TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 11 drp 11 (Akhir):
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
audara kita seagama di Palestin sedang dibunuh, dipernjara dan dianiaya oleh tangan ganas Zionis dengan sokongan padu Amerika dan PBB, setiap saat pada setiap hari. Sesiapa yang mempertahankan mereka, kini dilabel sebagai ‘terroris’. Saudara kita seagama baik lelaki mahupun perempuan di Kashmir masih lagi menanggung penderaan yang paling dahsyat bentuknya yang sudah berlarutan selama 50 tahun. Mereka dibunuh dengan kejam, dirogol dan dipenjara dengan sokongan Amerika sedangkan PBB sengaja memalingkan muka. Umat Islam terus dibunuh di Bosnia, kaum wanitanya dirogol dan kanak-kanak dikorbankan dengan pengetahuan PBB yang turut memberikan kerjasama.

Di Checnya, pejuang Islam yang berani, sekali lagi berperang dengan askar-askar Russia yang menerima sokongan langsung daripada Amerika dan Israel dengan alasan mereka menghancurkan fundamentalis Islam. Di Indonesia, Amerika dan Barat dengan sokongan PBB, sedang mencetuskan huru-hara di sebuah negara yang mengandungi paling ramai penduduk Islam di dunia.

Semasa Afghanistan diceroboh, ribuan umat Islam telah terbunuh dan cedera dan kini negara itu sudah dijajah. Walaupun negara mereka sudah musnah kerana peperangan itu, umat Islam masih terus dibunuh dan mengalami kecederaan. Afghanistan hari ini, bukan sahaja dibanjiri dengan 250,000 periuk api yang tidak meledak tetapi saudara kita seagama sedang hidup dalam keadaan yang tidak selamat kerana radiasi yang disebabkan penggunaan peluru berpandu yang disalut sisa uranium, dan yang akan terus membunuh mereka untuk beberapa abad yang akan datang. Iraq yang merupakan sebuah negara yang kaya dengan simpanan minyak dan gas, kini sudah hancur lebur gara-gara serangan bom berkonsepkan ‘shock and awe’ (gegak dan gempita) yang telah mengorbankan ribuan nyawa serta infrastruktur yang musnah. Kini, di bawah penjajah Amerika, saudara kita seagama itu sedang merana kerana ketiadaan bekalan air, elektrik dan perubatan. Ratusan lagi yang terus dikepung dan dipenjarakan. Di Iraq pula rakyat marhaen terus dibunuh oleh askar AS yang mudah memetik picu senapang pada kadar 20 pembunuhan setiap hari.

"Wahai orang-orang Mukmin, janganlah kamu mengangkat orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin, sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Ma-idah 5:51)
Semasa umat Islam terus menghadapi serangan yang dahsyat, kenapakah ramai orang-orang Islam yang selama ini diamanahkan untuk mewarisi amanah akhir Allah kepada manusia dan yang sepatutnya menonjolkan kepimpinan di dunia in, mudah menikus apabila berdepan dengan musuh? Sedangkan Allah (swt) sudah pun menjanjikan kemenangan kepadanya? Saya telah bergelut dengan persoalan ini selama beberapa bulan sehinggalah timbul kesedaran bahawa ramai orang Islam hanya pada namanya sahaja dan sebahagian besar peratusan mereka tidak pun tahu, apalagi mengamalkan ajaran agama mereka.

Cuba bayangkan Mesir sebagai contohnya. Inilah sebuah negara yang berbangga dengan 93% penduduknya beragama Sunni Islam dan telah mengeluarkan beberapa ulama terkenal dalam dunia Islam. Di jalan raya Kaherah, apabila Azan bergema, segelintir manusia akan bergegas menuju ke masjid mereka, wanita yang mengenakan hijab adalah segelintir sahaja, dan kedai arak terdapat di celah-celah masjid. Ramai lelaki Arab berpakaian Mexx t-shirts (kemeja T), seluar jeans berjenama Guess, dan menghisap rokok Marlboro. Tetapi inilah juga manusia yang pantas mengutuk Amerika serta bingkas mencari peluang meniru cara hidup Amerika.

Umat Islam adalah lemah kerana sebagai manusia Islam kita memang lemah. Di Amerika dan Barat, musuh-musuh Islam telah bijak memecah-belahkan negara dan agama kita. Orang Islam di barat kini berdepan dengan pilihan. Dalam hal ini tidak ada keputusannya. Ada yang sudah memilih dua jenis tuan, satu pilihan yang gagal memberikan keselesaan kepada yang lagi satu. Musuh-musuh Islam memang bijak. Mereka telah memecah-belahkan umat Islam kepada beberapa kategori. Daripada orang yang sederhana kepada golongan yang ekstrem. Sedangkan tidak ada klasifikasi semacam itu dalam Islam. Tidak juga ada kemestian mahupun tolak-ansur untuk menyesuaikan diri, seolah-olah ia dimestikan dalam Al-Quran ataupun Sunnah.

Musuh-musuh Islam telah mengambil-alih salah satu gerakan yang paling suci, bernama Jihad ataupun mengecilkan maknanya kepada serangan ketenteraan oleh golongan radikal, sedangkan itu bukan makna yang sebenar. Inilah yang menakutkan lebih ramai umat Islam dan ramai saudara seagama kita yang menjauhkan diri mereka daripada perjuangan Mujahidin. Setiap warga Islam adalah dimestikan mengambil bahagian dalam mempertahankan masyarakat Islam apabila mereka diserang.

Mengapa kamu tidak berangkat berjihad pada jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini , yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung di sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau.” (An Nisa’ 4:75)
Ummah kita sedang dihantui ketakutan dan kesangsian seperti yang diberi ingatan oleh Allah mengenainya.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mait? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat, 49:12)
Gara-gara taktik yang amat difahami oleh musuh-musuh Islam, umat Islam sekarang ini dilaga-lagakan, sedangkan amat jelas dalam Al-Quran dan Sunnah bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menyokong saudara Islamnya yang lain di mana sahaja di dunia ini.

Kita akan hanya berjaya menyekat segala serangan ini, yang akhirnya nanti akan mengetuk pintu setiap rumah kita, kalau kita bangkit menyahut seruan Ilahi, mula-mula sekali dengan menjadi umat yang berpengetahuan dan kemudiannya bertindak dengan kaedah-kaedah yang terencana yang sudah lama diatur kepada kita semua.

DUA TAHUN DAN MASIH MENUNGGU

Dua tahun sudah berlalu, peperangan mengganyang keganasan masih diteruskan tanpa hentinya. Keganasan dan kebencian terus meningkat, dengan pengeboman, pembunuhan dan kesengsaraan manusia di merata dunia. Selagi Amerika masih berminat dengan usaha tunggal untuk menaikkan ekonomi Israel, ketenteraan dan hegemoni politik, memang tidak ada ruang untuk kedamaian. Seandainya sumber kematangan dan kewajaran itu gagal bersuara, dan Dasar Luar Amerika tidak ditukar juga, akan tiba satu masa nanti apabila segala-galanya sudah terlambat untuk merobah haluan, dan peperangan mengganyang keganasan akan mengambil rupa yang tersendiri kalaupun belum berlaku lagi.

Walaupun Osama bin Laden merupakan tenaga perjuangan yang berkesan, hakikatnya masih ada pelbagai kumpulan yang berbeza-beza yang mengancam kepentingan AS dan diperbesarkan oleh kelemahan yang nyata dalam pendekatannya. Seandainya Amerika teruskan haluan yang ada kini, peperangan mengganyang ‘keganasan’ itu akan menjadi satu peperangan yang banyak medan hadapannya untuk dihadapi dan terlalu banyak musuh untuk ditumpaskan. Apabila 67% rakyat Amerika tidak ambil peduli langsung untuk membuang undi dan dasar luar Amerika ditentukan tanpa segan dan silu oleh kumpulan bajingan selalu, rakyatnya sendiri akan melakukan lebih banyak kehancuran kepada Amerika berbanding yang mampu dilakukan oleh Al-Qaeda.

Tidak akan ada kedamaian selagi Amerika meneruskan kerja-kerja pencerobohan dan serangan terhadap umat Islam, sama ada secara terus dengan menjajah tanah kita ataupun memudahkan rejim boneka ataupun berselindung di sebalik serkup muka yang nipis di depan PBB, sama ada di Palestin, Iraq, Afghanistan, Chechnya ataupun di mana sahaja di dunia ini.

Selagi orang lama membenarkan musuh-musuh Islam merobekkan fabrik kepercayaan kita yang membuatkan seorang saudara bermusuh dengan saudara yang lain, dan kita sendiri melupakan tugas kita yang ditentukan oleh Allah dan terus melupakan agama (diin), ummah kita akan terus lemah dan kita akan terus menjadi sasaran penganiayaan.

Apabila kita ini sebagai individu, sedar bahawasanya undang-undang manusia akan sentiasa mengecewakan kita dan hanya undang-undang Allah yang akan membawa kedamaian dan keamanan, makanya hanya waktu itu, kita akan mencapai kemajuan sebenarnya, penyelesaian itu terletak dalam Islam.

Tamat

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light11.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 17.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: