terutamanya yang melibatkan soal pendidikan. Ini mengakibatkan Pak *** sangat dibenci oleh bossnya yang menjadi pembodek dan pencacai kepada TKT Mahathir. Malah Syed Razak sendiri kurang selesa dengan Pak *** yang dikatakan mampu menentangnya dan melakukan perubahan di Kedah kerana dia dikatakan mempunyai ramai penyokong grass root meskipun low profile.

Boss Pak *** pulak, memang sangat berminat menjadi calon, tapi agak kurang bernasib baik kerana walaupun sering menjadi kontroversi, sering masuk akhbar dan tv dan sering mempromosi diri dan menjilat buntut TKT Mahathir semahu-mahunya...akhirnya si tua keparat itu blah jugak meninggalkan taiknya. Sekarang terkontang-kantinglah boss Pak *** dan kini cuba menarik perhatian Pak Lah yang sangat dingin terhadapnya dan lebih senang dengan Pak ***.

Rakan saya ada menemui Pak *** di rumah dan berbual dengannya dan isteri. Kesian pulak katanya apabila melihat Pak *** yang dikatakan sebenarnya tidak mempunyai karisma dan cita-cita politik. Mengikut Pak ***, dia rasa kurang selesa dengan keaadan sekarang yang mana ada pihak-pihak tertentu sering datang ke rumah malam-malam dan memujuknya supaya bersetuju untuk bertanding, apalagi kerana katanya dia tidak mempunyai wang seperti ketua-ketua bahagian UMNO dan lain-lain ahli UMNO yang sedang melobi sakan untuk menjadi calon, sebab itu dia masih berdiam diri.

Tapi menurutnya, dia telah dijanjikan oleh Pak Lah untuk diangkat menjadi calon dan perbelanjaan akan ditanggung beres!! Beliau masih memikirkannya dan tidak berani membuat sebarang spekulasi tentang pencalonannya kerana katanya dia bukan dari kem MB Kedah dan mungkin melalui jalan sukar. Kebimbangan beliau ternyata benar, apabila senarai calon UMNO Kedah masih mengekalkan muka lama termasuklah TKT Mahathir dan Rozai, si pencacai Osman Aroff dan Sanusi *uni* yang telah belot kepada bossnya yang terdahulu (Dia patut bagi RM60 juta bila diamanahkan.....dia sapu RM30 juta... tu pun Man Ghaup, ghaup jugak dan terpaksa blah dari kerusi MB Kedah!!)

Tetapi berita yang diterima....Pak Lah sangat marah kerana tidak seorangpun orangnya yang dicalonkan dalam senarai Syed Razak. Biasak laa...misti tarok nama Pak Syed celop (penjilat-penjilat Syed Razak). Senarai tersebut ditolak mentah-mentah (kalau separuh mentah boleh tahan lagi) oleh Pak Lah membuatkan Syed Razak rasa amat resah gelisah dan kini gundah gulana!! Pi...dahhh aku...!!! dah lama dahh.... Mengikut sumber Pak Lah, si PiEm tu sendiri yang akan menentukan siapa calon di Kedah!! Kalau benar semua ini... kita tunggu dan lihat, apa akan jadik selepas ini!!

Oleh Tapai - 24.12.2003 (dipetik drp Sudut Bincang-bincang Forum M@RHAEN)

MAKLUMAN: Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: